Buat LELAKI TERAGUNG ku ❤

Bila ALLAH menarik nikmat sihat, ucapkan lah ALhamdullilah kerana sudah berapa lama menikmati kesihatan yang baik? ALLAH cuma Tarik sikit kita sudah mula mengeluh. ( Tengah muhasabah diri kerana aku manusia biasa.. bila sakit mulut ni tak berhenti cakap “ YA ALLAH SAKITNYA” tetapi semasa sehat tak pulak berulang kali cakap “ YA ALLAH SEHATNYA AKU” )


24th Januari 2017. Bukan yang pertama hihihi tapi ini adalah pertama untuk tahun 2017. Walau pernah cakap tak nak sakit-sakit lah tahun depan, segan kat orang-orang ofis. ( Hati lebih risau akan prestasi kerja.. department baru aku dah sakit-sakit. Ya ALLAH. Sesungguhnya aku masih belum kuat sebab itu aku masih terus di uji.. atau mungkin ini ada kifarah. Ya ALLAH banyaknya dosa ku.) Aku ni breadwinner.Dan aku pula jenis segan nak harapkan suami saja sebab aku tahu dia juga ada keluarga sendiri walau suami aku jenis tak kesah pun. Selagi dia mampu dia akan bantu but aku tak nak take that for granted. Selagi aku mampu berusaha , In shaa ALLAH.




Masuk ofis macam biasa walau driving dah banyak kali tertutup mata. ( Tak fikirkan pun pasal keselamatan diri tapi more to tanggapan orang. Ye lah lebih-lebih lagi baru hari Isnin) . Parking ( Alhamdullilah ALLAH bagi aku parking cantek so tak lah jalan jauh). Jalan perlahan-lahan. Sebenarnya dah rasa pusing dan badan rasa terapung je. Dalam hati hmmm confirm low blood ni:

Dalam ofis, degupan jantung rasa slow sangat. Badan rasa sejuk. Nak tak nak aku chow je pergi hospital.As expected, hehehehe so terpaksa la aku tidor di hospital barang sejam dua. Alhamdullilah masih bernyawa.
Hubby datang an hour after. Sebenarnya hubby suruh sambung tidor but rasanya tidor kat rumah lagi best. Dalam keadaan mamai. Tak boleh balik dulu. Doktor pesan makan dulu baru boleh balik. And tak boleh driving. Before that hahaha ada request kat hubby. Minta amikkan gambar.



Thanks hubby. Maaf menyusahkan. Walau hubby always cakap taka da istilah menyusahkan. Istri comes first. Kerja 2nd. Bukan sekali. Dah banyak kali checked in kat hospital sejam dua ni hahahhaha dan encik suami terpaksa datang untuk bangunkan tuan puteri dia ni. :P
Apa yang tak pernah kurang,bila aku sakit dia akan usaha hidangkan makanan naik ke atas. Ni antara satu sebab dia lelaki teragung untuk aku yang serba kekurangan ini.

Hmmm teringat lagu Lelaki Teraggung nyanyian Dayang . Nak tuju lagu lah to my husband. Walau banyak kekurangan diri ni husband tetap layan isteri sebaik mungkin. Semoga ALLAH sentiasa memberikan kesihatan yang baik, usia yang penuh berkat dan rezeki yang melimpah. Andai isteri pergi dulu, halalkan segala apa yang telah sayang berikan kepada isteri. Makan minum, tulang balong dan takut isteri ada terpinjam duit yang belum istri bayar hihihihih. I luv u sayang.






LELAKI TERAGUNG BY DAYANG
Ku sesali
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih
Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku


Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
FeedaHMD- hidup kena terus positif. Jangan lupa senyum selalu 😬

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?