Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa
Alhamdullilah pada 10hb May 2014, perancangan kami adik-beradik yang ingin membuat kejutan kecil untuk ke dua orang tua kami berjalan dengan lancarnya. Bermalam di Mangrove Paradise hanya inginkan kelainan. Bapa sure suka sebab boleh lepak luar bilik sambil menunggu pancing ( walau ikan yang ada hanya ikan duri a.k.a. BELUKANG/BEDUKANG ) hahahahhaa. Furthermore suasana di mangrove ni sesuai untuk acara kekeluargaan. Mak bapa boleh melihat cucu-cucunya bermain di beranda luar sambil memancing, memetik gitar ,menyanyi dan tidak kurang juga makan dan makan. Semasa nak masok ke kawasan hotel mak tanya nak kemana jauh-jauh sangat ni. Mula cakap saja nak jalan-jalan buang masa sebab malam nak pegi makan kat gerai tepi sungai (tambing). Susah jugak nak menipu ni lebih-lebih lagi pada mak. Huhuhuhu ampun kan saya mak. Sampai ke perkarangan hotel saya pura-pura la keluar cakap nak pinjam toilet.Lepas tu my sis Rozi pegi ambil wheel chair ( mak bukan t...