2015 di tutup dengan makan malam bersama anak-anak yatim
Syukur Alhamdullilah , 2015 di tutup dengan besederhana. BBQ bersama keluarga tanpa ada hiburan. Hanya makan, cerita-ceriti dan bergelak ketawa. Entah penutup 2016 masihkah dapat berkumpul? Masihkah Allah pinjamkan nafas sehingga waktu itu? Hanya Allah yang tahu.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada owner D'lotz Kitchen (primawalk, Puchong- Malaysia) seorang anak Sarawak yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia.
Anak muda dan tahun baru.Kebanyakannya sudah pasti sambutan akan di buat bersama kawan. Ada yang lebih kepada duniawi. Tetapi anak muda ini menyambut tahun baru bersama anak-anak yatim.Menutup kedai makan beliau semata-mata untuk menjamu lebih kurang 30 anak-anak yatim. Masya Allah..
Semalam beliau mensajikan nasi planta ayam crispy. Melalui perkongsian gambar
Memang berselera anak-anak makan. Mesti sedap.
Saya berterima kasih kerana beliau memberikan kesempatan untuk saya turut sama menjayakan acara malam itu walau saya berada di Brunei. Tiada kata yang dapat saya katakan. Terus terang amat terharu. Seperti anak-anak itu terlalu dekat dengan saya. Seperti semalam saya turut makan malam bersama mereka. Terima kasih EL.
Kedai beliau juga ada satu tabung khusus. Jika penuh beliau akan berusaha
Memberikan samada kepada anak yatim, oku, orang miskin dan sebagainya. In shaa Allah jika niat yang baik Allah akan mempermudahkannya.
Saya doakan semoga rezeki beliau semakin bertambah. Di berikan kesihatan yang baik. Keep up the good work anak muda. Tidak lupa juga kepada yang turut serta bersedekah makanan untuk menjayakan sambutan semalam. Semoga terus maju dengan rezeki yang
penuh barakah. Aamiin yarabbal Alamiin.
Comments
Post a Comment