67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017


Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang yang membelanjakan( mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan( daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka,d an mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah Al Baqarah ayat 274)



 *Antara projek-projek kecil #tamakpahala yang telah siap. Syukur Alhamdullilah



 klik di sini untuk post terdahulu dalam mengumpul duit untuk pembinaan wakaf telaga


Alhamdullilah , walau harga telaga agak mahal tetapi jika kita berkongsi seperti kami anak menantu dan cucu kepada mak dan bapa akhirnya dapat juga di kumpulkan dan di bina telaga wakaf ini.


jernih dan bersih air nya. ALhamdullilah



Hari ini , terasa ringan rasa hati. 64 buah telaga yang di wakafkan ( yang kami kumpulkan sewal bulan oktober tahun lepas dan di tutup pada bulan december) orang ramai melalui kami adik beradik telah siap sepenuhnya dan telah di serahkan kepada orang-orang islam Kemboja yang memerlukan. Tiada yang dapat di katakan oleh mereka hanyalah berulang kali doa dan terima kasih kepada semua pewakaf yang bermurah hati . Semoga pewakaf mendapat rahmatdan menjadi saham akhirat untuk para pewakaf semua.




Pembinaan telaga bermula pada 11/01 2017 dan siap total pada 26/01/2017 dan Alhamdullilah semua 64 telaga telah di serahkan . Ada 1 lagi telaga dari pewakaf baru membuatkan telaga wakaf melalui kami dan ADCC berjumlah 65 buah.





Air bersih memang amat di perlukan di sana. Kesukaran untuk mendapat bekalan air bersih memang tidak dapat di nafikan kerana tiada bekalan paip air di sediakan di sana terutamanya kawasan-kawasan kampung. Anda boleh lah pergi dan melihat sendiri betapa daif nya saudara-saudara islam kita di sana. Tetapi satu yang membuat saya tersentuh ialah keramahan dan mereka amat berbesar hati menjemput tetamu naik ke rumah walau mereka hanya mampu menghidang roti kering atau teh kosong. Budaya melayu yang semakin berkurangan di Negara-Negara maju ( based on lawatan saya di sana bersama keluarga ketika membuat korban dan mewakilkan korban orang-orang Brunei di sana).




Banyak yang bertanya “what do they do for living? Malas kah mereka”. Terus terang saya katakan mereka lebih rajin daripada sebahagian orang-orang di Negara maju yang mengatakan mereka miskin dan hanya tahu mengeluh ( tidak semua tetapi ramai.) Mereka hanya bekerja seperti bertani, menangkap ikan , menjual sayur-sayuran, mengusaha sawah padi dan mendapat gaji yang amat kecil. Fakta yang membuat hati saya terasa sebak, kebanyakan mereka hanya mampu mendapatkan 8000 rial kemboja bersamaan dengan kurang dari BND3 sehari. Bayangkan BND3 sehari tuan dan puan. Ini bagi yang mempunyai pendapatan tetap tapi bagi yang mengusahakan sawah mereka selalunya menyimpan bekalan beras untuk setengah tahun atau setahun . Itu pun bergantung kepada hasil tuaian seperti yang sedia maklum , bumi Kemboja juga sering di landa banjir.




Tahukah anda bahawa harga daging lembu amat mahal sekilo dalam BND13, ayam sekilo dalam BND5. RUmusan simple bagaimana mereka dapat membeli daging dan ayam jika pendapatan mereka sekitar BND3 sehari.






Tahukah anda lebih 50% penduduk desa Kemboja tidak mempunyai keperluan asas air yang bersih?
Tahukah anda kemiskinan mereka terlalu miskin jika di bandingkan dengan orang-orang miskin di Negara kita.




Tahukah anda anak-anak mereka tidak bersekolah kerana faktor kemiskinan dan di Negara kita sekolah adalah percuma dan ada di kalangan orang kita mengunakan bermacam alasan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah ( tidak ada kereta lah sedangkan jarak sekolah di Brunei ini dengan sekolah amat lah dekat jika di bandingkan dengan negara lain. Saya menyeru berhentilah beralasan. Pendidikan itu penting demi institusi keluarga mahupun negara. Saya sedih kemiskinan di Brunei semakin bertambah hanya kerana banyak nya yang beralasan ( TIDAK SEMUA TETAPI RAMAI).




Di sini saya kongsikan gambar-gambar semasa pembinaan dan telaga yang telah siap. Alhamdullilah .















Untuk melihat projek lain boleh semak entri sebelum.


















































Alhamdullilah telaga #65 - #67 pun telah di siapkan ( ini adalah penyerahan baru)

 
 






klik untuk ke FB saya untuk melihat semua gambar wakaf telaga







*wakaf adalah sumber pahala yang berkekalan sehingga kiamat . Umpama simpanan yang di lupakan.


FeedaHMD – Pendosa yang mengidamkan syurga. Langkah terasa jauh dan perit tetapi selagi nyawa yang masih bersisa akan ku usahakan sehingga nafas ku yang terakhir.




Dalam riwayat lain, Rasullulah SAW bersabda maksudnya,

“Sesungguhnya di antara amal kebajikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang di sebarluaskannya, anak soleh yang di tinggalkannya, mushaf ( kitab-kitab keagamaan) yang di wariskannya, masjid yang di bina, rumah yang di bina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang di alirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang di sedekahkannya” ( Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?