Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa
Alhamdullilah pada 10hb May 2014, perancangan kami adik-beradik yang ingin membuat kejutan kecil untuk ke dua orang tua kami berjalan dengan lancarnya.
Bermalam di Mangrove Paradise hanya inginkan kelainan. Bapa sure suka sebab boleh lepak luar bilik sambil menunggu pancing ( walau ikan yang ada hanya ikan duri a.k.a. BELUKANG/BEDUKANG) hahahahhaa. Furthermore suasana di mangrove ni sesuai untuk acara kekeluargaan. Mak bapa boleh melihat cucu-cucunya bermain di beranda luar sambil memancing, memetik gitar ,menyanyi dan tidak kurang juga makan dan makan.
Semasa nak masok ke kawasan hotel mak tanya nak kemana jauh-jauh sangat ni. Mula cakap saja nak jalan-jalan buang masa sebab malam nak pegi makan kat gerai tepi sungai (tambing). Susah jugak nak menipu ni lebih-lebih lagi pada mak. Huhuhuhu ampun kan saya mak.
Sampai ke perkarangan hotel saya pura-pura la keluar cakap nak pinjam toilet.Lepas tu my sis Rozi pegi ambil wheel chair ( mak bukan tak boleh jalan Cuma kaki dia kurang kuat so lebih baik bagi wheelchair untuk keselesaan) . Mak tanya lagi, “kenapa pula aku nak keluar ni?” Ah susah nya menipu last-last cakap je la mak kita stay kat sini. Sebab tak jauh dari tambing, kota batu. ( ni pun tipu juga.Kita dinner kat sini pun) .
Sewa 5 bilik sebab tak semua nak stay . ( rumah dekat unlike us yang dari KB ni) .
Lepas magrib , so semua dah ready kemas-kemas pakai cantek-cantek. Mak bapa pun kita suruh pakai cantek,. Mak cakap kalau setakat makan kat gerai tambing jangan la pakai baju macam orang nak keluar dinner kat hotel. Anak-anak gadis sunti cucu-cucu mak pula siap dengan skirt labuh, kasut bertumit. Curious jugak mak and siap cakap nanti kita ni kena gelak pakai baju tak sesuai tempat.
Anak-anak dan kakak semua dah jalan, I told my parents. Saya yang akan bawa mak bapa. Mak pulak ashik cakap" ala jom la jalan apa lagi la nak tunggu. Lama yg lain tunggu. Panas tu". ( ye lah kan sebab cakap makan outdoor)
Bila mak dah rimas nil ah yang buat saya risau. Angkat hp call my sis tapi cakap entah apa-apa. “ Mana u simpan kunci ni!U datang balik sini ke?” tapi di hujung talian my sis tanya “ apa kan dah? Apa kau cakap?” lepas tu terus tutup talipon
Nak tunggu signal dari siblings to let me jalan bawa my parents amat la lambat. So once they said ok baru dapat masok. Kita jalan la tolak mak dengan wheelchair. Mak pulak dah prepare ketupat dari rumah dan bawa sebakol mata kuching dia petik before we off from KB. ( ela kata nak lepak tepi sungai makan satay kat gerai)..
Bila direction kami menuju ke restaurant hotel instead of ke parking mak tanya lagi.. “Eh sana sungai lah”. Saya dengan selamba menjawab “shortcut mak”. Hahahahah entah apa-apa sebab saya ni tak reti nak menipu lebih-lebih lagi mak. Tangan kaki dah berpeluh.Kenapa lah aku di beri tugasan menipu ni. Hahahahhaa. SUSAH TAU!! :P
Ini lah untuk mu mak... untuk mu bapa..
Bismillahirrahmanirrahiim
50 tahun duhulu,
Bertemunya dua hati menjadi satu.
Walau jauh berbatu-batu..
Kalau dah jodoh Allah pertemu..
Pagi-pagi menanam selasih;
Selasih ditanam di tepi pagar;
Kasih yang tak pileh kasih..
Cinta yang tak pernah pudar..
Pergi merantau mencari untung;
Tanah seberang berisi intan;
Kasihnya ayah setinggi gunung..
Kasihnya ibu sedalam lautan..
Ku contohi ketegasan ibu
Namun di dalamnya penuh kasih sayang
Ku geruni kelembutan peribadi ayahku
Dalam pelukannya ku rasa tenang
Ibu..
Engkau lah ratu hatiku
Bila ku berduka merenung wajahmu adalah penawar..
Ayah Engkau lah wira hatiku..
Bila aku bersedih , melihat senyum mu ku rasa tenang
50 tahun meniti waktu..
Membesarkan kami tanpa keluhan
Terima kasih ayah dan ibu Kami generasi mu mohon keridhaan..
Ayah....
Ibuuu.
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 50 tahun semoga kekal jodoh hingga ke jannah.. Aamiin Sedikit saya memetik untuk renungan anak-anak generasi mendatang Ridha orang tua menjadi salah satu sebab turunnya Ridha Allah ta’ala.
Nabi bersabda, “Ridha Allah ada pada ridha kedua orang tua. Dan murka-Nya ada pada murka kedua orang tua.” (HR. Tirmidzi, dinilai shahih oleh Al Albani dalam Shahihul Jaami’ no. 3500)
Tanpa sedar hati terasa bergetar. Adoi nak nangis la pula.
Selesai saya membaca text ucapan saya, kakak sulong pula membacakan doa sempena hari keluarga ini. Cukup indah doanya.
Selesai doa dari kakak yang sulong, Doa selamat pula di bacakan oleh seorang lagi cucu mak bapa , Mohd Arif. Thanks Arif. Sayang makchu.
Selesai semua tu acara makan. Sedap juga. Not bad with BND12/head
Ini lah hasilnya ..
Tidak akan dapat terulang..
Hanya gambar untuk kenangan
`Feedah`
Comments
Post a Comment