Salam Maulidurrasul 2015

Alhamdullilah kemaren 24/12/15 - masih di anugerahkan Allah usia dan tubuh yang sehat dan sekaligus masih dapat merasakan meriahnya sambutan maulidurrasul di Brunei. 

Setiap kali mauliddurrasul di samping kita dapat lebih memperbanyakkan zikir dan kasih sayang kita terhadap rasul junjungan kita nabi Muhamad S.A.W ada lagi sesuatu yang terbuka luas untuk kita menambah akaun akhirat kita. Jalan untuk bersedekah kepada orang ramai, mengembirakan anak-anak kecil dan tidak lupa juga sedekah kepada musafir. Ini kerana setiap tahun perarakan maulidurasul akan di adakan di seluruh Negara Brunei. Di samping bersedekah kita juga dapat mendidik anak-anak kita generasi akan datang akan nikmatnya bersedekah dan merapatkan ukhwah sesama insan. 

Tradisi ini kami lakukan sudah lama dari sebelum Project Nurkaseh ini di gerakkan. Ia umpama tradisi kami sekeluarga. 

Alhamdullilah kali ini dalam kami memunggah barang-barang sedekah untuk di agihkan kepada peserta perarakan datang satu keluarga pakistan yang tidak kami kenali memberhentikan keretanya betul-betul di depan kami. Mereka memberikan kami 4 carton minuman agar kami agihkan sekali . Masya Allah. Islam itu indah.

Tahun ini kami memberikan biskut, sedikit beras untuk musafir, minuman dan goodies untuk peserta kanak-kanak. Dalam mencari redha Allah kami juga ingin mendidik anak-anak kami erti bersedekah. Tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah kerana di dalam sedekah ada seribu rahmat dan nikmat yang akan dapat di rasa . Agar usaha kami ini mendapat keredhaan Allah. 


"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu secara terang , maka yang demikian adalah lebih baik kerana menjadi contoh yang baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan ingatlah, Allah maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
Al-Baqarah:271

FeedaHMD- bukan menunjuk tetapi ingin berkongsi cara mudah untuk bersedekah dan mendidik anak-anak kami generasi penyambung warisan, harapan bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?