Ummi Payung Syafi dengan GAP

Payungi si Manja anda. 

Pix credit to google 

Ada banyak cara seperti membuka akaun simpanan si manja, membelikan insuran untuk si manja, tabungan dan banyak lagi. Kurang berkemampuan untuk semua itu? Ada cara lagi murah dan mudah dan in shaa Allah selamat.



Apakah perancangan Ummi untuk Syafi?  

 

Ummi tahu ummi tak selama nya muda dan Ummi juga tahu Syafi tak selamanya kecil. Ummi juga tahu Ummi tak kaya dan tak ada banyak harta untuk di tinggalkan untuk Syafi.  In shaa ALLAH Ummi akan payungi Syafi dengan didikan agama serta akhlak yang baik. Ummi juga akan payungi Syafi dengan sejenis logam yang kalis inflasi selain daripada Akaun si manja dan insuran pendidikan.

 

Logam yang ummi maksudkan ialah EMAS /PERAK. Selain membeli emas fisikal untuk Syafi, unmi juga buka akaun GAP untuk Syafi. 

 



Buka akaun GAP untuk Syafi.

Beli sekurang-kurangnya 1gm  setiap bulan dari  usia Syafi satu bulan.

Bila Syafi dah 20 tahun :

 

Setahun :1gm X 12  = 12gram

20 tahun : 20 X 12 gram = 240gram

 

Bila usia Syafi 20 tahun ( doakan Ummi dapat menyimpan lebih dari 1 gram setiap bulan) Sekurang-kurangnya  Syafi ada 240gram emas dalam usia Syafi 20 tahun.  ( Yang ni GAP kiraan dari Ummi saja belum yang dari abi lagi.)

 

Hmmm agak-agaknya berapa harga emas dalam 20 tahun akan datang?

 

Syafi tau tak semasa usia ummi 10 tahun Ummi dapat beli nasi /mee bungkus dan eskrem bungkus plastik /ol’skool hanya dengan duit 50 sen. Yuran sekolah hanya  $2. Buku teks semua free. Langsung tak perlu beli. Hospital juga free.

 

Bila usia Ummi 20  tahun  semua tu dah  berubah. Harga nasi sebungkus  dah naik menjadi $1 . Yuran sekolah pun dah naik dan setiap tahun ummi akan dengar ibu-ibu mengeluh nak beli buku teks yang semakin banyak. Hospital pula kena bayar $1 walau pun tak banyak tapi tetap ada bezanya . Betul tak? 

 

Hmmm apa pula akan terjadi pada 20 tahun dari sekarang. Adakah education masih free seperti sekarang? Adakah hospital juga  kekal dengan bayaran $1?

 

 

Sediakan payung sebelum hujan. Payungilah si manja anda. 

 

Ok Syafi. #JangankataUmmiTakPayung


FeedaHMD- ummi Syafi yang comel. Huhuhu terus 

Nota: ingin tahu mengenai GAP by publicgold? Boleh baca Blog Tuan Hafizul Hakim di sini : http://bit.ly/1TeSM9M

Boleh juga Inbox me kat FB or siapa yang dah ada my contact number whatsapp me pun boleh.

Kenapa GAP?

1.Sebab GAP bukan hanya untuk si manja.

2. Tiada istilah terlambat untuk menyimpan

3. Sebab GAP menawarkan harga yang terbaik. Kenapa bayar lebih untuk emas 999 dengan berat yang sama. Ni untuk orang yang ada budget terhad so saya compare dengan harga emas fisikal 1gm. 

4. Sebab kita boleh lah berhuhuhu di kemudian hari. chia !chia  !chia!


Beli emas bukan sebab aku kaya atau nak kaya tapi  menghargai setiap keringat dan menghindari kebocoran nilai pada wang. Bukan pakar tapi inilah cerita saya

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?