Kenapa Perempuan Perlu Ada SAVING Sendiri?
Perempuan ni dia lembut. Perlu bimbingan. Perlu penjagaan. Perlu peneman. Tetapi di dunia sekarang yang penuh dengan nafsu dan kerakusan manusia terkadang lupa tanggungjawab, terlupa apa itu amanah malahan terlupa apa itu erti kemanusiaan.
Sebagai Pengasas Projek Nur Kaseh, seringkali hati ini terluka tanpa senghaja bila mendengar masalah-masalah ibu-ibu tunggal atau wanita tua yang tidak ada tempat bergantung ( andartu). Air mata ini seringkali terjatuh tanpa di relakan. Seringkali terjaga dari tidur bila mengingatkan airmata –airmata wanita yang di aniaya. Ya ALLAH berikan lah mereka kekuatan. Demi ALLAH mungkin kita tidak dapat mengelak ujian ALLAH tetapi In shaa ALLAH dengan usaha yang kecil tetapi konsisten ,sekurangnya kita dapat mengurangkan kesukaran jika ujian itu singgah di kehidupan kita.
It is OK untuk berfikiran jauh walau ada orang kata “benda tak jadi jangan lah di mintak-mintak” . Bukan mendoakan cuma tak salah jika kita mengambil langkah yang lebih bijak. Kalau tak terjadi sekurangnya kita tak rugi apa-apa malahan “it is beneficial”.
Tanyakan diri sendiri :
Di takdirkan single macamana?
Kalau tak kawin, bila kita sudah tua nak harap kat siapa? Anak saudara? Adik beradik? Its all depends on nasib. Kalau ada anak saudara yang baik .. syukur Alhamdullilah. Kalau ada adik beradik yang baik .. syukur Alhamdullilah. Tapi kita jangan hidup terlalu selesa dan bergantung harap pada orang lain kerana hidup umpama roda. Bagaimana di saat kita memerlukan di saat itu lah ujian ALLAH turun kepada mereka? As said always sediakan payung sebelum hujan. Sekurangnya kita ada PLAN" B" jika PLAN "A" tak menjadi.
Nak bagitau jugak. Setiap apa yang ada pada kita ni semua pinjaman. Sekarang kita sehat. Sekarang kita bekerja. Jadi dalam masa sihat ni la kita berusaha jangan jadi penyu yang menyimbah pasir. Menabung lah dari sekarang.
Jangan harap sangat duit pencen. Sebab kita sendiri tahu value of money yang dah semakin berkurangan. 10 tahun dulu, dengan BND100 kita dah boleh shopping ration penuh trolley. Cuba anda pergi beli ration dengan BND100 sekarang. Mungkin tak perlu trolley cukup hanya bakul. So bayangkan kalau 10 tahun akan datang. Masih nak berbangga dengan wang pencen? Think about it.
Pada yang sudah berumah tangga , bagaimana jika di takdirkan jodoh tak kekal? ( samada bercerai hidup atau mati)
Boleh bayangkan tak jika ujian ALLAH tu turun dan anda tidak ada simpanan langsung tetapi hanya mengharapkan duit dari suami?
Boleh bayangkan tak jika masa tu anak masih kecil atau anda tidak mempunyai zuriat yang boleh membantu?
Boleh bayangkan tak jika hari ini kita sering minum-minum lepak-lepak ladies day out dengan kawan-kawan, berzumba, shopping-shopping dan rasa anda bahagia sangat sebab suami bagi duit selalu tapi anda lupa untuk menyimpan kerana terasa hidup dalam zone selesa tanpa sedar roda itu berputar, tiba-tiba musibah datang menimpa samada di ceraikan atau kematian suami?
Boleh bayangkan tak hari ini anda hidup mewah kerana suami anda berjawatan dan anda tidak pernah terfikir untuk menyimpan tiba-tiba ujian ALLAH di sebabkan kegawatan ekonomi dan lambakan graduates , suami kita yang terpaksa bersaing dengan idea-idea baru dan grads2 yang berwawasan akhirnya suami anda di berhentikan?
Simple! Yang penting kita kena ada simpanan yang bukan tengah bulan di keluarkan. Simpanan ini hendaklah di simpan tiap bulan dan di lupakan.
Ayat biasa kita dengar.
Kesian laki aku. Asal dia bagi aku duit belanja dah cukup selebih nya biar lah laki aku yang simpan.
atau
Hmmm, laki aku ada la juga bagi duit tapi semua tu aku dah guna untuk belanja dapur. Ada la sikit untuk aku beli barang yang aku suka. Nak menyimpan apa nyeeeee la kak oiii
atau
Ah malas la. Aku ni nampaknya tak kawin-kawin pun. Biar lah aku puas-puas pakai duit gaji aku. Nanti aku mati orang lain pulak yang rasa nikmatnya. TAK KUASA!! ( kalau kita mati awal, kalau tak mati-mati? Ingat ajal maut tu bukan kita yang tentukan. Bawa lah banyak istighfar)
Saya pun macam tu jugak dulu. Tapi entah setelah melihat banyak perempuan/ ibu-ibu tunggal yang menderita di luar sana aku jadi takut. Walau aku tahu suami aku baik . In shaa ALLAH semoga jodoh ini kekal hingga ke Jannah. Aamiin , aku tetap ambil langkah berjaga-jaga. Bukan rugi apa-apa pun.
Ni soalan yang perlu kita tanya diri sendiri bila kita rasa tak perlu menyimpan!
Betul atau tidak aku tak cukup duit untuk menyimpan?
Masih jawapan dia BETUL?
OK LETS DIG IN!
Needs VS Wants
Akak, adik – Jika kita masih boleh tukar warna mata setiap hari itu beerti anda masih ada duit balance untuk di simpan.
Jika masih ada handbags, shawls, kasut yang di beli entah bila dan masih baru itu beerti anda masih ada duit balance untuk di simpan
Jika anda masih boleh keluar lepak setiap hari makan di restauran mahal . Tak ngaku? Check your IG /FB apa yang anda post almost every week?
Jika anda memilih untuk membeli kereta mahal semata-mata anda suka dan hanya di gunakan most of the time untuk pergi kerja walhal ada option lain ( Cheaper car Cuma TAK KELAS KAU MARIA!!) bermaksud anda masih ada duit balance untuk di simpan.
Jika anda masih ada BANYAK ALASAN untuk TIDAK menyimpan itu beerti anda masih ada balance duit untuk menyimpan
Hehehehee cantas mana yang tak perlu. Usaha. We can. Berusaha kedekut pada nafsu. Sesekali taka pa. Anggap reward to ourself. Tapi jangan jadikan ia sebagai hobi. Tukar la hobi kita dari suka membazir ( membazir tu perangai syaitonirajim) kepada sesuatu yang bermanfaat.
Andai dapat menyimpan BND10 /sebulan pun kalau 10 tahun BND12K atleast ada la kalau time emergency. Dapat jadi modal business kecil-kecilan.
Don’t tell akak tak umbrella.
Menabung/ menyimpan itu perlu bahkan mungkin satu kepentingan. Jangan anggap dan ambil mudah.
Saya seringkali gunakan 5 perkara ini sebagai motivasi , kayu ukur dan peringatan diri dalam segala perkara menuju ke jalan kebaikan samaada ibadah dan juga amalan-amalan seperti menabung/menyimpan. Teknik pujuk hati menyimpan/menabung mengunakan
Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara saya rasa amat berkesan. Saya akan sematkan 5 perkara ini sebagai garis pandu untuk tidak menunggu dan membiarkan ia menjadi sia-sia.
Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Pertama : Masa sihat sebelum sakit
Kedua : Masa kaya sebelum datangnya masa sempit
Ketiga : Masa lapang sebelum tiba waktu sibuk.
Ke empat : Masa mudamu sebelum datang masa tua
Ke lima : Masa hidup sebelum tiba masa mati
Masa itu emas. Hargai lah ia. J Opss nak beli emas? Nak buka akaun emas untuk SIMPANAN yang DI LUPAKAN? Woot!Woot!
Contact me
+673 8760211 (Whatsapp je jangan membazir. Lagipun akak pemalu hahahhaa so no need to call me)
FeedaHMD – Bukan pakar kewangan tapi hanya berkongsi mana yang saya rasa baik. Tak nak ikut tak sudah. Anggap lah mak-mak tengah membebel. Di sebalik bebelan tu pasti ada yang baiknya kan. Tak gitu hehehehe




Comments
Post a Comment