At Taqwa – Tak kenal maka tak cinta
Ini adalah salah satu projek #mencariredhaALLAH #TelagaPahala #TamakPahala yang saya usahakan.
Assalamualaikum wbt,
Pada pertengahan bulan Mac, 2016, seorang sahabat menghubungi saya melalui Whatsapp menyampaikan jika saya ingin turut serta membantu sebuah rumah anak yatim yang sebenarnya memerlukan kelengkapan harian. Sedari kecil kami adik-beradik di ajar untuk sentiasa membantu orang yang memerlukan walau pada saat itu kami juga sebenarnya perlu di bantu. Mak dan bapa juga sering mengajar untuk memuliakan anak-anak yatim dan menyayangi dan mengasihi mereka.
Kebetulan pada masa tu hari dah gaji. Saya mohon bantuan dari sahabat saya , Kak Siti Hajar untuk menyampaikan hajat saja. Semoga ALLAH sentiasa mempermudahkan segala urusan beliau sebagaimana dia sering menyampaikan hajat orang lain. Saya kirimkan duit dan katakana pada beliau beli lah apa saja kekurangan dan apa yang amat di perlukan buat masa itu.
Lagipun pemberian saya tu tidak la sebanyak mana.Untuk membantu 65 orang anak yatim amat lah tidak mencukupi. Tetapi saya juga sering ingatkan diri dalam membantu bukan banyak atau sikitnya yang akan ALLAH pandang . Tapi usahanya. Keikhlasannya. Ya ALLAH semoga apa yang saya buat ini mendapat redha ALLAH.
Selepas hari itu. Saya tidak berhenti di situ. Saya mencari jika ada permohonan bantuan di laman sosial untuk Rumah At-Taqwa. Pencarian yang menemui jalan buntu. Bukan curiga tapi untuk mengenali lebih dekat dan ingin melihat jika ada di kongsikan aktiviti harian mereka. Hairan. Hmmmm mushkil kenapa rumah At-Taqwa ini tidak ada cerita atau viral memohon bantuan dari segi kewangan atau apa pun.
Sehingga satu hari , Kak Siti Hajar membuat satu group chat yang di beri nama “Putera Perdana Group”. Di sana saya di kenalkan dengan ustazah Norhayati pengasas Rumah At-Taqwa. Jujur dia memang seorang yang pemalu. Taka da satu ayat pun keluar dari mulut beliau mohon bantuan. Saya jadi hairan. Melihat bil air dan elektrik yang tinggi. Melihat anak-anak yang ramai. Dalam hati bertanya cukup ke ustazah ni dengan apa yang ada. Bantuan yang datang tanpa di minta? Akan mudahkah beliau dan suami serta anak-anak?
Semakin mengenali ustazah hati ini sedikit cemburu. Cemburu akan kecekalan beliau. Cekalnya hati ustazah bertahun-tahun melayan karenah anak-anak. Menjaga makan minum sekolah dan segalanya. Memastikan anak-anak rasa di sayangi. Tidak terasa kehilangan. Di jaga sama rata seperti anak sendiri.
Di tanya pada ustazah kenapa tak sebarkan agar dapat lebih bantuan. Jawapannya. Tak apa. Saya malu. Saya nak biar orang datang kepada anak-anak yatim. Biar di cari bukan mencari”
Dalam maksudnya tapi saya diamkan. Saya teruskan juga sebarkan siapa-siapa yang sudi untuk ikut serta dalam usaha saya memuliakan anak-anak yatim. Dalam usaha mencari dan memberi tanpa di minta. Betul la ustazah. Nikmatnya lebih terasa. Sayangnya lebih mendalam.
Berulang kali kami tanyakan kenapa ustazah tidak mohon bantuan. Ya ALLAH jawapan ustazah menyentap hati. Begitu tinggi pandangan beliau kepada anak-anak yatim. Begitu ia terlalu memuliakan mereka.
“Sesetengah manusia ni tengok anak yatim hanya untuk makbulkan doa mereka. Anak yatim umpama kelas ke tiga di mata mereka. Anak yatim kena ajar hidup susah dan melarat. Tak perlu nak bagi anak-anak ni merasa apa yang kita rasa.Anak yang ada mak bapa je yang boleh ada perasaan .. ada kehendak. Tapi anak yatim tak boleh”
Ustazah seperti menyimpan kesedihan yang mendalam. Terlalu dalam.
Beliau menyambung, “ anak yatim dan pengemis tak boleh di pisahkan, Anak Yatim je minta sedekah. Saya cuba nak ubah persepsi masyarakat. Demi anak-anak mulia ini saya tak akan terminta-minta, saya tak akan edarkan pemplet. Bagi saya anak yatim ini golongan yang sangat istimewa. ALLAH muliakan mereka. ALLAH sebut 23kali dalam al Quran tentang anak-anak yatim. Kita yang perlu cari anak yatim bukan anak yatim cari kita. Sebab bila kita yang mencari, kita lebih iklhas. Saya berharap masyarakat pandang mulia pada anak yatim bukan sebagai pengemis. Saya tak minta-minta. Biar lah saya mulakan dengan diri saya dahulu. Inshaa ALLAH pasti akan ada yang ikut”
Masya ALLAH . Terdiam saya. Tak ada kata yang mampu di katakana. Hanya air mata. Air mata dan rasa insaf diri. Ya ALLAH. Peliharalah ustazah agar ia sentiasa dapat memberi sinar harapan pada anak-anak yatim rumah At –Taqwa.
Daud A.S berkata : “Bersikaplah kamu kepada anak yatimsebagaimanaseorang bapa yang penyayang”.
Ada segelintir manusia menilai melalui cermin yang berdebu. Pandangan sentiasa nampak kabur dan kotor.
Sedikit mengenai pengalaman beliau dalam mengembirakan hati anak-anak yang di sayang rasul ini . Ada juga luka terguris kata.
Bila dia membawa anak-anak bermain di taman tema untuk mandi manda. Dia kongsikan di dalam laman social facebook. Niat hati untuk berkongsi. Namun ada segelintir yang mengecam. Antara kata-kata mereka “ Kenapa bawa ke tempat berbayaar? Anak-anak kami pun tak pernah kami bawa ke sana.tapi anak yatim bukan main lagi nak membazir.” Tahu tak kenapa ustazah bawa ke tempat berbayar? 65 orang bukan sedikit. Sekurangnya tempat tu selamat. Bawa kat sungai tanpa pantauan. Nauzubillah.
Bila anak-anak teringin nak makan benda mahal seperti ketam dan durian. Adakah salah bila ustazah menyampaikan hajat anak-anak semua? Adakah anak yatim tak berhak untuk merasa? Sehingga di kecam dan ada yang kecam mengatakan rumah At Taqwa tak perlu bantuan. Mereka sudah kaya boleh makan ketam dan durian. Ya ALLAH makan sekali macam tu di kecam bertahun? Ya ALLAH manusia yang di berikan hati. Lembutkan lah hati. Jaga lah lidah. lembutkan lah hati dengan banyak berzikir. Tak suka jangan kata. Sebelum kata biar di nilai. Mungkin itulah keistemewaan yang ALLAH beri pada anak-anak yatim. Kasih sayang dari manusia lain yang sanggup berkongsi rezeki dan menyampaikan hajat-hajat mereka.
Mereka tak ada mak atau bapa malahan keduanya sekali. Jadi bila teringin seperti anak yang lain adakah itu berdosa? Berdosakah mereka hanya kerana itu? Berdosa kah ustazah dan suaminya jika menunaikan keinginan anak-anak?
Hadith riwayat Thabrani, Di riwayatkan oleh Abu Ya’la dan Thobrani, Shahih At Targhib Al Albani bahawa :”Barangsiapa yang mengikut serta kan seorang anak yatim di antara dua orang tua muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukuponya maka ia pasti masuk syurga”
Terdapat seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluh kekerasan hatinya. Nabi pun bertanya padanya: Sukakah kamu? Jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu dapat di penuhi> Kasihlah anak yatim dengan mengusap mukanya, serta berikanlah makan dari makanan mu, maka niscaya hati mu menjadi lunak dan kebutuhanmu dapat di penuhi”
Apa kah yang di maksudkan serta berikanlah makan dari makanan mu? Di dalam riwayat itu? Adakah kita memberi makanan seperti haiwan terbiar? Tidak bukan. Kita makan sedap jadi berikan lah mereka makan sedap. Mudah. Tak beri tak apa. Jangan hina. Jangan cerca. Jangan prejudis. Jangan cemburu akan rezeki yang Allah murahkan untuk anak-anak ini.
Masya ALLAH. 65 orang. Kalau di tanya pada diri sendiri. Sanggupkah aku? Soalan yang pasti membolak balikkan hati . Risau. Mampukah? Kuat kah? Jadi jika kita rasa tak mampu kenapa di hina usaha beliau? Kenapa di hina anak-anak yang mempunyai keinginan seperti anak-anak yang lain? Kenapa kita tidak usaha untuk mempermudahkannya?
“Orang yang menanggung ( mengasuh) anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di syurga”. Malik (perawi hadith) mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah” (HR Muslim)
Di sini saya kongsikan sedikit usaha-usaha di dalam kumpulan whatsapp yang di tubuhkan “Geng tamak pahala” demi memuliakan anak-anak yatim di rumah AT Taqwa. Bukan pujian yang kami harapkan. Segalanya kami lakukan demi mencari redha ALLAH .
Antara usaha-usaha :
Menaja makanan untuk anak-anak kesayangan kami di AT Taqwa.
Dan ini pula adalah usaha saya , keluarga dan sahabat handai di Brunei untuk mengembirakan anak-anak rumah At Taqwa berbaju sedondon di hari raya
Cantek dan nampak gembira anak-anak mengenakan baju sedondon dan anak lelaki mengenakan songkok yang di hadiahkan oleh pengasas Al-Fateh
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti ALLAH akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti ALLAH akan memudahkannya di dunia dan di akhirat, Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti ALLAH akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat, ALLAH senantiasa menolong hambanya selama hambanya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim.)
Membantu meringankan perbelanjaan rumah AT Taqwa dengan membeli barangan keperluan.
Wakaf telekung dari sahabat-sahabat di Brunei yang saya dan kakak saya Alizah Hj Mohamed Daud usahakan
Semoga rezeki anak-anak kesayangan kami ini sentiasa di mudahkan dan di murahkan. Jangan lah kita cemburu akan rezeki mereka kerana setiap rezeki adalah dari Allah.
FeedaHMD- pendosa yang mencari ketenangan dan berusaha mencari redha Allah.
* Setiap usaha bukan kerana nama atau pujian. Masing-masing berladang pahala agar dapat menjadi bekalan di akhirat kelak.
Comments
Post a Comment