Suri rumah tangga VS wanita bekerjaya?

Siapa lagi hebat?

Suri rumah tangga lah lagi hebat..

Hmmm ye ke? 

Wanita bekerjaya lah lagi hebat..

Hmmm ye ke? 


Akhir-akhir  ni nak  menulis ashik padam balik , taip lagi padam lagi. Dengan kesibukan kerja di pejabat dan melayan karenah anak yang baru nak membesar, rasanya aku perlukan kuasa extra. Hahahahaha mana nak dapat?

Cruising my FB , scroll atas scroll bawah suddenly ada satu topik yang tak pernah ada jalan penyelesaiannya bila ibu berkerjaya sering di stereotype kan.  Asal kerja ofis sahaja akan keluarlah statement “ duduk kat ofis je pun penat apa nya? Tak macam kami suri rumah tangga sepenuh masa. Mana nak masak mana nak jaga anak. Huishh nak lipat kain lagi cuci baju lagi itu ini sampai nak dandan pun tak sempat“.  

Ya ALLAH ni mesti suka tengok drama melayu kan? Asal kerja kat pejabat je sama ada boleh mengorat ,  pasti ada masa nak membawang dan jalan-jalan lepak restauran atau shopping. Agak sedikit tidak adil tau. Bayangkan yang tak ada pembantu rumah. Setelah penat bekerja sehari-hari , ada yang terpaksa ambil anak kat taska, sekolah, tuition atau pergi pasar lagi beli barang basah. Lepas tu balik rumah sambung masak sediakan dinner. Sambil tu kemas rumah yang di tinggalkan  awal pagi. Selesai masak dan dinner , cucian kat sinki belum selesai anak minta di layan.Lepas tu nak melipat kain lagi itu ini sama macam apa yang suri rumah buat. Terus terang ada sesetengah wanita bekerjaya nak kencing pun boleh lupa bila kerja semua nak rush. Sampai  kat rumah baring pun tak boleh tau sebenarnya kecuali masa untuk tidur. 

Asal ada kes atau isu semasa atau statement dari ustaz betapa mulianya seorang suri rumah tangga  mesti ada keluar kata-kata “Bersyukur aku ni suami tak bagi aku kerja”, atau “Haaa bangga aku jadi suri rumah ni dapat jaga anak “ bla la bla .. Kalau ada kes dera anak kat taska pun sama juga siap cakap "bodoh punya mak, sanggup pilih kerja daripada anak. Kalau aku dah lama aku berhenti. DUIT TAK KE MANA", orang yang bekerja baca je la. 

Read this :
Anda MUNGKIN bernasib baik kerana anda tak perlu tanggung keluarga anda (mak bapa atau adik-adik anda. Siap gunakan agama aku ni syurga bawah tapak kaki suami dan ada sebilangan butakan mata yang mak bapa jugak perlukan kamu )...
Anda MUNGKIN bernasib baik kerana suami anda gaji besar.
Anda MUNGKIN bernasib baik kerana anda suri rumah tangga tak perlu nak belajar tinggi . ..

Suka tak kalau orang kata macam di atas? Pasti tak kan?


Baju kita semua tak sama ukurannya. Ujian kita pun ALLAH bagi berbeza-beza.  

Kita sama sahaja ,  bekerjaya atau tidak. Masing-masing ada sebabnya. Dalam kain orang bukannya kita nampak. Ye dok? Jadi marilah  kita hormat menghormati.  Bekerjaya atau  suri rumah tangga. Nasihat ini jugak pada yang bekerjaya . Jangan bangga diri bila tengok suri rumah tangga. Tak semua suri rumah tangga tu tak sekolah tinggi. Hormat mereka macam mana kita nak orang lain hormat kita..  Macam Mak aku. Dia seorang suri rumah tangga. Mak aku tak sekolah tinggi tapi dia guru aku. Banyak yang aku belajar dari mak aku. Dan dia seorang suri rumah tangga yang hebat dan kuat.Walau anak ramai kerja tak sudah dan di tambah dengan bisnes masakan kecil-kecilan , kami balik sekolah mak tetap berdandan rapi . Makanan terhidang di meja.  Sekarang mak dah pencen. Anak-anak pun semua dah tua hehehehe) . Dan kalau tak sekolah tinggi pun kenapa nak pandang rendah? We need to change! Stop labeling! Nak cerita pasal penat sampai kiamat pun tak habis. Tak perlu downgrading kan profession orang lain. Tak perlu kata kerja aku lagi penat atau kerja aku lagi mulia. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini dengan niat demi tanggungjawab dan amanah ALLAH in shaa ALLAH semua itu akan nampak mulia di mata ALLAH walau tak di mata manusia. 

Kalau nak cakap sebenarnya aku ada banyak benda nak tulis sebagai wanita bekerjaya. Mana aku kena siapkan kerja untuk bos aku lagi , bekejar dengan datelines lagi itu ini lagi. Kalau kena bos kejam lagi parah. Menangis di tandas lah jawabnya. Balik rumah lagi bukan dapat rehat. bla bla tak habis kan. Kan best jadi suri rumah tangga boleh tengok tv sambil baring.  Kalau demam boleh jugak lelapkan mata. Kalau MC pun bukan dapat rehat. Nak buat kerja rumah jugak. Tapi itu dari perspektif aku. Pasti tak adil kan kalau aku compare? Suka tak kalau kena compare? So as said earlier, Respect each other dan jangan suka buat assumption. Apa yang kita nampak tak semestinya betul.  Simple right? 

Jangan kecam. Jangan pandang rendah. Memang aku tau kerja kat rumah amat memenatkan terutama yang tak ada pembantu rumah. Sama lah kan pada wanita bekerjaya yang tak ada pembantu rumah.  Jadi itu bukan tiket nak labelkan wanita bekerjaya tak penat dan vise versa. Orang kat ofis boleh gelak-gelak main make-up  kat meja ofis sambil membawang macam kat dalam drama TV. Kadang bila tengok drama suami aku pun tanya, "sayang , mereka ni tak kerja ke?" . hahahahhaa. Nak tau realitinya kadang nak sumbat makanan dalam mulut pun tak sempat. Sama kan? So kita sama-sama wanita. Support dan hormat satu sama lain. .

Ada kala HANYA satu ayat  pun boleh buat  seseorang tu jadi murung dan ada kala boleh buat orang tersenyum. Jadi pilihlah untuk buat orang lain tersenyum. Kita kan #wanita. Lembut tapi kuat.  Lebih kuat kalau kita sama-sama usaha. Zaman sekarang purata kemurungan amat tinggi jadi jangan di sebabkan ayat kita yang pendek itu menjadi 1% penyebab seseorang bunuh diri.  

Keyword of the day : #HORMAT #RESPECT

FeedaHMD – hanya #kuli workhard for the #money demi mencari redha ALLAH kerana dalam rezeki aku ada rezeki orang lain.

Thanks to encik suami yang sentiasa membantu dalam pengurusan kerja-kerja di rumah. And ofcourse to my sister Rozi. Thanks alot. Kalau tak hehehe tak tau lah apa nak jadi. ALhamdullilah. 

#kuasawanitadisini
#wanitahariini
#wanita
#donebebel
#akubukanmakcikbawang

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016