Monolog Pendosa - Mencari Redha ALLAH
Hmmm “Aku kejar.. sampai bila pun ku kejar.. Jangan lari Aku
kejar” catchy juga lagu ni. Lagu siapa ni?
Apa yang aku kejar?
Cinta siapa yang aku kejar? DUNIA yang aku kejar?
Adoyai bermonolog ku sendiri.
![]() |
| Berlari... kemana tuju? Esok ada lagikah untuk aku? |
Dunia oh dunia. Sungguh bijak kau mengula-gulakan kami.
Salah kah dunia? Atau akukah yang lemah?
Hmmm lantak lah . Aku masih muda. Rugii ooo nak taubat awal.
Bukan apa sebenarnya . Aku takut ni tak sampai sebulan aku buat hal lagi so
biar aku enjoy puas2 sampai boring. Free
hair dulu nanti dah tua aku pakai lah tudung. Seru tak sampai lagi lah.
Tapi ye ke aku masih muda? Tiap-tiap tahun umur ku bertambah…
Hmmm perlu tua dulu ke untuk fikir soal mati? Perlu sakit
dulu ke baru fikir soal mati?
Aduhhhh.. Sakitnya dadaku….
Aduhhhh aku tak mampu nak berdiri lama…
Aduhhhh sakitnya perutku. Makan sikit pun sudah tak mampu…
Kenapa aku sakit???
Hmmm Kata doktor kalau aku selalu bersenam dan kalau aku
makan sehat aku akan panjang umur..
Aku makan elok. Aku jaga makan maklum aku jaga badan. Aku
juga rajin bersenam sebab doktor kata kalau kurus aku boleh hindarkan banyak
penyakit.
Doktor…Mana janji doktor?
![]() |
| jiwa yang kosong pasti hanyut walau hanya terpukul kecil sekecil buih-buih di tepi pantai |
“Kun Faya Kun”
“Kun Faya Kun”
“Kun Faya Kun”
Masya ALLAH.ALLAH Hu Akhbar. Ampunkan aku Ya ALLAH. Aku
lupa! Aku alpa! AKu khilaf ya ALLAH. Mengapa janji manusia aku yakini tapi
janji ALLAH aku ketepi?
JANJI ALLAH ITU
PASTI. YANG HIDUP PASTI MATI.
TIADA penanda aras untuk PASTI NYA MATI. Bukan sakit dulu.
Bukan tua dulu.
Ampunkan Aku ya ALLAH.
Hmmm “aku kejar… sampai bila ku mampu mengejar? Apa yang aku
kejar?”. Aku kejar kebahagian ku untuk Akhirat. Aku cari penyinar rumah
kediaman sementaraku di tujuh kaki ke bawah dari paras bumi. Ramai yang kata ia
gelap. Ramai yang kata ada dua malaikat akan mendatangi ku. Lembut sapaan
mereka atau bengis nya mereka hanya terpulang pada amalan ku semasa di dunia.
Ya ALLAH takutnya aku. Takutnya aku. Izinkan aku ya ALLAH
mencari redhamu di sisa usia pinjaman mu ya ALLAH.
Cukupkah sisa usia ini ? Sempatkah? Mampukah? DI terimakah? ..
Beribu persoalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya.. hmmmm
Monolog Pendosa - kita semua adalah pendosa di bumi ALLAH ini.
FeedaHMD – Just a Self
reminder.. Tapi Jujur aku takut
![]() |
haruskah aku terus menunggu? Redha ALLAH itu di cari..Jangan tunggu. Pinjaman ALLAH pada kita bila-bila masa boleh di mansuhkan. Jangan Tunggu! Jangan Tunggu!
|





Comments
Post a Comment