RODA
Ini cara aku menakluki ego ku. Ku pujuk hati dengan cara ini agar aku tidak terbuai dengan prasaan seperti aku bukan seorang pendosa. Aku tidak mahu bersifat TUHAN kerana hanya ALLAH si pencipta sahaja yang layak. Namun tidak perlu tunggu menjadi malaikat untuk kekal melakukan segala kebaikan. Ini lah caraku untuk meraih Tenang.. Sabar dan Redha.
Pusing-pusing tang tu jugak. Pusing-pusing tang tu jugak. So siapa kita menjatuhkan hukum? Layakkah kita?
STOP!! Tak perlu nak tunggu orang ni jatuh, orang tu susah, orang ni merana.
STOP!! Tak perlu nak kata “Hah! Kifarah lah tu”
STOP!! Tak perlu juga nak memperlekehkan ,meremehkan dan memadankan muka .
RODA tu bulat dan sentiasa berpusing. Kadang di atas kadang di bawah. Setiap permukaannya pasti akan berada di bawah mengikut kitarannya.
Didik lah hati kita untuk tidak bersifat TUHAN. Tiada siapa yang sempurna melainkan ALLAH.
Didiklah hati kita agar sentiasa bersifat Husnudzon.
Didiklah hati kita agar sentiasa bersifat Husnudzon.
Walau kita di pihak yang benar didik lah hati untuk sentiasa pandang hanya pada kekurangan diri. In shaa ALLAH sekaligus ia adalah magnet mengajar kita untuk Redha.
Sentiasa ingat peribahasa orang-orang tua , ‘ Menang jadi arang, kalah jadi abu’. Memang tak menguntungkan malahan tanpa sedar pahala-pahala yang pernah kita kumpulkan terlucut hanya kerana memandang rendah pada manusia lain. Nauzubillah. Pahala-pahala yang tak seberapa tu lah yang boleh kurangkan siksaan kita di bawah tanah 6 kaki tu dan perjalanan di masyar. ALLAH HU AKHBAR.
Jangan terlalu memuliakan diri bila kita terjatuh , semua itu adalah ujian ALLAH pada hambanya yang di kasihi. Jangan sama tarafkan diri sendiri sama seperti nabi yang di uji. Tapi bila kena kepada orang lain, kita mula mendabik dada, mencebik bibir dan bermegah “ tu la kifarah namanya. Balasan ALLAH” . Nauzubillah. Jika inilah sifat kita bermakna sebenarnya kita masih perlu bersihkan hati kita.
"Sesungguhnya dalam sesuatu jasad ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh jasad, ketahuilah daging itu ialah hati" (Hadis Riwayat Ahmad)

Dari hati pasti akan terzahir oleh lidah. Lembut nya lidah tak bertulang tetapi pasti boleh melukakan. Ingat. Allah maha melihat.
Sabda Rasullulah SAW:
“ Iman seseorang hamba ALLAH tidak akan lurus sebelum hatinya lurus. Dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus” – H.R.Ahmad
Jangan sesekali jadi hakim sendiri.
Sematkan di dalam hati , jika sesuatu musibah tu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, maka itu adalah ujian. Tapi, andai satu musibah tu membuatkan kita makin jauh dari Allah, maka, itulah bala!
Jadi bagaimana kita boleh meremehkan hamba ALLAH yang lain dengan hati kita yang sakit dan mengatakan mereka itu di timpa bala? Mungkin itu adalah musibah yang membuat mereka dsemakin dekat dengan ALLAH. Kita bukan ALLAH yang maha mengetahui segalanya. Kita tidak nampak seseorang itu seperti menjaga hubungannya dengan ALLAH ,tapi tidak bermakna apa yang kita tidak nampak itu tidak ada. Kaji diri sendiri. Tanya diri sendiri. Itu lebih baik.
- Ubat hati kita untuk rendahkan ego dan bersifat pemaaf.
- Ubat hati kita dengan berusaha tidak membuka aib orang walau anda di pihak yang benar.
- Ubat hati kita untuk tidak mengadu domba. Jika kita membenci seseorang kenapa perlu kita ajak yang lain? Ini bukan gusti WWF bila kau pegang tapak tangan seseorang maka dia akan ikut memukul .
- Ubat hati kita untuk terus berdiam jika di ajak ke gelanggang provokasi. Jika diam itu adalah yang terbaik. Berdiam bukan bodoh. Manusia yang sabar adalah manusia yang di sayang ALLAH.
- Ubat hati kita untuk tidak selalu melihat kesalahan/ keburukan orang lain. Sampah yang busuk jugak ada sisi baiknya seperti tin-tin aluminum dan kotak-kotak kertas yang berada di dalam tong sampah yang jijik lagi busuk.
- Ubat hati kita untuk menjaga air muka dan aib orang lain kerana in shaa ALLAH , ALLAH akan sentiasa pelihara kita dari terbuka aib kita.
- Ubat hati kita dengan sentiasa ingat selama ini aib kita tertutup bukan kerana kita baik tetapi ALLAH masih menjaganya. Jangan di jemput murkanya ALLAH.
FeedaHMD – ku pujuk hati ku bawa mengaji
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa;
biar diam seperti padi,
jangan sampai ada hati yang terasa.
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa;
biar diam seperti padi,
jangan sampai ada hati yang terasa.
Be positive and stay humble.
pix credit to : google
P/S:
aku bukan orang baik. Bukan jugak konon baik atau berlagak baik. Aku adalah pendosa yang sedang mencari redha ALLAH di dunia yang sekarang penuh dengan fitnah. Izinkan pendosa ini yang satu masa dulu mungkin pernah mengunakan lidahnya untuk melukakan hati orang lain.Dalam sedar ataupun tidak. Izinkan pendosa ini agar terus berdiam. Diam aku bukan membenci. Diam aku bukan mencaci. Diam aku memujuk diri. Agar aku tenang bertemu ilahi satu hari nanti. Setiap apa yang aku tulis, bukan untuk menasihatkan orang lain. Aku tak layak. Apa yang aku tulis semata-mata untuk aku sedar di dalam diriku bukan ada roh putih dan suci. Bukan ada hati yang indah dan sejernih air kolam di syurga.
Aku sering tanamkan di dalam hati jangan hitung dosanya orang. Dosa sendiri pun tak terhitung. Ya ALLAH takutnya aku.

Peringatan untuk diri sendiri..nice
ReplyDeletethanks sayang.. yes a reminder to myself. Tak suka bila hati mula terasa diri lebih baik. Hati mula berbolak balik. Kemarahan mula berapi-api. Nauzubillah. Permainan iblis bermacam-macam. Thanks juga selalu nasihatkan istri. There is no right or wrong kan sayang. Yang penting kita harus muhasabah diri terus... to the better.
Delete