I am LIMITED EDITION - aku & phobiaku

😎😎😎😎😎😎Normal kah aku? 

Assalamualaikum.  Since masih dalam bulan Syawal ni aku ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin to all. Ok hari ni nak cerita pasal Phobia. Sejak sakit dulu ada a few phobia yang ada dalam diri aku ni. Dan selepas menjalani pembedahan ectopic pregnancy aku rasa phobia aku semakin bertambah. Some says penyakit Uri aka macam meroyan. Some says aku terlalu terbawa-bawa and selalu fikirkan. Some says aku tak relax. Hmmm ada kala aku tak tahan sebab kata-kata tusebenarnya  tak ada satu pun yang betul. Aku tak pernah fikirkan. Tapi dia datang. AKu tak pernah tak relax. Tapi benda tu datang jugak. AKu tahu you all stress dengan penyakit aku tapi ☹ ini badan aku. Ini jiwa aku. Siapa yang lebih tertekan? . Ada ke manusia suka hidup tak normal. I try as much to overcome semua tu. Ada kata”cuba bawa zikir”. Hahahaha andai  zikir tu nampak maybe dah lebih 1 barrel besar setiap jam kot. Ye la nak buat macamana. Manusia lebih suka assume. Its not helping at all. Seriously.

Cerita pagi ni, July 9th 2018:Hari ini for the first time aku drive after lebih sebulan aku tak drive. Kenapa?  Sebab aku sakit.. Hahahaha sure orang cakap minah ni sakit je tak sudah. Nak buat macamana dah ALLAH beri sakit. Aku redha. Ok Ok back to the story. Dalam 10 minit driving mata aku tiba-tiba tengok yang minyak aku ada 78KM lagi . Honestly that KM tak membantu sebab  panic attack dah datang bila aku lihat minyak keta dah almost E. Aku tak tau apa nama phobia ni. Dah la aku takut kalau minyak keta nak E di tambah aku takut pergi isi minyak. Adoyai double trouble betul. But aku usaha untuk relax. Aku drive je ke stesen minyak terdekat. Queue punya panjang. Hmm ok bertabahlah. Dalam lutut ketaq jantung dup dap ketiak berpeluh , tiba giliran aku nak isi minyak. Attendant tunjuk buka tempat nak isi minyak. Aku buka aku dengar bunyi bonet kereta terbuka. Aku Tarik lagi dan lagi. Ada 4 kali attendant tu tutup bonet kereta aku hahahaha last-last he came to me and cakap “ yang ani bah . ani” hahahhaa aku Cuma senyum. Aku rasa aku dah Tarik benda tu Cuma tak tau kenapa bonet yang terbuka. Hahahaha biar lah mungkin sebab phobia aku buat mata aku tak function ke otak hahahaa. Tapi atleast aku BERJAYA!! Yippee alhamdullilah. walau sampai parking dekat office lutut aku masih longlai.


 Cerita minggu lepas, June 27th 2018:Handphone aku dah lama meragam. Kejap-kejap jammed kejap-kejap mati . Dah sampai waktu agaknya. Husband bawa pergi beli handphone. Senyum dari malam ke pagi tau hehe . Ok sampai kat counter dah pilih handphone mana suami pun dah buat payment. Tiba-tiba anak aku buang air besar. So encik suami terpaksalah  bawa Syafi keluar cari the nearest toilet. Aaaaa dah sudah. Salesperson keluarkan handphone dan suruh aku on dan cek apa patut. Jeng!Jeng!Jeng! Aku dah panic. Dah namanya apple ashik minta password memanjang. Semua password aku dah lupa. End up aku sengeh and bagitau that person yang aku ada phobia to new things especially new tech or gadget. So I said you are lucky sebab sure you tak pernah jumpa orang  macam akak. Hahahahahaha SO dia cakap ni la first time. So aku jawab see there always be a first time. Dalam hati hmm malunya aku.  Hmm found out that nama Phobia ni Neophobia or lebih hampir dengan penyakit aku Technophobia.   Tu pasal sampai la ni aku tak drive kereta baru yang dah setahun usianya sebab aku takut ada camera dan kunci tak cucuk kat kereta. Bunyi lawak tapi jujur TAK LAWAK tau.
Cerita December 2017:
Last year masa aku masuk ICU .. aku terpaksa masuk MRI. Rasanya this will be the 4th time. Tapi dulu aku tak ada phobia ni. But this time nampak saja mesin MRI aku meraung nangis. Aku bagitau doktor yang aku ada clusterphobic. DIa bagi aku penutup mata. Hahahahaa tak pasal-pasal aku raung-raung bila nampak penutup mata tu. Jantung aku tak payah la nak cakap dah la aku di sahkan terkena mild stroke dia paksa pulak aku pakai tutup muka. Apa pun benda yang covering my head memang tak boleh. Aku rasa lemas walau dia letak oxygen. End up dia terpaksa buat aku tidor.

Demi ALLLAH, aku tak suka. AKu terpaksa berdepan dengan semua ni setiap hari. Tekanan yes aku memang tekanan tapi aku tak boleh nak susah kan orang lain. Tiap hari aku doa ALLAH hilangkan penyakit aku ni. Sebab ada masanya bila di serang aku tak boleh nak tidor malam.

Setiap apa yang ALLAH berikan pada ku , in shaa ALLAH aku redha. Kenapa aku harus hitung ujiannya sedangkan nikmatnya tak terhitung.

Nak nangis pun benda tu tetap ada. So aku terima seadanya. Buat lawak on it so aku boleh kurangkan nervous. Terima kekurangan ni dengan redha dan ikhlas.

 

I am limited edition.. :)

FeedaHMD  Selagi ada nafasku...

 

Ni yang aku dapat kat Google :

Neophobia:Neophobia, or the fear of new things, is a relatively complicated phobia. In one sense, humans are creatures of habit. We may spend decades in the same house, working for the same employer, driving the same car and even eating the same thing every Friday night. On the other hand, humans are also adventurers. We long to know what is just around the next bend. We eagerly await raises, promotions, and vacations. We constantly strive for knowledge and achievement.

Neophobia challenges the human condition. In its mildest forms, it may not even be recognizable as a fear. Some people are bigger risk-takers than others, and there is no crime in preferring a comfortable routine. More serious neophobia is a true phobia that can become life-limiting.

Technophobia: The fear of advanced technology or complex devices. As vehicles continue to get more computerized and digitally-connected, this phobia is affecting more drivers.

Claustrophobia: The fear of closed, small spaces. Automobiles might look harmless from the outside, but being stuck inside the confined, enclosed cabin of a car can cause intense panic.


Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?