Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder


What I did Last monday , 11th November ?

 Aku ni jenis tak suka membazir. Membazir tu kan amalan syaiton. So balik dari ofis nampak la pisang kat rumah pemberian Mak masih banyak. Semua maklum jangka hayat pisang ni amat lah sekejap nya. So sebelum jatuh hukum membazir baik aku buat sesuatu.

Masuk dapur cek bahan-bahan yang ada hmm ok la boleh je buat kek pisang. In shaa ALLAH menjadi walau tak cukup bahan.

Ok maka bermulalah mode "prasan chef" dengan resepi kali ini. Kek pisang mudah tanpa soda bikabonat mahupun baking powder.  

Pstt nak tau tak? Seumur hidup aku tak pernah pun buat kek pisang. Cokodok tu tau la. Tapi tak apa setiap sesuatu mesti ada titik permulaannya .. eseyman. Mak selalu pesan ala kalau buat kek kau pakai je sukat cawan In shaa ALLAH jadi la tu. Ok aku sahut cabaran mak. Hahahaha

Since aku tak ikut mana-mana resepi tapi pakai resepi asas zaman mak ajar aku masa “dara-dara ayam” dulu.

Bahan-bahannya:

·       2 ½ cawan tepung self raising. ( aku pakai ni sebab kebetulan aku tak ada baking powder mahupun soda bikarbonat)

·       1 cawan susu sejat ( ni sebab aku tak ada fresh milk lagi dah mahupun susu tepung. Ok bantai. Improvise kononnya.

·       Telur 4 biji

·       Margarine 235gm ( hahaha butter ada tapi tak cukup dan magerine ada Cuma banyak tu. Selalunya aku buat 250g)

·       Gula ¾ cawan ( resepi basic 1 cawan tapi aku tak tahan manis sangat)
·       Esen vanilla ikut suka aku banyaknya

·       4-5 biji pisang yang sudah di lenyek dengan garfu ( yelah kalau taka da pisang bukanla Namanya kek pisang. Jadi la Plain cake hehehe)

Cara-caranya :
·       Lenyek pisang hanya gunakan garpu

·       Kemudian pukul telur dengan gula sampai putih ( pakai mixer boleh, blender pun boleh. Aku pakai blender je Memandangkan aku ni boleh tahan malas nak mengangkat mixer pink kesayangan aku tu yang sampai sekarang masih jadi perhiasan ( tak lama lagi ada la encik suami tanya bila nak pakai hahaha masa tu baru mengelabah)

·       Memandangkan aku pakai blender kena la aku masukkan dalam mangkuk dulu selepas di blend. Kemudian masuk dan adukkan sebati pisang.

·       Lepas tu baru la masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul sebati.

·       What is next? Ok cairkan mentega. Tak perlu sampai berbuih-buih. Cukup syarat cair sahaja.
·       Masukkan mentega cair kedalam adunan dan kacau sebati.

·       Yeayy ready masukkan ke dalam acuan yang telah di grease dan letak kertas minyak.

·       Masuk oven yang sudah di panaskan dalam 10 minit tadi dengan api 170deg ( ikut oven masing-masing) selama 45 min ( ni pun ikut oven masing-masing. Kalau cucuk dengan batang lidi atau cake tester dah tak melekat masak la tu)

Oh BTW, kalau tak ada oven boleh juga pakai kukusan. Taka da masalah cuma yang membezakan nya kerak kat atas tepi kek kalau pakai oven dan lembut selembut kek kalau pakai kukusan.

Lembut tau dan sedap. Tak tipu. Try la. Kalau tak sedap jangan salahkan aku pulak tu kompom salah cara ehehehehe.

Siapa cuba resepi ni dan dah try boleh la share tunjuk sikit kat aku ni. Boleh la aku tumpang gumbira. Kalau letak kat FB boleh lah buat hashtag #feedaHMD #Feedzbananacake


ni la rupa pisang yang ku lenyek-lenyek penuh kasih sayang dengan garfu


lepas letak tepung dan gaul sebati boleh lah letakkan mentega cair 
hahaha abaikan kertas minyak macam nak bungkus belacan tu. Tu hasil seni maid aku. 


Baru lepas keluar oven. Bau yang semerbak dan kerak-kerak kat luar kek ni ku kutil tanpa sedar . Sedapp oooo





















#FeedaHMD - Terapi diri ... bertenang dan kenyang  hahaha

Comments

Popular posts from this blog

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?