KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)
Kehidupan umpama dua permukaan duit syiling yang di
lambungkan ke udara. Kita Cuma tahu /dapat melihat hanya ketika duit itu jatuh
dan berhenti samada permukaan kepala atau sebaliknya.
Dua permukaan itu ibarat NIKMAT dan DUGAAN yang harus kita
terima bila sudah tiba masanya. Hanya kerana NIKMAT dan DUGAAN itu terhijab
dari pengetahuan kita seringkali kita akan rasa belum bersedia atau tidak mampu
terutamanya DUGAAN.
Kita sering bertanya “WHY ME?”, dan merasakan kita telah
melakukan yang terbaik. Malah menyakitkan orang jugak tak pernah. Kenapa harus
kita bertanya dan merasa hidup sering tidak adil ke atas kita? Sedangkan
sebagai orang islam Rukun Iman yang 5 ada lah PERCAYA PADA QADA DAN QADAR.
Kurang beriman kah kita? Nauzubillahi..
Im not saying bout people. This was me. Bila di berikan
kenikmatan aku terkadang terlupa bahawa burung tidak akan selamanya terbang di
langit. Sesekali ia juga akan turun untuk berehat dan menguatkan diri sebelum
terbang ke esokan harinya.
Seringkali kita seperti menyoal ALLAH “Kenapa aku?
Aku buat baik dia orang jahat dan sering melakukan kemungkaran tapi kenapa
hidupnya begitu mudah? Kurang yakinkah kita kepada ALLAH sehingga berani
mengeluarkan ayat seperti ini?
Pandangan kita terhad. Always remember that. ALLAH maha adil.
Kita tak nampak tak bermaksud taka da. Betul tak?
Bila ALLAH turunkan NIKMAT dalam bermacam-macam cara mengapa
kita hanya fikirkan dugaan itu hanya bermaksud KESUKARAN? Ingat ada kalanya
ALLAH turunkan dugaan dalam bentuk kemewahan di dunia. Kita akan jadi lalai.
Sehingga lupa untuk memperkuatkan mental dan jiwa . Sakitt oooo. Rasanya lebih
baik di duga susah agar kita dapat memperkuatkan diri untuk bangun kembali .
So kawan-kawan. Be positive. Tak perlu la nak tunggu KARMA (
Tak ada istilah karma tau dalam islam) or KIFARAH orang lain sebab
masing-masing tetap akan laluinya. As said earlier burung tak akan selamanya
terbang. Dia pasti akan turun juga ke tanah. Roda yang berpusing tetap menyama
ratakan kitarannya sehingga tidak ada satupun yang tidak merasa mencium bumi.
Last but not least… ALWAYS BE READY so bila DUGAAN datang
kita kena redha dan berusaha.
Kita sering berdoa “ Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan dalam
menempuh hidup ini” . Justeru itu ALLAH turunkan DUGAAN. Its actually umpama
exercise kita. Kata orang nak dapat sagu kena pecahkan ruyungnya. Just like me
nak kurus kena usaha and honestly SAKIT!!!! Tapi lepas SAKIT pasti end result
yang boleh mengembirakan diri sendiri. See.. Simple. Nak kuat? ALLAH bagi
dugaan. Simple as that.
NIKMAT dan DUGAAN keduanya adalah umpama dua subject wajib
yang harus LULUS dalam setiap peperiksaan. Nikmat mengajar kita erti BERSYUKUR kerana ALLAH itu MAHA PEMURAH manakala Dugaan
mengajar kita erti SABAR dan KUAT kerana ALLAH itu MAHA BIJAKSANA.
FeedaHMD – bukan agamawan.. lebih kepada mengingati diri
sendiri dan muhasabah diri.
*Pendosa yang mencari Redha ALLAH*
Comments
Post a Comment