Project NurKaseh - Mulanya di sini

Cerita ini bukan untuk menunjukkan atau memuji diri sendiri tetapi untuk menjawab soalan-soalan orang ramai bilakah bermulanya Project Nurkaseh ini. 

Project Nurkaseh – “Mulanya di sini”


Assalamualaikum dan bismillahirrahmannirahim pembuka qalam. 2014 , tertubuhnya Project Nurkaseh. Ingin saya menceritakan sedikit  detik permulaan awal Project Nurkaseh . Amalan bersedekah memang telah di terapkan pada saya dan adik-beradik yang lain sedari kecil lagi. Ibu saya amat menitik beratkan sedekah dalam kehidupan kami seharian. Kami berniaga kuih-muih di tamu ( pasarhujung minggu. Setiap BND1 kuih yang di beli pelanggan  ibu pesan pada kami untuk berikan sebiji “extra”Kadang-kadang saya pura-pura lupa dan ibu akan cuit saya dan katakan “tambah sebiji lagi” .Sampai ada ketikanya saya merasa geram bila nak dapat duit banyak kalau sering memberi extra. Saya kemukakan soalan “ Kenapa mak nak bagi lebih? Kita bukan orang kaya. Bila nak simpan duit banyak? “. Mak jawab , “ Sedekah itu pahala,sedekah itu rezeki.Sedekah juga akan bantu kitaBila meningkat remaja saya mulai faham apa maksud mak.Mula terasa nikmatnya bersedekah. 


Sebelum berpanjang lebarterlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team PNK. Hjh Adiah & Suami,Liza, Rozi, Hjh Faeza & suami, dan sahabat yang seperti abang saya sendiri Wan Omardani yang mengerakkan Project Nurkaseh tanpa mengira waktu, tenaga dan wang ringgit.Tidak lupa juga kepada suami saya yang sering memberikan kata-kata nasihat dan semangat.  Tanpa mereka, niat dan buah fikiran ini hanya akan tersimpan rapi tanpa adanya langkah-langkah usaha, dan sudah pastinya tidak akan membuahkan hasil.


Berbalik pada Projek Nurkaseh , kami sekeluarga pernah hidup serba kekurangan, walau sekarang pun tak pernah kaya tetapi bersyukur atas rezeki yang ALLAH berikan.Pernah suatu ketika rasa bagaimana bersyukurnya dan gembiranya hati bila ada yang datang menghulurkan bantuan. Bila ALLAH berikan sedikit rezeki jangan lupa pada insan-insan yang sedang memerlukan bantuan kerana sebahagian rezeki itu adalah milik mereka yang ALLAH kirimkan melalui kita .Pada mulanya saya bergerak sendiri. Kadang-kadang bersama suami. Hingga pada suatu ketika hati ini seperti tergerak untuk memperbanyakankan bantuan, andai mampu. Namun apakan daya. Saya juga di kalangan orang-orang kelas sederhana. Lebih-lebih lagi dengan situasi keluarga yang tengah di timpa musibah besar dan status kewangan yang tidak stabil. Terkesan dengan kata-kata “Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah,nanti tak kaya-kaya sampai bila nak mula bersedekah?” . 


Saya diamkan dulu hajat ini dan mencari jalan bagaimana saya dapat membantu orang lain dalam keadaan keluarga saya juga perlu di bantu. Syukur Alhamdullilah saya orang yang bekerja. Pendapatan walau tidak tinggi tapi Alhamdullilah, In Shaa ALLAH cukup.


Andai orang ramai fikir kami membuat Project Nurkasehini kerana kami orang yang mampu. Jelas itu tidak benar.Saya juga ada dua orang kakak yang juga ibu tunggal.Tidak ada mata pendapatan yang tetap dan mengharungi dugaan dan ujian yang besar di dalam hidup mereka.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Kesedihan harus di ubati. Semangat harus di bajai. Kata semangat termasuk untuk diri ini “ Walau kita dalam kesusahan.. pasti ada yg lebih susah. Walau kita dalam kesusahan.. Pasti ada yang lebih memerlukan bantuan.Kita mungkin tidak banyak duit tapi saya yakin niat untuk membantu ini pasti ada jalannya. Allah akan beri jalan atas niat yang baik. Kita cari redha ALLAh semoga hidup kita penuh dengan Rahmat ALLAH. Insya ALLAH”Kedua kakak saya ini juga bergerak aktif di dalam menjayakan projek ini. Membantu walau dari pandangan saya , mereka sendiri juga sebenarnya tengah di timpa musibah dan sedang dalam kesusahan. Berpegang pada kata-kata” masih ada lagi yang lebih susah , lebih malang dari mereka. In shaa ALLAH mereka ada ALLAH. Niat yang ikhlas membantu In shaa ALLAH , ALLAH bantu .“.Terus terang Kegigihan dan kekentalan mereka menyuntik semangat pada saya.


Andai kata ada orang yang mengatakan kami menunjuk-nunjuk dalam beramal kerana kami kongsikan setiap kali sumbangan di agihkan di page rasmi Project NurKaseh.Sebenarnya itu jugalah ketelusan yang perlu kami titik beratkan. Berusaha untuk telus kepada penderma/penyumbang dan mengkhabarkan bahawa amanah mereka telah pun kami sampaikan. Nama penyumbang/penderma akan sentiasa kami rahsiakan dari pengetahuan umum.


Marilah kita muhasabah diri. Fikir yang baik-baik. Anggap yang baik-baik. Ambil yang baik-baik in syaa ALLAH akan nampak yang baik-baik. 


Renungkan lah ayat ini -
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu secara terang , maka yang demikian adalah lebih baik kerana menjadi contoh yang baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan ingatlah, Allah maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." Al-Baqarah:271


Pada bulan Julai 2014,  saya suarakan keinginan ini pada kakak saya yang sulong, Hjh AdiahSaya kemukakan cadangan dan mohon nasihat. Saya berikan satu nama untuk Projek ini iaitu - NurKaseh. Kakak setuju dengan nama itu. Kenapa NurKaseh? Nur ada lah cahaya di dalam Bahasa Arab dan Kaseh adalah perasaan sayang  yang lahir dari hati.Simbol kasihnya kami dan penderma yang lain kepada penerima ( saya gunakan ejaan lama “kaseh” kerana terasa ejaan itu mengambarkan perasaan yang mendalam dan lebih terkesan pada diri – Ini hanyalah pendapat peribadi saya). 


Kakak bertanya lagi“ kalau harapkan kita sahaja berapa sangat lah barang-barang dapat terkumpul? Mungkin dapat bantu satu setiap bulan sahaja. Kalau nak minta dekat orang ramai pun ada kah orang nak bantu? Percaya kah orang pada kita ? Kakak juga mahu jadi sukarelawan kalau projeni di jalankanIn shaa ALLAH. Kakak ni tak sehat tapi kakak usaha untuk membantu mana yang terdaya” . Saya peluk kakak erat ketika itu. Air mata yang mengalir bukan air mata sedih atas ujian ke atas kami sekeluarga tetapi air mata semangat agar usaha ini aka dapat di realisasikan suatu hari nanti.


Pada masa soalan “Percaya kah orang” di tanyakan saya terus terfikir satu perkataan iaitu “ ketelusan”. Bagaimana?Dalam pada untuk merealisasikan projek kecil ini saya banyak bertanya dan mohon nasihat. Pada suami saya, Kakak saya Hjh Faeza , Rozi dan Liza. Saya juga bertanya dan minta buah nasihat dari sahabat-sahabat rapat. Meminta berikan Buah pendapat baik dan buruknya. Setelah berbulan saya memikirkan baik dan buruknya saya pun menyuarakan niat saya ini kepada kedua orang tua saya dan kakak-kakak yang lain seawal bulan September . Saya tanyakan adakah mereka mahu turut serta menjadi sukarelawan dalam menjayakan projek ini. Saya katakan ini akan menjadi projek adik-beradik” , Projek kecil “keluarga kita”untuk bekalan sebagai saham akhirat . In shaa ALLAH. Semoga di terima ALLAH.Aamiin Yarabbal alamiin.


Pada penghujung bulan September saya war-warkan di dalam media sosial (Facebook )dan coretkan di ruangan status untuk pengetahuan umum mengenai niat saya.Pendapat saya kalau seorang bersedekah satu tin sardin kalau 10 orang sudah jadi 10 tin. Saya juga sebenarnya tengah muhasabah diri.Bersedekah tak perlu tunggu banyak duit. Walau hanya 1 tin sardin atau kari sudah memadai jika ikhlas.Pada masa itu saya cuma terfikir akan barangan keperluan harian dan memang tidak berani untuk menerima cash bagi menghindari fitnah. Untuk memberi semangat saya berikan nama “box of joy” pada setiap pemberian yang akan di sumbangkan ( tiada yang istimewa pada nama ini. Memandangkan Project Nurkaseh bukan hanya tertumpu pada bangsa melayu rasanya tidak salah saya gunakan Bahasa ke dua ini.Dalam pada membuat iklan-iklan di facebook peribadi,kakak-kakak saya juga turut serta dalam mengkongsikan status saya. ( Thanks all my Permata HatiSemangat mereka lah yang membuat saya lebih yakin).


Alhamdullilah dalam pada mengiklankan projek ini untuk mengumpul barangan untuk di sedekahkan pada yang memerlukan, seorang sahabat menghubungi saya dan memberikan saya wang berjumlah BND100.Air mata menjadi saksi bagaimana perasaan gembira dan membayangkan senyuman-senyuman yang menerima “box of joy” itu nanti Ibu-bapa saya, kakak-kakak saya, anak-anak saudara turut menyumbang. Pada 10haribulan October saya membuat satu page di laman sosial facebook bernama “Project Nurkaseh -2014” dan menjadikan kakak-kakak saya sebagai admin pada page itu


Alhamdullilah tanpa di duga sambutan amat mengalakkan. Dari saudara mara , ipar duai, rakan-rakan sepejabat dan kenalan di Facebook dan orang ramai memberikan sokongan moral dan sumbangan. Tidak kurang juga kata-kata sinis dan komen yang kurang membangun. Kami terima dengan hati yang terbuka.Rintangan dan dugaan dalam menjayakan juga tak kurang banyaknya tapi itu biarlah menjadi rahsia dan menjadi pengajaran paling beharga kepada kami sekeluarga.






 Ternyata di bumi Brunei ini. Di Negara zikir ini terlalu banyak insan-insan yang pemurah, pemedulian dan prihatin. Dan yang paling mengembirakan bantuan bukan hanya dari kalangan melayu dan beragama islam tetapi dari berbagai bangsa dan agama. Harmoninya Negara kita Brunei Darussalam. Ya ALLAH hu yarabbi peliharalah keharmonian Negara ini sentiasa. Hati ini terlalu tersentuh membuatkan air mata mengalir.Hanya Allah saja yang dapat membalasnya . Kami hanya mampu berdoa.

Pada 16hb Oktober,  saya telah menambah seorang lagi Page admin dan sukarelawan yang bukan dari kalangan adik beradik saya. Wan Omardani seorang insan yang lebih dari seorang sahabat. Seperti keluarga sendiri yang  sering membantu dalam menjayakan usaha Projek ini. Hanya ALLAH saja yang membalas setiap titik keringat dan dugaan yang di tempuhi di dalam menyampaikan sumbangan pada yang memerlukan.

Melihat kesusahan individu-individu yang telah kami berikan “box of joy” sekaligus mengajar kami erti bersyukur, menghargai nikmat ALLAH walau sedikit, melahirkan rasa sayang sesama insan tanpa mengira pangkat, darjat , bangsa atau agamanya. Bahu- bahu kami yang sering di jadikan tempat menangis para penerima. Terharu dan gembira bila dapat melihat senyum di wajah mereka. Doa-doa dari mereka itu sudah cukup memadai bagi kami.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ke semua ahli keluarga yang banyak membantu dan secara sukarela mengorbankan masa, tenaga dan wang poket sendiri.Allah maha melihat. ALLAH maha mengetahui. ALLAH maha penyayang. In shaa ALLAH setiap usaha yang baik dan baik di mata ALLAH akan pasti mendapat balasan yang baik. 


Kepada sahabat-sahabat karib saya, terima kasih atas sokongan dan sumbangan. Terlalu bersyukur kerana di kelilingi insan-insan yang ikhlas dan sering membantu tanpa perlukan pujian, pengiktirafan, ganjaran duniawi atau nama. 


Ahkir qalam dari saya , Project ini bukan untuk mencari publisiti tetapi saya tahu Negara Brunei mempunyai ramai insan-insan yang prihatin dan pasti ramai yang ingin atau pun telah membuat Projek seperti ini. Projek ini juga bukan mengaibkan para penerima In shaa ALLAH kerana dengan tersebar nya cerita penerima sekurang-kurangnya bantuan juga akan bertambah samada melalui kami atau persendirian. ( Setiap cerita dan gambar yang di siarkan adalah atas persetujuan dari pihak penerima) . Dari masa ke semasa kami akan memperbaiki kekurangan dan kesilapan kami. Kami mohon maaf jika sekiranya kami ada menguris perasaan keluarga penerima pada seawal berjalannya projek ini. Kami umpama budak yang baru bertatih.Teguran yang membina serta nasihat orang ramai amat kami hargai.  Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih pada penyumbang dan yang terus menyokong projek ini. In shaa ALLAH amanah mereka akan kami sampaikan semampu nya. Hanya demi mencari Redha ALLAH.



Harapan & Perancangan :
Harapan kami agar lebih ramai orang-orang kitani membuat projek-projek persendirian seperti ini . Hidup dalam bermasyarakat dan bergotong royong adalah sesuatu yang tidak asing bagi kita di Brunei ini dan harapan kami agar sifat pemedulian dan prihatin ini tidak pupus di telan zaman. Kamijuga berharap andai kami sudah tiada di bumi ALLAH ini agar anak-anak dapat meneruskan usaha ini. Kami tidak mengharapkan balasan atau pujian cukup hanya doa dari semua.


Buat masa ini kami belum ada perancangan terperinci melainkan cuba berusaha memperbaiki kekurangan serta lebih berhati-hati dalam menyiarkan maklumat kepada orang ramai. Persetujuan pihak penerima adalah paling penting dalam menjaga ukhwah .


Kami juga mendidik anak-anak kami dengan membawa mereka turut serta dalam aktiviti penghantaran sumbangan. Agar menjadi anak-anak sentiasa membantu di mana termampu tanpa memandang rendah pada insan lain.

Klik link ini: antara penerima sumbangan PNK yang mendapat bantuan lanjut selepas ceritanya kami kongsikan
http://m.bt.com.bn/news-national/2014/11/21/1-000-aid-needy-family

FeedaHMD - Menumpang di bumi ALLAH .. mencari redha Ilahi.

“Sikit sama di rasai, 
Banyak sama di nikmati”



Antara aktiviti PNK yang di siarkan di akhbar : 





Project Nurkaseh : Projek keluarga dalam memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan dengan memberikan “box of joy” sumbangan yang telah di kumpul dari insan-insan yang prihatin dan pengasih dalam mencari redha ALLAH.


Objektif Mencari dan mengumpulkan sumbangan berupa barangan keperluan harian, peralatan sekolah dan pakaian terpakai yang kami namakan “box of joy” sebagai usaha memperbanyakkan barangan sedekah /sumbangan tanpa mengira bangsa dan agama sekaligus menyampaikan sedekah/sumbangan orang ramai  dalam mencari redha ALLAH.

Nota tambahan : Kami bukan badan kebajikan atau organisasi kebajikan. Kami hanyalah sukarelawan yang berusaha mencari redha ALLAH dengan menyampaikan amanah orang ramai kepada orang-orang yang berhak dan memerlukan. Kami cuba sedaya upaya untuk menyampaikan mana yang termampu dan kami mohon maaf atas kekurangan kami. 


Pada siapa yang ingin menyumbang / bersedekah  untukkami sampaikan boleh lah berhubung pada nombor- nombor di bawah ini atau inbox kami di FB page Project Nurkaseh -2014.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016