#GarfieTheMeaw pergi membawa sekali separuh jiwa ummi


15/01/2017
Around 3pm, hati terdetik. Manalah budak Garfie ni tak balik lagi. Sebab dia slalu akan balik on time untuk makan. DIa makan pemilih sikit. Kalau meaw2 dan tunjuk kat dapur maknanya dia nak ayam grilled favourite dia atau wetfood memang kegemaran dia dari kecil.





A knocked at the door , ingat budak-budak cari Danial. Instead menyampaikan perkhabaran Garfie dah mati dan keras di tepi jalan. Aku dah lemah lutut. Asked my niece to check and bawa balik if betul its our Garfie. Dalam hati tetap cakap nop its not Garfie sebab Garfie abang sado. Baru tengah malam semalam terdengar bunyi dia bergaduh sebab jaga kawasan rumah dari di ceroboh oleh kucing jantan yang lain.


Garfie Baby :(







Abi tau Garfie suka jaga kawasan so kubur Garfie memang dalam compound rumah next to the pagar. Damailah Garfie di sana. Tak perlu risau ada kucing lain masuk sempadan/ Ummi akan pastikan hanya Garfie saja yang kekal di hati kami.









Garfie kucing yang berani. Anjing liar yang masuk kawasan pun dia akan bawa bergaduh apa la pulak kucing yang sama size dengan dia.



Dalam hati cakap no my abam sado masih hidup. Belum lama memujuk hati terdengar bunyi watsapp masuk. Dari Amal kat dalam groupchat with pix of Garfie dah keras kaku. Terduduk aku menangis. Called my husband untuk khabarkan berita yang paling sedih ini.


Called mak juga. Tak mampu nak bercakap aku. Tersedu sedan for hours. Tengok tempat makan dia kat dapur pun buat aku menangis. Buka fridge ada ayam grilled yang masih baru. Baru je bagi sikit kat dia. Ya ALLAH kuatkan lah aku. Tiap minggu mesti beli ayam grilled, kalau takde ayam grilled merajuk tak nak balik rumah kadang-kadang.



Why Garfie terlalu istemewa especially to me?
Garfie actually belongs to my sis Rozie and Danial. When they moved to H14 with me sekitar tahun 2014 , di sana lah aku yang takut kucing terpaksa berdepan dengan karenah kucing yang membuat rumah sentiasa riuh rendah dengan jeritan dan larian pecut 100m ku.














Setiap kali aku nak pergi dapur, kaki aku lah jadi mangsa si Garfie. Walhal kaki-kaki yang lain pun banyak melintas di depan mata.



Setiap kali aku nak keluar dapur, ku intai dulu di balik pintu takut ada Garfie. Peliknya Garfie, he knows aku takut dia tetap setia jadi penunggu.

My hubby is a cat lover. Rapat dengan Garfie dulu. Garfie ni boleh tahan juga. Setiap kali kami masuk bilik dia akan meaw2 dan ketuk-ketuk pintu. My husband bukakan dan ajak dia tidor di bilik dan pastikan dia tidor dekat belah my husband. Yang peliknya setiap subuh Garfie dah jadi crown kat kepala aku dan bila aku tersedar aku dah menjerit dan pernah jatuh dari katil. Banyak kali juga terpukul. Maafkan ummi Garfie. Ummi tak senghaja. Nak pukul Garfie yang comel walau takut memang ummi tak sanggup.
Pada hari raya pertama 2014, pertama kalinya aku memegang dan memeluk Garfie. And that’s the beginning of our story.

Garfie was a doctor to me. Penawar kekosongan.Balik kerja orang sibuk dengan baby. I pun ada baby. Baby Garfie. He just like a son to us.

Add caption


Garfie – he never give up to win my heart. Dia tahu I always ignore him but dia tetap ajak bermain.
One thing about Garfie. Bila I sakit my husband always pesan kat dia. Garfie jangan jalan . Jaga usu ( at that time masih bagi gelaran usu to me) . Dia akan sit and sleep next to me until my husband balik kerja around 6pm.













“GARFIEEEEE BABYYY”… tu lah yang I panggil setiap kali balik kerja. Zup Zap dari hujung jalan Garfie buat manja tergoleng-goleng di depan kaki.







Garfie ni bijak. Di luar rumah dia tukar muka dia bengis sesangat sampai orang takut. Tapi bila masuk rumah , dia buat comel secomel-comelnya. Dia suka pura-pura pengsan sebab dia nak orang belai dia. Garfie akan manja dengan orang dalam rumah atau yang dia kenal sahaja. Kalau bukan jangan berani-berani nak dekat. Tak pasal-pasal ke hospital la jawabnya sebab di gigit Garfie.






Garfie … ya ALLAH. Air mata ummi tak boleh nak berhenti. Sampai malam pun ummi masih menangis. Maaf Garfie sebab tak nak tengok mayat Garfie. Ummi tak mampu. Ummi tak kuat. Baby.. Your meaw minta makan depan pintu ummi takkan dengar lagi.



Garfie,
Zahirmu seekor kucing tapi ummi tak pernah rasa macam tu..
Tau tak setiap malam ummi dengar Garfie gaduh ummi cakap kata abi “dengar tu anak kita tak habis-habis bergaduh”.. lepas tu both of us gelak sebab kami bangga Garfie betul-betul jaga rumah.






Sejak ada Syafi, Garfie dah tak nak tidor dalam rumah. Itu yang ummi sedih. Tapi sekurangnya tiap hari Garfie balik , Ummi cukup bersyukur. Ummi masih boleh belai Garfie. Sayang Garfie.

Garfie…
Sekarang Garfie dah tak ada. Ummi rasa tak aka nada lagi kucing ke 2. Tak sanggup Ummi. Damai lah Garfie di sana. Walau Garfie hanya seekor kucing kematian Garfie ummi akan sedekahkan fatihah. Anak ummi. Ummi rindu 


Add caption


Ummi nak bebel kat siapa kalau Garfie dah takde.
Muka balik comot ummi cakap “kerja mekenik tapi duit takde duit habis pergi joli” .. ummi nak cakap kat siapa lagi?



Sampai hati Garfie pergi macam tu.. This is not the way yang ummi nak katakan selamat tinggal  beku hati ummi Garfie




ummi tau Garfie dah tak ada tapi Ummi harap itu cuma mimpi. Ummi jalan pergi supasave take a queue konon nak beli ayam Garfie. Menitik air mata ummi .
kalau tak ayam , ni lah makanan kegemaran Garfie






Ya Allah.. berikan lah aku kekuatan. Garfie pergi macam tau je yang Syafi dah semakin besar. Syafi perlu attention lebih dari Garfie. This is not what I plan baby. Ummi harapkan Garfie dapat jadi abanglong pada Syafi. Kawan main Syafi. No more meaw-meaw Garfie. My heart is aching baby. Deeply.


Kalau nak ikut hati nak letak semua gambar Garfie dalam ni tapi gambar Garfie terlalu banyak sebanyak kenangan kami with u.


Garfie... damailah kau di sana. Sayang ummi takkan berubah. Doa ummi tetap untuk Garfie walau Garfie tak perlukan doa. 

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?