#recap penghujung tahun - 31/12/2016

Tidak terasa waktu berlalu begitu cepat. Pejam celik, gelak ketawa, gaduh nangis tau-tau sudah sampai hujung tahun. Tahun ni aura nak celebrate new year makan hayam BBQ ke memang tak ada. Mungkin penat balik dari KK hari tu belum hilang lagi di sambung lagi dengan Syafi demam , saya demam dan pindah ofis.
Semalam sudah merancang nak buat settlement nak habiskan hutang kereta. Malas nak fikir lagi since HSBC nak tutup kat Brunei ni. Ada lagi 3 tahun rasanya. Malas nak fikir pindah-pindah bank lain. Semangat ni nak bebas hutang. Tau-tau hmmmm mana ada bank buka 31/12. Tak apa. Keterujaan di tunda ke tahun depan.
Since semangat emas menyeru-nyeru ni. Sambil-sambil breakfast dengan suami , tunggu customer nak collect emas yang di beli.
hahahah sayang sedap sangat ke air tu?

Alhamdullilah. A good choice sister. 2 pcs of 1gm emas 999. Sambil tunggu customer , sambil-sambil juga buka akaun GAP untuk customer. Seronok juga. Sebenarnya bila kita dapat kongsi ilmu walau sendiri pun masih belum cukup ilmu di dada dan dapat tolong orang terasa hati begitu lapang.

Apa itu GAP?
  • GAP adalah satu akaun penyimpanan emas sama seperti kita buka akaun semasa di bank-bank tapi ini kita buka akaun di PUBLICGOLD. Satu nama besar dan di yakini. Banyak company emas telah di senarai hitamkan oleh Bank Negara tapi PUBLICGOLD tetap megah berdiri. Alhamdullilah sudah bertahun bersama Public Gold, antara satu syarikat yang memang boleh di yakini. Terima kasih Public gold lebih-lebih lagi dengan initiative membuat pelanggan lebih mudah menyusun simpanan dalam kadar yang amat rendah dengan akaun GAP serendah RM100.

Beza GAP dan akaun bank yang kita ada?
Akaun bank kita simpan duit cash dan keluarkan pun duit kertas. Seperti sedia maklum duit kertas ni dari tahun ke tahun kuasa membelinya semakin berkurangan namun seperti sedia maklum juga harga emas tahun ke tahun tak pernah murahnya. Hehehehe bukti
CONTOH GUNA KIRAAN RAMBANG SAHAJA MENGIKUT HARGA YANG DI REKODKAN DI INTERNET
1 OUNCE (SPOT PRICE IN 1967) BND108.67
1 OUNCE (SPOT PRICE 2016) BND1656


Di kongsikan oleh sahabat ❤
Tahun 1967
Mak Feedah : Eh paknya. Saya beli emas tadi. Hutang. Dalam $4 segram. Jadi gelang tadi tu ada la dalam $150
Bapa Feedah : Mahal juga ling . Tapi tak apa la kalau Ling sudah suka.

Tahun 2016
Feedah: Segram BND60 – BND65 hmm mahal juga tapi tak apa la nanti naik lagi . baik beli masa harga masih mampu milik ni.
Do you know tak back in year 1967 nilai wang Brunei dan wang Malaysia adalah 1:1? Lihatlah kuasa wang kertas yang semakin on-diet.

Jangan tak tau. Kedai Emas me and hubby berada di mana-mana. Hahahaha ada kala dah serupa pusher dadah. Nauzubillah. Lepas breakfast ada lagi customer nak bayar duit EPP. Kami ni OPPORTUNIST. Hari ini di mana ramai yang tengah queue membeli chicken wing dan arang untuk acara menyambut tahun baru, saya dan suami sibuk dengan acara rally ABAM SADO KUNING si emas yang sentiasa menjadi lambang ke kayaan .
bukan jual "ice". Kami jual emas hehehhe jangan marah kerana kedai emas kami berada di mana-mana 😝

Apa itu EPP?
  • EPP tu Easy Payment Purchase. Harga semasa di bahagi 4 bulan. Tapi kena bayar tiap bulan. Miss sebulan emas hangus ok.

Lepas jumpa customer bayar EPP, di sambung pulak menikmati coconut ice cream Athirah yang memang sedap dan marvelous. Iklan ini adalah percuma. Hehehehe saja nak bagi kredit pada yang sepatutnya. Tak tipu memang SEDAP!!!!!!!
 
hmmmmm suddenly teringin lagi 🤣

Alhamdullilah sampai ke petang rezeki dan perkongsian ilmu di teruskan. Ok masa untuk tutup kedai dulu. Layan Syafi pulak. Yeayyyyy layan anak sampai ke malam.
acara budak bertuah dari petang..tidor kejap..malam sambung lagi..Syafi happy ummi lagiii happy
Malam movie date bersama encik suami di depan TV sehinggalah jam 11 malam. No new year bunga api for this year. Mata dah senja. Hehehehehe . There goes my 31/12/2016. Alhamdullilah.

Selamat Tahun Baru 2017 tak ada kata-kata , taka da azam. Semoga 2017 akan berjalan lebih baik dari tahun sebelumnya. Aamiin Ya rabbal alamiin

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?