Diari Projek NurKaseh - Kahwin Awal punca kemiskinan? Betul ke?
Assalamualaikum wbt,
Rasanya sudah lama tidak menulis sesuatu pembacaan yang
sedikit berat hari ini. Hari ini menulis dari perspektif Pengasas Projek Amal kami, Projek Nur Kaseh.
Kebelakangan ini terlalu banyak inbox, watsapp dari individu
yang memohon bantuan pampers ( lampin pakai buang) dan susu formula. Bila di soal dan di selidiki. Rata-rata
berusia muda. Dari seawal usia 15tahun - 20 tahun. Bila di tanya suami mana? Ada yang baru di
ceraikan dengan anak yang masih kecil. Ada juga masih bersuami tetapi suami
samada berada di dalam pusat pemulihan atau pun tidak bekerja.
Melalui soal jawab ini adalah masalah yang banyak kami terima:
Cerita A: ( mungkin cukup ini sebagai contoh kerana masalah
yang lain hampir sama dengan cerita ini)
Kawin dalam usia terlalu muda dan belum habis persekolahan. Dihalau
dari rumah. Di tanya kenapa? Tercetus pergaduhan kerana suami isteri tidak
bekerja dan mempunyai tanggungan. Orang tua terpaksa menghalau dengan alasan
mahu mereka merasakan bagaimana menjadi
ibu bapa. Orang tua bukan dari kalangan yang mampu dan hidup hanya
cukup-cukup . Dalam keadaan yang tidak mempunyai survival skill keduanya
terombang ambing dalam memikirkan masalah yang di tanggung dan sebenarnya
mereka belum bersedia. Di tanya pada isteri. Pandai masak? Menseterika? Atau apa-apa
saja yang boleh membantu dalam usaha mencari pekerjaan. Jawapan tidak pandai
masak sebab tidak pernah masak. Tapi untuk mencari pekerjaan dengan anak yang
masih kecil adalah mustahil. Di tanya pada suami pulak jawapan tengah mencari
pekerjaan. Di tanya mahu kerja potong rumput? Jawapannya “inda tahan panas”.
Mungkin ada kalangan individu terasa hati, bila kami katakan macam
ini kerana mereka pernah kawin muda atau ada di kalangan keluarga yang berkawin
muda. Masalahnya kenapa perlu terasa jika anda tidak menghadapi perkara seperti
di atas. Anda bukan dari kalangan yang pendidikan yang rendah atau anda bukan dari
kalangan yang malas berusaha. Mungkin bila saya katakan kawin muda adalah salah
satu punca pada permasalahan kemiskinan dan anda katakan TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI!!
Yes! Tidak relevan jika anda pasangan muda yang mungkin suami mempunyai pekerjaan
tetap. Atau isteri juga bekerja. Atau anda ada kelulusan yang baik.
Yes! Tidak relevan jika anda pasangan yang
rajin berusaha sehingga anda menjadi orang yang Berjaya.
Yes! Tdak relevan jika anda lahir dari kalangan keluarga yang beharta.
Yes! Tdak relevan jika anda lahir dari kalangan keluarga yang beharta.
Yes!Tidak relevan jika anda
sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang di tuntut ALLAH dan hidup penuh
keberkatan. Tidak terjadi kepada anda tidak bermaksud tidak terjadi pada yang
lain. Ini bukan doa tetapi ini adalah salah satu faktor yang perlu di titik
beratkan.
dan YES! Banyak sebab untuk berkata tidak relevan kerana saya tidak membicarakan kehidupan kamu atau si Sutinah atau si Mechah dan seberapa banyak lagi nama yang anda berikan sebagai contoh. As said tak terjadi pada kamu atau Sutinah atau si Mechah tak bermakna ia tidak terjadi pada yang lain.
dan YES! Banyak sebab untuk berkata tidak relevan kerana saya tidak membicarakan kehidupan kamu atau si Sutinah atau si Mechah dan seberapa banyak lagi nama yang anda berikan sebagai contoh. As said tak terjadi pada kamu atau Sutinah atau si Mechah tak bermakna ia tidak terjadi pada yang lain.
Kawin muda tidak salah.. jika…
Tak perlu saya penuhkan terpulang anda untuk memikirkannya.
Sedia payung sebelum hujan. Kalau tak terjadi Alhamdullilah. Payung boleh di
pinjamkan pada yang lain. – Terkadang penat bila orang sentap tak kena tempat.
This is my contribution to my country. To anak-anak bangsa kami. Supaya ia
dapat jadi penanda aras. Just as PENANDA ARAS bukan labelling . Dua benda yang
berbeza. Jika fikir dengan hati yang terbuka sure nampak kebaikannya. Tapi
kalau melihat dari kanta yang berdebu , buah yang masak ranum pun di kata busuk. Tak apa la . Mencari Redha ALLAH itu tidak semudah makan cendol. Kami tetap akan redha dengan apa pun tohmahan. ALLAH kan ada.
Semua itu hanya PENANDA ARAS, tetapi untuk mendapatkan
keberkatan dalam hidup single atau berkahwin… Saya nasihatkan jauhi yang haram
dan dekatkan lah diri dengan ALLAH dan buatlah apa yang di tuntut. Jangan lupa usaha. Jangan banyak beralasan. In shaa
ALLAH. Kerana setiap rezeki dan keberkatan itu adalah dari ALLAH. So selalu
semak diri sendiri. ( A reminder to me too kerana saya juga manusia biasa yang tak lari dari bersifat lalai )
siapa tak nak kawin muda? Semua tu kan aturan ALLAH. ALLAH juga bagi kita akal dan fikiran. Bukan ALLAH kata buat salah dulu dan terus buat salah sebab kemudian hari semua itu perancangan ALLAH. Come on . Jangan didik anak-anak dengan mindset macam ni. Belajar sentiasa pandang rendah pada diri sendiri yang setiap kesalahan yang kita lakukan adalah atas kesilapan diri kita sendiri. Nanti kita lupa yang kita pernah buat dosa pulak.
FeedaHMD – Kemiskinan bukan warisan.

Comments
Post a Comment