Tolong Tepi Sikit
Aku diam bukan bermakna aku rela di fitnah..
Aku diam bukan bermakna aku rela di pijak..
Aku diam bukan bermakna aku beri kuasa..
Aku diam bukan bermakna aku salah..
Aku diam bukan bermakna aku izinkan ceritaku di jaja..
Boleh tak kalau tak perlu nilai aku..
Boleh tak kalau tak perlu nak bandingkan aku..
Kenapa benci sangat dekat aku?
Pernah aku masukkan tanah dalam periuk nasi mu?
Pernah aku rosakkan namamu?
Pernah aku mencuri duit mu?
Pernah aku rosakkan hidupmu?
Kalau tak pernah kenapa benci?
Kau nak kaya? Ambil lah
Kau nak pangkat? Gapailah
Kau nak nama? Usahalah
Usaha biar bersih..
Nak orang sayang tak perlu burukkan aku..
Kenapa perlu rasa kalah dengan aku?
Aku tak mahu ikut bertanding..
Aku kerja cari duit untuk menyara keluarga aku..
Izinkan lah aku ..
Kalau aku sakit..
Itu semua anugerah Allah pada aku..
Perlukah itu di jadikan kelemahanku?
Hanya kerana kau tidak dapat mencari kekurangan ku yang lain?
Tahu tak? Sakit itu hanya Allah yang tahu bila sakit dan bila sembuhnya..
Kau juga manusia. Mungkin kau kurang sakit sekarang tapi tak tau bila kau dah hampir nak mati kau akan rasa semua kesakitan yang tak pernah Allah berikan sekarang..ingat itu! Jadi manusia biar sentiasa jaga tingkah..jaga lidah..
Diam aku..aku berdoa
Diam aku..aku berzikir
Diam aku..aku menanam sabar
Kau suka syaitan? Kau berkawan lah!
Jangan ajak aku sama!
FeedaHMD- ingat lah kubur kita memanggil setiap hari. Zaman nak buat jahat dah lama pergi. Izinkan aku nak perbaiki diri. So pada yang kaki fitnah tolong duduk tepi. Izinkan aku sendiri.Mencari Redha Ilahi.
Comments
Post a Comment