Mudahnya bersedekah
![]() |
Dunia sekarang dunia di hujung jari anda. Semua maklumat akan sampai ke pada kita tidak kira masa walau dalam pada kita tengah di ulit mimpi.
Dari cerita lawak, info semasa dan tidak kurang juga yang memohon bantuan sedekah dan sebagainya. Alhamdullilah semua cepat. Tetapi ada kah semua yang di kongsikan itu betul? Hanya sekadar cerita sedih , atau memohon mengumpul dana masjid, sekolah , madrasah, anak yatim dan sebagainya dan di sertakan nombor akaun bank yang di kongsikan , ada kah kita akan membuta tuli percaya?
Andai anda masih ingin mencari redha ALLAH dalam bersedekah tetapi dengan dunia yang penuh dengan penipuan di mana-mana. Di sini saya kongsikan sedikit buah fikiran yang mudah bagi anda dan boleh di buat sendiri. Saya kongsikan apa yang saya pernah buat semata-mata untuk berkongsi cara.
Ya Allah hu yarabbi jauhkan lah hati ku dari sifat riak. Semoga perkongsian ini menjadi saham ku di akhirat kelak. Aamiin Yarabbal Alamiin.
“Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah ( di jalan ALLAH ) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu “(Q.S.Al Baqarah(2):267)
Ini ada lah antara cara yang mudah yang saya praktikkan selama ini. In shaa Allah boleh buat di Negara sendiri selain Dana membina masjid dan anak yatim melalui SMS.
Bersedekah/ wakaf kain kafan:
Untuk Bruneian boleh lah berurusan dengan pihak masjid jika ingin mewakafkan kain kafan.
Untuk lebih ringan boleh lah kongsi suami isteri, adik beradik atau anak beranak dan belikan kain kafan dengan duit yang di kumpul dan jika ada lebih berikan kepada pihak jawatankuasa masjid untuk di tambahkan dalam pembiayaan kematian.
![]() |
kain kafan yang boleh di dapatkan di kedai-kedai kain |
Bersedekah/wakaf dalam pembinaan Telaga:
Amal jariah yang tidak akan putus walaupun kita telah meninggal dunia selagimana ia masih di gunakan.
Mewakafkan telaga di kemboja untuk kedua orang tua saya. Semoga Allah memberikan kebaikan atas keduanya. Aamiin yarabbal Alamiin.(Jika ada yang berkeinginan membina telaga di Kemboja dengan telaga yang lebih berqualiti dari gambar ini boleh hubungi saya)
Bersedekah / wakaf Kerusi untuk di gunakan pelawat-pelawat di pusara:
Kalau nak lebih tahan lama boleh tempah kerusi kayu seperti dalam gambar ini. ( Boleh di buat persendirian atau secara Jemaah dengan keluarga terdekat)
![]() |
contoh kerusi kayu yang boleh di tempah.Untuk mengetahui harga dan tempahan boleh lah email saya di Feehmd@hotmail.com ( Alhamdullilah raya lepas, bangku ini masih nampak tegap dan di gunakan pengunjung)
|
Bersedekah/ wakaf Kerusi roda:
Boleh kirim duit kepada siapa yang pergi umrah atau naik haji dan mohon belikan kerusi roda dan tinggalkan pada pihak pengurusan haji sebagai wakaf. In shaa ALLAH kerusi roda ini akan di gunakan.selagi mana ia masih berfungsi. ATAU di berikan ke hospital-hospital yang terdekat. ATAU jika ada yang memohon bantuan kerusi roda yang tersebar di media sosial dan di yakini kesahihannya. In shaa ALLAH.
Bersedekah air:
Ini saya kongsikan apa yang my parents selalu buat. Jika ada kerja-kerja penyelengaraan seperti memasang paip, membaik pulih jalan raya di depan rumah. Mak dan bapa akan sediakan air manisan dan ais di dalam tempat minuman tahan panas/sejuk. DI sediakan sekali cawan-cawan pelastik. Jika ada lebih rezeki di sediakan nasi goreng atau roti paun dan biskut. Hidang seperti ada tetamu yang datang tetapi memang betul-betul depan rumah. Panggil salah seorang pekerja buruh dan bagitahu yang semua itu ada lah percuma untuk mereka. Mak bapa buat benda ni setiap hari sehingga tiada lagi pekerja buruh binaan bekerja di depan rumah.
![]() |
gambar hiasan di ambil dari Page Project Nurkaseh Brunei |
Bersedekah Dan mengembirakan anak yatim:
Dan banyak lagi. In shaa ALLAH akan di kongsikan di lain waktu.
Nota: Jika ingin membantu atau ikut dalam membina masjid/ madrasah atau sebagainya di luar Negara pastikan anda selidiki kesahihannya.
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan ( yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu cintai” (Q.S.Ali Imran(3):92)
Lihat entry saya sebelum-sebelumnya , saya ada berkongsi tempat-tempat untuk bersedekah dan wakil yang boleh di percayai.
Sebelum mengundurkan diri kali ini sedikit nasihat dari saya yang lebih kepada muhasabah untuk diri sendiri. Sedekah yang paling mudah adalah sedekah dan membantu pada keluarga yang terdekat iaitu adik beradik. Jika adik beradik ada masalah hulur lah bantuan . Bagaimana kita boleh terasa nikmat tidor sedangkan ada ahli keluarga kita sedang berduka. Adik beradik umpama satu tubuh badan. Sakit satu bahagian maka seluruh tubuh pasti akan merasa sakitnya.
Furthermore, jangan lupa kedua orang tua kita. Kalau boleh hulur lah duit tiap bulan walau tak banyak. Tak mampu hulur duit boleh bawa makan roti canai sekali setiap bulan. Tak mampu juga , boleh datang rumah our parents sedekah tenaga macam tolong buang sampah, mop lantai, bersihkan kawasan. Allah tidak pernah tidur. Allah juga sentiasa memberikan ganjaran pahala pada setiap kebaikan yang kita lakukan demi mencari keredhaan nya. Allah tak pandang besar mana bantuan yang kita hulurkan tapi dia lihat usaha ke arah itu. Nawaitu tu penting.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “ Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, manakala sedekah kepada keluarga terdapat dua fadilat iaitu fadilat bersedekah dan fadilat silaturahim” – Hadith Riwayat Tirmizi.
FeedaHMD - Aku bukan agamawan dan aku juga manusia biasa yang pernah ada masa lampau yang hitam. Dunia itu pinjaman. Harta itu pinjaman. Yang kekal untuk kita hanya lah amalan kita. Hidup umpama berkebun di dunia dan mendapat hasilnya di akhirat.
Comments
Post a Comment