Diari aku nak kurus part 1 - hmm BOLEH KE?
Day 1: 09/02/17
Tak percaya pun ada takut pun ada. Hmmm today my first session of a 6 month program menuju sehat. (HEALTH FOR LIFE PROGRAMME) ESEYMAN.
Ni gara-gara kawan aku la yang pre-registered aku dulu lepas tu esok baru dia bagitau hahahhaa. Alasannya sebab dia segan sorang-sorang. Hahahahahaha COMEL je alasan kawan aku ni.
05/02/17 – register officially. Berat badan at that time : 119KG dengan ketinggian 5ft 8in lebih kurang.
Ok , apa aktiviti hari pertama?
Mula just warming up. Lepas tu bermula la sesi yang menduga kesabaran hahahaha.. Tapi Alhamdullilah dapat buat sampai habis.
Di ajar core exercise 8rep X 6 . Listed below adalah benda yang kami buat pada hari pertama. Mau tak pengsan :P
- Squat ( memandangkan aku ada masalah lutut ketat, squat yg tak sempurna bend sikit je pun sudah menyeksakan)
- Push – up ( aku guna kerusi for this sebab any activity di lantai I tak boleh)
- Lunges
- Tri-cep ( ni buat tapi nak bangun sukarnya teramat)
- Crunches
- Alternate leg raise
- Plank ( yang ni pun I terpaksa gunakan kerusi sebab keadaan kaki yang sakit dan lutut yang bermasalah)
alamak oh my Perut. Buncit depan buncit belakang. Alasan tak exercise sebab sakit lutut dan kaki. :)
|
Belah malam aku pengsan seawal pukul 9 malam hahahahahaha. Tidurrrrrr tanpa senghaja. Tapi start midnite dah terjaga sebab ashik nak buang air kecil.
Kepala dan hati ni terasa jugak la macam nak quit. Adoyaiiiii tabah lah wahai hati. Esok Cardio kena pilih samada nak Walking for 40 min OR Jogging for 30 min OR Climb the stairs for 20min. Aku pilih walking hahahahaha biar lah 40 min janji tak sakit dan aku rasa aku mampu. Hmmm mampu ke?
Day 2: Cardio 40 min walking – Honestly lepas walk kaki aku dah jammed kat lipatan . Urat keras kejung. Malam nak tidor aku nangis fikirkan boleh ke aku nak buat core exercise esok hari sedangkan buat cardio dah rasa macam bekas acting pukul-pukul dan terbang dalam cerita tamil. Hancur luluh rasa badan. Aku nangis kat hubby “sayang boleh ke I ni?”. So my husband cakap In shaa ALLAH istri boleh.
Day 3:Aku buat core exercises belah petang. Luckily Day 3 jatuh pada hari sabtu. Aku tak terbangun pagi tu. Badan sakit seperti di palu. Aku cari semangat untuk teruskan usaha menuju sehat ni. Aku tengok suami aku. Since aku kurang sehat dan sakit lutut ni, almost semua kerja yang sepatutnya seorang isteri buat dia yang buat.( Memang selama ni pun dia tak pernah nak berkira. Siapa sehat siapa available dia yang buat. Itu keistimewaan my husband. Alhamdullilah. Lepas tu aku tengok anak aku yang baru berusia 11 bulan. Kesian dia. Asal nak main bawah meja ke , main kejar-kejar ke ummi tak boleh. Main kat lantai apa tah lagi L. Aku tanam semangat demi mereka aku kena kuat. Berjaya juga pujuk hati yang dah memang nak angkat bendera putih. Done the core exercises such sit-up, lunges, planking semua buat 8repX6. Badan aku semakin sakit. Tak apa Feedah u can do it! Walau semangat dah mengendur. Ye lah turun dan naik tangga rumah , even berjalan dalam rumah aku terpaksa guna tongkat. Haaa tak sakit mana tuuuu .
Day 4: Alhamdullilah aku buat tanpa rasa tak nak. Hehehehe. Aku walk belah petang. Tapi aku kedekut. Pakai stopwatch. CUKUP 40 MIN jangan harap aku nak bagi extra. Hahahahahaha.
Honestly, badan aku masih sakit dan bertambah sakit. End up orang nak order pudding pun aku cancel huhhuhuhuh maaf ye aku sakitttt.
*Kudrat menangis. Batin memujuk* AKU TERASA NAK QUIT
Day 5: Aku teruskan dengan CORE EXERCISES tapi aku tak mampu buat 8rep X 6. Honestly tak mampu. Urat semakin terasa keras. Sampai nak mengengam cawan terasa sakit. Aku Cuma mampu buat 4rep X4 hahahahaha sorry tak larat.
Day 6 : Hari ini ada acara program “Reading Food Labels – Supermarket Trip” at SUPASAVE Seria. From 2pm – 4pm. Alhamdullilah banyak juga maklumat yang di pelajari. DIET bukan bermaksud tak makan tapi mengamalkan permakanan yang sehat di dalam diet seharian kita. So aku pun chantas apa yang tak perlu dan concentrate pada apa yang di perlukan badan aku bukan nafsu hehehe. Yang ni senang cuma aku suka minum minuman sejuk. Di sebabkan masalah tyroid, tekak aku selalu terasa kering. Minum air suam tak rasa kepuasan tapi minum air dingin dan berperisa baru terasa nikmatnya ( hehehe sebenarnya more to habits. Kalau minum air putih pun sebenarnya boleh hilangkan rasa dahaga tau)
Day 7: Hari ini aku buat juga walk tapi hanya mampu 30 minit. Angin kuat sangat. Takut demam. At night sebelum tidor terasa apa yang aku buat melawan kudrat. Betul ke apa yang aku buat ni? Sehat kah? Aku tanya lagi kat suami. Air mata dah jatuh berderai-derai. “Boleh ke I habiskan 6 bulan ni sayang?”. My husband usap kepala I and said “yes sayang , you can do it”.
Day 8: Aku sepatutnya ada class physical fitness tapi terpaksa tak datang atas tuntutan kerja. Aku pun dah rasa badan tak sedap. Tapi aku kena kuat. Kerja tetap kerja. Kalau demam sikit tak perlu lah nak manja-manja. Sebenarnya tahun ni aku nak ubah sikit kalua tahun lepas selalu sakit dan MC, tahun ni kalua boleh kena kurangkan. In shaa ALLAH kalua niat baik semoga ALLAH dengar. Aamiin. So back home, aku buat senaman ala kadar sebab badan ni memang rasa nak demam.
Day 9: Hari ini semangat aku lain macam. Walau rasa kurang sehat aku set juga jam untuk walk 40 min. Tak sampai 10min berjalan, langit dah gelap sangat. Nak tak nak terpaksa lah aku teruskan sampai 20min sehingga terasa rintik hujan. Aku masuk rumah dan sambung cycling for 20mins. Alhamdullilah badan dah kurang sakit. Tenaga dah terasa pulih. Urat-urat yang terasa ketat sudah beransur terasa lembut.
Day 10: Aku rasa nak ambil hari ini as my hari cuti sehari. Esok lah aku exercise. Badan rasa berat sangat. Terasa macam demam tapi aku buat tak kesah .
Day 11: Confirm aku demam. Hubby suruh rehat. Tak perlu buat exercise.
Day 12: tak mampu nak bangun. Could not even pergi kerja. Seharian di katil.
Day 13: Kuatkan hati nak pergi kerja but before that nak pergi hospital dulu. Drive pun tak larat so my husband terpaksa bawa pergi hospital. Sampai kat outpatient badan mengigil teramat. Kepala rasa pusing. Lutut longlai. Rasa nak rebah so nurse decided bawa pergi emergency. Terpaksalah kena sorong pakai wheelchair. Mata dah berair macam menangis. Nak buka pun tak larat. Sampai kat ward terus nak termuntah. Ya ALLAH lemahnya . Panas naik 39deg. Kena soal pun entah tak tau la betul ke jawapan. Makan ubat tau-tau berjam juga aku tidor di katil ward.
Ya ALLAH demam panas sampai muntah. Admitted for hours sebelum di benarkan untuk balik dan berehat. |
Day 14: Batuk suara tak keluar. Muntah. Ya ALLAh dugaan apa kah ini.
Sampai Day 18 , tak buat apa-apa exercise( Day 17 busy uruskan hal JPD dan IC dari pagi sampai ke tengahri. Petang sambung pergi Miri. Jalan-jalan bawa anak window shopping sampai malam. Ada sesuatu yang buat terkejut. Selama ni kalua jalan sikit kaki saya akan kembang. Kembang dan menyakitkan sampai kasut pun akan jadi sempit. Tapi yang menghairankan kaki saya tak kembang langsung untuk pertama kali nya setelah bertahun-tahun mengidap bengkak kaki kalua lama berdiri dan berjalan.
Syukur ALhamdullilah aku Nampak buku lali. ahahahhaa sebab selama ni buku lali aku tak Nampak akibat kaki yang bengkak. |
Day 19 : Bertimbang hehehehehe. Alhamdullilah 3.7KG dah kurang. Mungkin demam juga buat berat badan saya kurang cepat. Hanya 19 hari , saya sudah kurang hampir 4 KG. So belah petang as usual since baru sehat, tak berani la nak walk kat luar rumah. In door je berbasikal selama 40 min dan some core exercises selepas tu.
Day 20: Hari ini In shaa ALLAH akan do CORE EXERCISES .
masih gemuk tapi nak bagi tau seluar tu dah 2 tahun tak pakai sebab dah tak boleh nak zip. Terhenti di sekala peha. Huhuhu am so happy |
Doakan aku.
Antara Matlamat untuk kurangkan berat badan
- Supaya aku dapat solat sempurna kembali
- Supaya nanti bila aku operation, nurses yang angkat aku dari katil tak rasa susah sebab aku berat
- Supaya kesakitan di lutut dapat di kurangkan dengan kurangnya berat badan
- supaya aku boleh bermain sama my son. ( sekarang kalau dia masuk bawah meja pun aku tak mampu. Sedih sangat)
Terima kasih yang tidak terhingga kepada :
■My husband tersayang yang pastinya akan tolong urutkan kaki aku setiap kali aku rasa sakit. Yang usap kepala aku setiap kali aku rasa nak give up. Dan kata-kata semangat walau pada ketika semangat aku sudah datang seperti di seru.
■My parents, my siblings / nieces and nephews and relatives yang sentiasa berikan semangat dan doakan aku.
■El Esmail yang dari awal sampai la today memberikan khidmat nasihat permakanan dan diet yang betul secara percuma walau jauh di Kuching.
■My collegues , friends and FB friends. Thanks a lot atas semangat dan perangsangnya.
This is not the end. Many KILOS perlu di nyahkan. This is just the beginning. 5 month to go dan doakan aku Berjaya ye.
Luv u all.
TARGET : 10KG in 6 month
BOLEH KAH? MAMPUKAH?
FeedaHMD - bukan fitness trainer bukan juga pakar pemakanan hehehehee.. Aku si montel yang sakit lutut teringin nak kurangkan penderitaan sakit lutut
Keep it up..then help me to like jogging k
ReplyDeleteThanks sayang for the never ending support and i hope that u'lljoin me the soonest!!!
ReplyDeleteDa capai target ke
ReplyDeleteSemoga did dapat capai berat yang diidamkan . Saya pun dalam proses until kurangkan berat badan. Doakan saya dapat berat ideal yg diidamkan ye.
ReplyDelete*sis*
ReplyDelete