Penutup tirai 2015 dari Project NurKaseh
Alhamdullilah hari ini adalah hari terakhir kita berada di tahun 2015. Banyak kenangan kami bersama insan-insan yang di uji ALLAH melalui kemiskinan dan bencana seperti banjir dan kebakaran yang sekaligus mengajar kami erti kehidupan , erti pengorbanan dan erti kemanusian. Kami kongsikan semua itu bukan kerana untuk menunjuk tetapi lebih kepada menjadikan ia sebagai satu perkongsian ilmu. Mendidik dan muhasabah untuk diri sendiri.
Sepanjang tahun ini kami telah menyampaikan banyak amanah-amanah orang ramai. Alhamdullilah walau dalam keadaan yang sibuk , kami telah di berikan ALLAH waktu dan kesihatan untuk dapat menyampaikan setiap hajat dan amanah semua. Di bumi Brunei yang penuh dengan kasih sayang ini terlalu banyak sebenarnya insan pengasih, perihatin dan dermawan. Bantuan yang kami terima dari berbilang bangsa dan agama. Ini lah Brunei. Bersatu hati seperti satu keluarga. Jika seorang susah maka yang lain cepat-cepat datang membantu. Sifat yang sering membuat kami terharu.
Masya ALLAH , semoga Negara kitani ani sentiasa di dalam peliharaan ALLAH hendaknya. Di jauhi dari bala dan fitnah dunia. Aamiin Yarrabbal alamiin.
Pada hari ini, kami dengan rasa rendah hati ingin mengambil peluang memohon maaf pada penyumbang. Mungkin dalam berurusan adakala lidah terlebih pantas dari akal yang waras dan sekaligus menguris perasaan abiskita tanpa kami sedari. Begitu juga pada penerima "box of joy" . Maaf jika nasihat kami menguris hati-hati yang sedia ada dalam berduka. Kami hanya manusia biasa. Yang baik itu datangnya dari ALLAH , yang buruk itu datangnya dari kealpaan dan kecuaian kami sendiri. Harap di maafkan.
Dengan ini kami menutup tirai 2015 dan membuka lembaran 2016 dengan sejuta kemaafan, bergunung harapan, selautan kesyukuran dan doa yang tidak putus untuk semua. Semoga Project NurKaseh ini masih di beri kepercayaan untuk menyampaikan amanah dalam mencari redha ALLAH.
#Project NurKaseh –
Sikit sama di rasai…
Banyak sama di nikmati…
Comments
Post a Comment