Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik


Assalamualaikum wbt ,
Sebenarnya nak berkongsi  dalam mencari/menambah saham-saham yang tak semengah mana untuk bekalan kita di akhirat. (cukup ke idok? Ya ALLAH takutnya) Emmm bukan senang nak berkongsi sekarang ni. Salah cara confirm  di kata menunjuk.. riak dan macam-macam lagi . Dunia sekarang dunia penuh prasangka. Tapi ye la kita tak boleh nak tutup mulut orang atau meyakinkan orang. Hati ni kan lembut. Di jentik bisikan halus pasti akan berbolak balik. Nauzubillah. Semoga yang membaca ini dari kalangan insan-insan yang positif dan sentiasa  Husnudzan   -  berbaik sangka.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Tobat, Maha Penyayang.” (QS Al-Hujurat ayat 12).
Bismillahirrahmannirahiim,
Tahun Lepas  sekitar bulan September kami mengajak siapa-siapa yang nak join buat telaga di Kemboja. Alhamdullilah sambutan mengalakkan. Terima kasih atas keyakinan yang di berikan. Kami bukan siapa-siapa. Since kami nak buat telaga untuk di wakafkan dan kami tahu orang yang boleh di percayai di Kemboja untuk menjalankan pembinaan dan mencari orang-orang yang layak di berikan wakaf telaga. Tiada paksaan dan semuanya based on trust.
 Ini lah telaga kami sekeluarga. Bila berkongsi kos terasa ringan. Semua cucu anak menantu join sekali. Kami berikan nama Bi'ru Al'Haudh.Alhamdullilah. *Kos sebuah telaga BND480( Saya tunjukkan gambar ni pun bukan untuk menunjuk tapi untuk memberitahu telaga memang ada bukan hanya bualan mulut atau janji ).
Pembinaan bermula pada 11/01 /17 dan telaga pertama  hingga yang ke dua puluh telah di siapkan pada 20/01/17 dan di serahkan pada 22/01/17
Di sini saya kongsikan gambar dan video semasa pembinaan di jalankan.

Pembinaan wakaf-wakaf telaga orang-orang kitani melalui usahasama ADCC dan kami adik-beradik

Telaga seperti ini lebih tahan lama berbanding telaga Pam yang pernah saya post dulu







Sejak Seawal Januari hingga ke hari ini 115 buah telaga telah di bina dan di wakafkan  oleh  orang-orang kitani di Brunei melalui ADCC salah satu NGO di Kemboja yang di ketuai olah Ustaz Abdussalam dan kami adik beradik. ( Sebenarnya ADCC telah membina lebih dari itu.Jumlah  115buah  ada lah yang berurusan melalui kami adik beradik ). Dalam pada saya menulis ini, ada 10 buah lagi telaga yang akan di bina.
Alhamdullilah, di berikan ALLAH rezeki lebih dan dapatlah saya dan suami menginfakkan dan mewakafkan sebuah telaga  yang kami berikan nama  Faidh Zayyad. Semoga telaga ini bermanfaat pada seluruh makhluk ALLAH dan menjadi pahala dan bekalan kami bila nyawa pinjaman ALLAH ini telah di mansuhkan pinjamannya. ALLAH HU AKHBAR.


Faidh = mengalir , melimpah
Zayyad = Semakin bertambah

Berurusan dengan ACDC, ketelusan memang di titik beratkan. Dari resit pembayaran , video dan gambar juga di kongsikan dan akhir sekali sijil .





Semoga telaga -telaga yang telah di bina  memberi manfaat kepada penerima dan pewakaf.

Alhamdullilah , telaga ini telah di serahkan kepada satu keluarga di Kemboja




 Macamana nak bina telaga?
Kami bukan NGO. Tiada surat yang dapat kami tunjukkan . Tapi kami ikhlas dalam menyampaikan hajat anda dan bayarannya hanyalah doa dari anda semua. Doakan semoga di permudahkan setiap urusan dan doakan ibu bapa kami serta keluarga kami yang baik-baik. Aamiin dan terima kasih .
 Jika sekiranya ada yang ingin turut berwakaf boleh lah hubungi :
Hjh Adiah  +673 892 6703
Hjh Faeza +673 860 1221
Rozi +673 8773998

Liza +673 8253008
Atau saya sendiri.

 *Pada yang bertanya "masih boleh kah? Bila tarikh tutup?" . Terus terang telaga-telaga kitani ani belum sampai pun memenuhi 3 perkampungan islam di kemboja. Teruskan lah terus terang di sana memang kekurangan air bersih. Jadi jawapan saya tiada tarikh tutup selagi ada yang memerlukan dan selagi masih ada kepercayaan terhadap kami adik beradik. In shaa ALLAH*

*Pada yang ingin melawat Kemboja sekaligus melihat sendiri telaga yang telah mereka wakafkan, boleh lah contact Hjh Adiah atau Ustaz sendiri*
Fadhilat menyediakan telaga di dalam Islam
  • Daripada Anas Bin Malik, bahawa dia pernah berjumpa Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia dan dia tidak berpesan (buat amal jariah untuknya). Adakah sampai pahala kepadanya jika saya bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab “Ya, hendaklah kamu sedekah melalui sumber air”. (Hadith Anas Riwayat Tabarani)
  • Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bahawa daripada amal dan kebajikan yang akan mengikuti seseorang muslim itu selepas kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, Al-Quran yang dia wakafkan, masjid yang dia telah bina, rumah sabil (rumah tumpangan) yang dia telah bina, tali air yang dia telah alirkan, sesuatu sedekah yang telah dihulurkan semasa sihat daripada hartanya semasa hidup.
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah)
  •  Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi air”.
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)
  • Daripada Ali bin Hasan bin Syaqiq, katanya saya mendengar daripada Ibnu Al Mubarak, iaitu setelah seorang bertanya kepadanya, “Wahai Abu Abdul Rahman (nama timangan Ibnu Al Mubarak), bisul keluar daripada lututku, semenjak tujuh tahun puas saya berubat dengan pelbagai rawatan, ramai tabib yang telah saya minta nasihat tapi semua tidak berkesan”, maka Ibnu Al Mubarak menjawab “Pergilah dan carilah suatu tempat yang orang ramai perlukan air, disana galilah telaga. Sesungguhnya saya berharap air yang terbit di sana akan menghentikan darah daripada bisulmu”. Maka lelaki itu telah lakukan apa yang dinasihatkan lalu sembuhlah ia.
(Hikayat Ali Bin Hasan dalam Kitab Matjar Rabib Al-Dimayahi)
 
 FeedaHMD – Bukan kerna nama tetapi mencari keberkatan dan Redha ALLAH.

Faidh Zayyad nama anak syurga kami yang tidak sempat melihat dunia. Semoga kami dapat berjumpamu di syurga wahai permata hati ummi. Walau tak pernah di gendong, di peluk dan di belai .. kehadiran mu di Rahim ummi pernah mendatangkan kegembiraan pada ummi dan abi.

Link² yang terdahulu :


Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?