Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga / Perigi di Kemboja
Assalamualaikum wbt,
Menyampaikan pembuatan Telaga di Kemboja ni bukan lah baru saya lakukan. Dulu saya membantu orang Brunei untuk membuat telaga di Kemboja melalui Allahyarham Ustaz Yahya. (Semoga ruhnya di cucuri rahmat. Aamiin Yarabbal Alamiin) 
 
Ini adalah telaga wakaf yang saya buatkan khusus untuk kedua orang tua saya semoga amal Jariah ini terus mengalir untuk keduanya.  Telaga ini murah sedikit tetapi apa yang ustaz pernah bagitau di khuatiri cepat rosak) 
  


 Daripada Anas Bin Malik, di ceritakan beliau pernah berjumpa Rasulullah S.A.W lalu beliau bertanya “ Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia dan dia tidak berpesan ( wakaf atau membuat amal jariah atas namanya). Adakah sampai pahala kepadanya jika saya bersedekah untuknya? Rasullulah menjawab, “Ya, hendaklah kamu sedekah melalui air(sumber air)” – Hadith Anas Riwayat Tabrani.


 Ini adalah contoh telaga yang akan di bina di tempat-tempat yang memerlukan bantuan dengan harga yang telah saya jelaskan.




Daripada Anas bin Malik seperti hadith dari Abu Hurairah kecuali riwayatnya berbunyi, 7 perkara akan berterusan pahala kepada hamba ALLAH walhal dia sudah berada di alam kubur ialah seseorang yang telah mengajar ilmunya atau membina tali air atau mengali telaga atau menanam pokok(kurma) atau membina masjid atau mewakafkan al-Quran atau meninggalkan anak yang soleh yang beristighfar unutk nya selepas mati ( Hadith Anas Riwayat Bazzar)
 
Bagaimana cara untuk mewakafkan telaga/perigi:
Jadi kali ini, melalui Association For The Development of Cambodia Community ( ADCC)  yang di gerakkan oleh Abdussalam AlHafiz Cambodia , siapa-siapa ( Di Brunei)  yang ingin membuat telaga dan di wakafkan di sana bolehlah hubungi saya. Di fahamkan dalam sekitar BND480 ( maaf memandangkan matawang sering turun naik dan pengalaman rugi teruk kerana menganti / menambah wang kiriman orang di sebabkan matawang kami memberikan sedikit harga dan terus terang lebih duit itu akan di gunakan sepenuhnya untuk saham akhirat kita dan di sedekahkan pada yang memerlukan -*JIKA ADA LEBIH)

Saya tak minta upah. Cukup hanya doa. Semoga #ladangpahala yang di usahakan ini menjadi amal Jariah. Ini adalah salah satu projek #tamakpahala saya.

Saya tahu harganya sedikit mahal. Tahun ni kami berniat nak buat adik beradik dan anak-anak jadi kami kumpul ramai-ramai. Kalau ada 14 orang maka BND480/14 = BND34.28/Seorang.  Alhamdullilah.Mudahnya #berladangpahala
 
FeedaHMD – saya bukan agamawan.
Satu ketika kaki ini pernah memijak bumi Kemboja. Kemiskinan saudara islam kita yang perlu di berikan perhatian. Negara di mana Islam adalah minoriti. Miskin nya kita , masih mampu mempunyai letrik dan air. Miskinnya mereka ada yang hanya tidor di dalam perahu kecil yang bila ribut melanda di manakah mereka sekeluarga berada?
 
Kemboja…
Andai aku tak mampu memberi.. izinkan aku berkongsi cerita.
Andai aku tak mampu berkongsi cerita, izinkan aku berikan sedikit ceria.

Inginkan kata-kata nasihat dan motivasi boleh dapati di sini: https://m.facebook.com/STDANSL/

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?