Diari AKu Nak KURUS part 2


Diari AKu Nak KURUS part 2

klik untuk Diari Aku nak kurus Part 1 ( dah suruh klik tu klik je la In shaa Allah tak ada spam la hihihih)


Alhamdullilah,  10/08/17 hari terakhir program “Health For Life Programme” yang di anjurkan oleh Panaga Hospital untuk pekerja-pekerja BSP . A very good program indeed. Tapi a good program tak akan Berjaya tanpa usaha dari peserta itu sendiri. Eseyman .  Kena konsisten dan always motivate diri sendiri. If not back to FAT 1 la jawab nya.

 

Terus terang selama 3 bulan aku tak attend class yang once a week due to time yang tak dapat di elakkan denganmy work. Memandangkan health kena di prioritikan as nombor 1, walau tak attend class aku akan pastikan aku buat some of the routines yang di ajarkan.Cardio tu penting. Walau tak mampu nak buat sampai sejam or 45 minit jawapannya TETAP KENA BUAT walau hanya 15 min.

 
More to GO .. In shaa ALLAH . Pix makanan atas tu hehee that was yesterday CHEATDAY for me but tak boleh amalkan selalu. If not macamana nak kurus . Ye dok?  Bila tengok kat bottom pix right tu hehehehe memang helas perut dah kurang, peha pun dah mengurang. Alhamdullilah
Diet aku rosak sebab balik kampung mertua masa raya tempoh hari. ( Amboii jangan salahkan mertua ek. Dia memang masak sedap. Salahkan diri sendiri sebab makan tak sedar diri hahaha) so dari berat yang dah turun 102Kg sekarang dah naik balik ke 113KG. ( PADAN MUKA AKU) . Tapi nasib baik lah tak naik sampai timbangan asal 119KG.

 

Dengan ini aku berjanji( hehehehee betul ni), akan usaha menurunkan lagi berat badan dengan langkah yang sehat.Bukan diet kambing ( hanya makan daun)  tapi usaha dengan bersenam.

 

Achievement :

  • Sudah boleh duduk kat lantai walau hanya few minutes. ( dulu duduk je lantai bergolek badak minta tolong orang untuk bangun. Sekarang aku boleh bangun sendiri tau walau pusingan sang naga ku buat)
  • Squat , Jumpingjack , Plank ) Ni antara routine yang aku tak nak buat bila attend class. SAKIT LAAAAAA!!! Hehehee but now alhamdullilah dah boleh dah.
  • The most!!! Kesakitan kat kaki especially bahagian lutut ke atas yang seperti di toreh pisau dah berkurangan sehingga hampir2 tak terasa sakit. Betul la kata doctor. Hanya ada 2 cara. One of it aku terpaksa buat surgery tempurung lutut atau usaha kurangkan berat badan untuk kurangkan impact pada kaki dan lutut.

 

Terima kasih kepada semua. Suami, parents, siblings, nieces, cousins, coach and friends yang tak putus-putus memberikan semangat  dan tak lupa pada yang mengutuk aswell . Terima kasih atas kutukan yang depan2 mahupun belakang-belakang sebab satu dah bagi pahala free dan kedua bagi semangat kat aku untuk terus berusaha. Doakan  aku atleast dapat kurangkan lagi lemak-lemak tepu ni sebanyak yang boleh .

 
feedaHMD -Mwah mwah mwah mwah mwah. I am ME! I am beautiful. ( semua ciptaan ALLAH tu cantek so tak perlu nak budget2 merendah diri sangat. Nak tunggu orang puji susah la so puji diri sendiri . Syukuri segalanya . Alhamdullilah. Cintai diri kita kerana itu adalah anugerah dari ALLAH ) - hehehee flying kiss ala2 DSV to you all



 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?