Wakaf pembinaan Masjid Kg.Cham - Ustaz Yahya dalam kenangan

Assalamualaikum wbt.. 


 Hari ini dengan cuaca yang mendung , tiba-tiba terkenangkan Allahyarham Ustaz Yahya yang lebih di kenali dengan nama Ustaz Yahya Kemboja.


Sebelum menulis lebih panjang hari ini saya ingin sampaikan kepada yang telah turut serta dalam projek wakaf masjid ini samada melalui saya Hj Daud sekeluarga mahupun pada wakil-wakil yang lain,  Masjid Kg.Cham telah pun siap


Mengenali beliau pada Ramadhan 2013 semasa urusan wakaf tikar sembahyang untuk salah satu surau / masjid di kemboja.


Pada tanggal 01/07/2014 , Allahyarham menyampaikan hasrat beliau untuk mencari dana di Brunei bagi pembinaan masjid. 


Pix: masjid sebelum di robohkan


Plan masjid sebelum projek di mulakan

Surat-surat  pengesahan

Setelah mengumpulkan dana di mulai dengan keluarga dan saudara mara, ustaz pertama kalinya datang ke Brunei. Betapa dia rasa berbesar hati dapat berkenal mesra dengan keluarga dan datang ke Brunei. 


Sijil menandakan duit wakaf telah pun kami serahkan.

Memandangkan projek ini besar, saya rasakan perlu ada "circle" yang besar. Saya kenalkan beliau pada Hjh Maslena dan suami. Insan yang tidak pernah berhenti dalam mengumpul dana pembinaan masjid walaupun Allahyarham sudah tidak ada lagi. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya bantuan sis Hjh Maslena dan keluarga. 



Seawal penglibatan pembinaan ini , Saya dan suami serta keluarga ( Haji Daud’s ) , Hjh Maslena dan suami dan juga Kak Hjh Mordiah adalah orang-orang yang terawal yang di amanahkan ustaz untuk memegang wang-wang wakaf dari orang ramai.

 

Terus terang, langkah awal kami tidak mudah. Untuk memberikan kepercayaan itu tidak mudah. Tapi kami tahu ini adalah jambatan untuk menuju redha ALLAH. Kami teruskan.

 

Kemudian , dari bulan ke bulan Alhamdullilah semakin ramai orang-orang Brunei yang mengenali ustaz dan membantu dalam mencari dana membina masjid ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua , samada yang saya kenal atau tidak.  Walau langkah awal nya ada lah melalui saya tetapi tanpa anda semua , usaha murni ini tidak akan dapat di realisasikan.

 

Ustaz pernah menyampaikan kepada saya , lebih kurang 70% adalah atas bantuan orang-orang Brunei dan selebihnya dari Malaysia dan Singapura bagi merialisasikan masjid ini di bina.

 

Setiap kali ustaz berjumpa atau menghubungi saya, dia menyampaikan hasrat untuk membuat satu majlis dan mahu saya sekeluarga dan seluruh kawan-kawan beliau di Brunei yang telah membantu datang untuk pembukaan rasmi masjid itu nanti. Namun kita manusia hanya mampu merancang. Allah menjemput ustaz terlebih dahulu. Berat rasanya untuk meneruskan penulisan kali ini. Ustaz menganggap saya dan keluarga adalah keluarganya sendiri. Dalam pada sakit dia memberitahu yang beliau rindu mak bapa ( my parents) . Dan mohon doa agar dia dapat berjumpa dengan keluarga lagi. 


Hari ini saya kongsikan , usaha ustaz Yahya Kemboja yang telah di realisasikan. Masjid yang di usahakan telah siap di bina.

Pix update terkini masjid : credit to sis Hjh Maslena








Allahyarham Ustaz Yahya , damai lah kau di sana. Hajat mu telah terlaksana.

 

Al-fatihah 

 

 

FeedaHMD-  Buatlah kebaikan seolah kita akan mati pada esok hari.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016