Christmas in Brunei
Sepanjang minggu melihat kutukan demi kutukan terhadap negara Brunei dan hinaan yang tak berasas kepada sultan kesayangan kami hanya kerana media luar yang terlebih mensensasikan cerita dan menokok tambah dengan mengatakan Brunei seolah-olah bersifat perkauman.
Sebelum undang-undang syariah di laksanakan tidak ada banyak orang luar yang mengenal Brunei. Ini pengalaman saya semasa melancung ke luar negara.
Semasa di UK ( years before syaria law di gembar gemburkan) jurujual bertanya kepada saya , " where are you from? ". Dengan ringkas saya menjawab "Brunei" dan dengan muka yang jelas menunjukkan wanita Britain itu tidak pernah mendengar nama Brunei. "Where is Brunei?"
Semasa ke China ternyata orang imigration juga kurang kenal dengan negara kami. Di belek banyak kali dan bertanya dalam bahasa yang saya sendiri tidak faham apa soalannya. Sehingga ada seorang rakan nya mengatakan "same like singapore?". Baru lah pasport saya di cop dan di lepaskan.
Semasa saya bercuti ke Kuala Lumpur seorang wanita barat (tidak tahu darimana asalnya) berbasa basi bertanya where are you from semasa di dalam lift untuk turun ke lobi hotel. Saya jawab "Brunei?" Dia tanya "where is Brunei? Is it Bali?"
Bila orang tidak mengenal Brunei bagaimana mereka boleh tahu apa sebenarnya yang ada di Brunei. Bagaimana harmoninya Brunei. Kehidupan berbilang kaum etnik yang menghormati satu sama lain.
Google saja Christmas banned in Brunei ternyata banyak cerita yang di tokok tambah dan di sensasikan untuk menyedapkan hati demi kepentingan dan sebenarnya hasutan untuk membenci negara Islam yang ber pegang pada prinsip dan ajaran Islam.
Ok la macam ni. Kalau dekat UK atau US ada ke decoration atau lagu raya di kumandangkan di setiap hotel jika tiba musim raya? Dan zikir maulidurrasul pada setiap bulan rabiualawal?ada tak public holiday di sana sempena hari kebesaran2 dalam islam, cina atau india? Sudah pasti tidak. Adakah ini di anggap perkauman? Berat sebelahnya penilaian manusia. Terus terang masih ada sambutan-sambutan perayaan agama lain di rumah agama mereka, rumah mereka tanpa ada yang di tangkap atau di penjarakan!
Kenapa nak marah jika tiada dekorasi christmas di kedai atau hotel? Is that what christmas all about? Islam agama majoriti di sini sama seperti di barat di mana agama majoriti adalah christian. Ada tak dekorasi untuk hari raya di shopping mall dan hotel di barat? Ada tak public holiday sempena hari raya aidil fitri dan adha di barat? Tak ada hanya kerana islam adalah agama minoriti di negara itu. Tetapi tidak pernah ada orang islam marah dan mengembar gemburkan hal itu kerana kami tahu HARI RAYA bukan hanya sekadar dekorasi lemang, ketupat dan satay. Itu semua tiada kepentingan pun bagi kami.
Penjelasan yang amat jelas:
Kenapa Brunei di kata racist sedangkan christmas adalah salah satu public holiday di Brunei walaupun ia juga adalah agama minoriti?
Tak kenal maka tak cinta:
Dan penjelasan penganut christian di Brunei : https://www.facebook.com/JonFernz/posts/10153380187572992
Ada negara bukan islam tidak meletakkan christmas sebagai cuti umum : http://www.mynewshub.cc/2015/12/25/puluhan-negara-tak-cuti-krismas-tapi-hanya-brunei-dihentam/
Just added 26/12/15:
Untuk renungan bersama :
Alkisah adab duduk di rumah orang 😉
Ada seorang kaya beragama islam yang memiliki sebuah rumah yang besar. Dia seorang yang pemurah dan menghormati apa pun bangsa dan agama. Dia terima siapa pun untuk duduk menumpang dalam rumahnya. Setiap keluarga yang menumpang di berikan ruang besar untuk mereka buat apa saja tetapi pastikan pintu ruangan di tutup agar anak-anak tuan rumah tidak melihat. Orang-orang yang menumpang di dalam rumah itu amat hormat kepada beliau.
Suatu hari ada seorang yang menumpang tinggal ingin merayakan hari kebesaran agama anutannya dan ingin yang lain menyaksikannya dan menyambut bersama. Lalu ia bertanya. “Boleh kah saya menyambut perayaan agama di dalam rumah ini? . Empunya rumah tersenyum seraya menjawab. “Boleh , tetapi dengan syarat. Kamu hanya perlu buat di dalam ruang kamu sendiri di mana kamu di tempatkan bersama dengan orang-orang yang seagama dengan mu. Tiada halangan. Untuk mu agama mu dan untuk ku adalah agama ku. Ini rumah ku dan ini lah prinsip ku. Mungkin ada jiran lain yang tidak berprinsip macam aku dan kamu menyanjunginya. Aku tidak mencemburuinya. Aku hanya hamba Allah yang mahu mencari redha Allah.Aku adalah aku. Ini rumah aku maka hormatilah aku sebagai tuan rumah”.
Hal dalam rumah tak perlu lah orang luar nak punya hak bersuara.
~tolong tepi sikit...
Tolong tepi sikit....~
FeedaHMD- My House, my rules! Paham bisai. I luv my #country #Brunei #banningornot #stillpublicholidaywhat #bukanracist
Comments
Post a Comment