What I Did last weekend?
Kali ni tak ada main masak-masak with Syafi. Tapi seperti
setiap tahun , Maulidurrasul adalah masa untuk kebanyakan orang-orang islam
berebut-rebut untuk memperbanyakkan sedekah sekaligus merapatkan ukhwah antara satu
sama yang lainnya. Aku dan keluarga juga tidak melepaskan peluang sekaligus
boleh mendidik Iskandar Syafi betapa indahnya memberi dan berkongsi. Islam itu indah. Kami juga dapat memberikan contoh yang baik pada Iskandar Syafi supaya sentiasa mempunyai sifat
hormat menghormati.
Actually our lil hero demam since Isnin. Risau jugak. Even
masa pagi Jumaat pun dia masih demam. Kalau masih demam aku dah decide akan
tinggalkan Iskandar Syafi kat rumah bersama pembantu. Tapi kesian juga dekat
pembantu sebab dia nak ikut nak experience sendiri kata nya. Hmm aku pun demam
jugak tapi alhamdullilah beransur baik . Dari malam hingga ke subuh Iskandar
Syafi dah tak ada temperature langsung.. alhamdullilah. Tapi nak di jadikan
cerita hujan dari sebelum subuh turun dengan lebatnya hingga ke pagi. Fikir
punya fikir aktiviti tetap kena teruskan sebab ada jugak sahabat handai yang
menitipkan sedekah untuk aku sampaikan. Tak apa tawakkal saja. Hujan masih tak
berhenti. Iskandar Syafi nampak mami dia ( my sis) dan yang lain tengah berkemas
di tepi jalan. Syafi mula “mengusut”. “I want to go outside there..itu” . So ummi
kena main peranan. Hahaha. Ok ummi nak dia promise tak buka rain coat dan topi supaya angin tak masuk. Tempat kami tak jauh dari pantai
jadi angin dari laut yang bertiup masih terasa. Tak nak la anak ummi demam
balik. Lepas sesi negotiation bersama Syafi terasa meyakinkan, Ummi pun pasang
raincoat dan topi dia. Alhamdullilah sepanjang acara dia tak buka pun walau
sebenarnya budak ni cepat rimas especially benda-benda yang covering his head. Alhamdullilah
dengar kata anak ummi.
Dalam bersiap-siap menunggu peserta perarakan, hujan pun dah
tak berapa nak lebat. Seingat aku berhenti semasa perarakan bermula dan hujan balik masa kami kemas-kemas
nak balik.
Di sini aku kongsikan gambar-gambar semasa acara perarakan
Maulidurasul di tempat kami. Orang ramai
di sepanjang tepi jalan sudah bersedia berkongsi rezeki pada para peserta .Walau
tak kenal senyum tak lekang dari para peserta mahupun orang ramai yang
menghulurkan sedekah. Senyum pun sedekah tau . Alhamdullilah. Semoga ALLAH
terima usaha semua dan memberi manfaat pada pemberi dan penerima. Aamiin
Yarabbal alamiin.
FeedaHMD -
Nabi SAW bersabda: “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api“.(HR. At-Tirmidzi)
Comments
Post a Comment