Menyabal Setagal -our mini project

Pada Awal Julai 2016, tergerak hati untuk membuat satu mini projek khusus untuk “Tabung Nur Kaseh” dan seperti biasa saya suarakan kepada suami untuk mohon nasihat dan keizinan. Alhamdullilah kerana suami amat memahami. Kemudian saya sampaikan hasrat ini kepada kakak-kakak saya.Seperti projek-projek yang lain, mereka juga menyokong dan memberikan sumbangan tenaga. Love you all ❤️.
Ok, Tabung ini semata-mata untuk bantuan kecemasan kerana di Projek Nur Kaseh kami tidak mengambil wang orang ramai. Seboleh-bolehnya kami hanya menerima makanan dan keperluan harian atau pakaian terpakai yang masih elok jika ada yang sudi berkongsi dan akan kami sampaikan kepada yang memerlukan.
Dengan ada nya projek mini, yang saya namakan Menyabal Setagal sekurangnya kami dapat membantu insan-insan yang memerlukan bantuan kewangan atau membeli barangan keperluan jika kami kehabisan stok untuk di agihkan. Terus terang memandangkan projek ini projek kecil jadi ia lebih kepada mengembirakan atau menceriakan atau meringankan sedikit tekanan kepada mereka dalam mencari sumber kewangan.
Projek mini ini juga tidak meminta wang orang ramai. Tetapi atas bantuan adik beradik saya ( team Projek Nur Kaseh) syukur Alhamdullilah tabung khas Nur Kaseh dapat di realisasikan.
Apa itu menyabal Setagal?
Menyabal Setagal ( Makan/alas perut sekejap) adalah salah satu projek mini saya menjual snek/jajan yang mudah setiap hari seperti kacang goreng, keropok yang sudah di goreng, kuih-kuih kering dan banyak lagi yang masih di dalam perancangan. In shaa ALLAH. Doakan kami.
Projek ini di usahakan oleh kami adik beradik. Dengan adanya projek yang tidak seberapa ini , sebahagian dari hasil jualan akan kami masukkan ke tabung “Projek Nur Kaseh“.
Pada masa ini menyabal Setagal menjual kacang menyabal, pau goreng frozen, Popia sejangkal ranggup , dan goodie bags untuk doorgift buatan kakak-kakak saya sebagai tanda sokongan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakak-kakak saya yang berusaha merialisasikan Projek kecil ini.
Ini antara produk menyabal setagal:





Alhamdullilah ada juga peniaga kecil-kecilan yang seperti bedak lulut dan scrub kopi by Alai yang memberikan 20% hasil jualan bermula pada bulan oktober ini.
Bedak lulut dan scrub kopi yang sudah berada di RafieShop lumut cube:

Begitu juga kepada Foodstop43 di Jalan Kelumbi, Perumahan Teres Lumut. Mereka tidak akan membuat potongan pun seandainya kami meletakkan produk-produk Menyabal Setagal di sana.
Kedua orang tua kami menyampaikan sumbangan dari "Tabung Nur Kaseh"
Matlamat Menyabal Setagal

Dan syukur Alhamdullilah RafieShop yang terletak di Lumut yang dari seawal Projek mini ini di jalankan telah memberi kami cube percuma tanpa perlu kami membayar satu sen pun sewanya. Ini juga telah memberi kami semangat. Kami meletakkan barangan Menyabal Setagal pada 22/07/2016 sehinggalah sekarang di cube A10 &A11.
Iklan pertama dari RafieShop untuk Menyabal Setagal:

Begitu juga kepada Foodstop43 di Jalan Kelumbi, Perumahan Teres Lumut. Mereka tidak akan membuat potongan pun seandainya kami meletakkan produk-produk Menyabal Setagal di sana.
Kami juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat kami yang memberi sokongan dengan membeli produk kami dan memberikan duit “sungsung” balik kepada kami untuk menambah tabungan.Masya ALLAH betapa jika kita baru berniat untuk meringankan kesulitan orang lain maka ALLAH sentiasa membuka ruang tanpa kita sedari.
Hanya ALLAH yang dapat membalas segalanya kepada yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk merealisasikan Projek Menyabal Setagal ini.
Alhamdullilah setelah tabung di kumpulkan selama hampir 2 bulan pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas , kami menyampaikan bantuan pertama hasil dari Menyabal Setagal kepada 2 orang pesakit kanser yang juga penerima Box of Joy dari Projek Nur Kaseh. Terima kasih semua yang telah membeli produk Menyabal Setagal.


1.Terus terang sumbangan/sedekah orang ramai tidak datang setiap hari. Adakalanya simpanan makanan Projek Nur Kaseh kosong dengan penerima-penerima ”box of joy” yang semakin ramai. Terasa sedih bila ada penerima yang menghubungi kami mengatakan makanan tidak ada dan gaji lambat lagi dan kami sudah tidak ada simpanan makanan untuk mereka. Demi meneruskan perjuangan kami dalam mencari redha ALLAH ini adalah satu langkah kecil bagi kami. Doa kan kami.
2.Antara penerima “box of joy” kami ada juga pesakit kanser. Dengan makanan dan sumbangan yang kebanyakannya adalah makanan instant, kami tahu ia bukanlah makanan yang terbaik untuk pesakit seperti pesakit kanser. Dengan ada nya tabung ini sedikit sebanyak dapat lah kami memberikan “cash money” agar mereka juga dapat membeli supplement atau “healthy food” untuk mereka. Kami tahu bantuan kami tidak seberapa namun kami juga berpegang kepada biar sikit tapi ikhlas. Biar sikit tapi berbakti.Dan kami sering menanamkan di dalam hati bahawa ALLAH tidak menilai sesuatu bantuan dan memberikan ganjaran pahala dengan mengira banyak atau besarnya tetapi semuanya sama di mata ALLAH yang penting keihklasan. In shaa ALLAH.
3.Matlamat yang sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanya satu. Iaitu mencari redha ALLAH.
Projek Nur Kaseh : http://feedahmd.blogspot.com/2015/01/project-nurkaseh-mulanya-di-sini_11.html?m=1
*Jangan lupa belilah produk Menyabal Setagal agar kitani sama-sama dapat meringankan kesulitan orang yang di uji Allah melalui kesusahan dan penyakit*
FeedaHMD- izinkan aku mencari redha Allah
Mencari page kata-kata nasihat dan motivasi klik sini: https://m.facebook.com/STDANSL/
Comments
Post a Comment