Wakaf untuk Membina Asrama Pelajar Di Kemboja 2017

Assalamualaikum wbt,
Seperti yang sedia maklum Pembinaan 64 telaga di Kemboja yang telah di wakaf kan oleh orang ramai melalui saya dan kakak-kakak saya sudah hampir siap. Alhamdullilah. Terima kasih atas kepercayaan nya.




Ramai yang bertanya, selain wakaf telaga apakah lagi usaha #tamakpahala #sahamakhirat yang tengah saya usahakan sekarang ni.




Terlebih dahulu, saya mohon maaf kepada ustaz Abdul Salam Ahmad kerana sedikit terlambat. Semua ini kerana kesibukan saya dan kemiskinan kesihatan buat masa ini. Tetapi In shaa ALLAH seperti yang di janjikan usaha mengumpul dana akan saya teruskan. Doakan saya ye ustaz.


Kepada yang bertanya, saya hanya orang biasa yang ingin mencari redha ALLAH. Jangan lah tanyakan saya surat itu dan ini kerana saya memang tidak ada. Tapi demi ALLAH setiap transaksi seperti biasa akan saya tunjukkan agar lebih transparent. Saya juga melantik kakak-kakak saya yang lain sebagai wakil perantaraan bagi saya untuk kemudahan dan mempercepatkan process pencarian Dana. In shaa ALLAH , akan kami adik beradik usahakan sebaik mungkin.







Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)




Di sini saya lampirkan surat Permohonan dan Surat Perlantikan Wakil


SURAT PERMOHONAN DANA


Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.(Bukhari dan Tirmizi)

SURAT PERLANTIKAN WAKIL


FeedaHMD- mencari redha ALLAH di saat usia semakin berkurangan. Nikmat kuat dan sihat yang perlahan-lahan sudah di mansuhkan. Allah Hu Akhbar.





“Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?