Sadaqah corner PNK 2017
Alhamdullilah sepanjang ramadhan ni di izinkan ALLAH untuk dapat mengusahakan "sadaqah corner PNK" di Kuala Belait ( dari hari pertama hingga 12hb setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad), dan di Bunut dari 1hb Jun setiap hari Khamis dan Jumaat. Syukur , niat dan usaha yang murni ini juga di sambut positif oleh para dermawan-dermawan. Ramai juga yang ikut serta. Ada yang menghantarkan makanan dan ada juga yang memberikan wang untuk kami sediakan juadah. Pada Jumaat , 9hb Jun, kami berbesar hati atas kedatangan Media Permata untuk membuat liputan mengenai "Sadaqah corner" yang kami ungkayahkan . Fadhilat Bersedekah : Kita sering mengatakan kita ada lah pendosa. Nak minta ampun dekat Allah pun terasa malu. Tahu kah kita ALLAH maha pengasih maha penyayang. Dengan Sedekah juga boleh mendatangkan keampunan ALLAH. Masya ALLAH. Wallah hu a'lam. “Takutlah kamu akan azab neraka walaupun dengan sedekah setengah biji kurma.” Riwayat Imam al-Bukhari Ma...