Jom main pondok-pondok

When I was a little girl, permainan yang saya suka ada lah main pondok-pondok. Dalam bahasa Ibunda as "main dango", tapi saya tak suka main kawin-kawin. Usually saya akan jadi peniaga ( boleh nipis buku sekolah sebab buat duit. Hahahaha) atau lebih suka pegang watak Auntie jahat or mak tiri. Waseyyy dalam kelembutan diri ini suka pulak pegang watak mencabar tu. Teringat pula semasa memegang watak mak tiri , my cousin ( June) jadi anak tiri boleh nangis betul-betul dan mengadu kat bapa dia. Rasa bersalah pun ada pada masa tu ALLAH saja yang tahu. Apa-apa pun I love you June dunia akhirat .

Ok, berbalik pada main pondok-pondok , actually permainan ni kalau kita main zaman sekarang, some kids sure tak tau kan tapi honestly mereka akan teruja. Buktinya my nephew Danial. Bila start buat main pondok-pondok almost everyday dia ajak main pondok-pondok. Huhuhuhu baru tau aura pondok-pondok tu kuat juga . 

Main pondok-pondok dengan Danial saya cipta scenario.  Danial sebagai perniaga kena berhadapan dengan bermacam ragam dan karenah pelanggan.

  • Pelanggan  yang pemarah dan penting diri. Ashik nak di dahulukan dan selalu nak cepat. ( pemegang watak : mommy dia)
  • Pelanggan “Opportunist” atau yang suka ambil peluang walau dengan cara menipu (pemegang watak: uncle Sham).
  • Pelanggan yang cerewet dan tidak tetap pendirian. Suka tukar order bila order telah hampir siap (pemegang watak: maksu Feedah. saya la siapa lagi).
  • Mak anjang as share partner Danial Cum mengajar cara mengira dan mengambil pesanan pelanggan.



Apa yang cuba saya sampaikan pada Danial sebenarnya dalam  permainan ini?
❤️ Belajar sabar, mengawal emosi dan memberi respon yang positif In shaa ALLAH always work that way.

❤️  Belajar mendiri, Mendisiplinkan diri, meningkatkan keyakinan dan percaya diri.

❤️berbudi bahasa -  mendidik anak-anak dalam menjaga adab percakapan antara peniaga dan pelanggan. 

❤️ Berniaga itu ada lah sunnah dan jangan cemarkan dengan sifat tamak dan menipu. Dalam bermain kita selitkan hukum-hukum islam yang mudah untuk anak-anak ingat. 

❤️ belajar mathematic secara tak langsung.

❤️ berinteraksi. Ye lah zaman sekarang mainan semua mainan tak perlu bercakap end up anak-anak dah jadi anti social. Pergi rumah orang berziarah bukan nak bercakap tapi lebih suka duduk mengadap ipad. 

❤️in shaa ALLAH akan meninggalkan memori yang indah untuk di kenang bersama keluarga serta merapatkan hubungan kekeluargaan.

❤️Hidup tak selamanya indah seperti zaman kanak-kanak. Manusia ada bermacam ragam dan bersedialah untuk berdepan dengan semua ragam manusia dengan lebih positive. Tahan marah. Sabar itu tidak ada hadnya. Terus lah bersabar. 


Sekarang ni anak-anak dan ibu bapa ada yang jarang  bercakap. Mata ashik kat ipad,laptop dan handphone walau pun di meja makan.  Sesekali cuba lah main pondok-pondok dengan anak-anak. Ciptakan suasana kekeluargaan yang lebih mesra. Masa berlalu tidak akan dapat di ulang. Hargailah masa itu.

So, main pondok-pondok ni bukan hanya mengajar anak-anak untuk berfikir dan mengerakkan minda ia juga sekaligus memberi "masa berkualiti" antara anak-anak dan ibubapa.


-feedaHMD - belum di berikan rezeki untuk menjadi seorang ibu tetapi saya seorang anak yang menghargai "masa berkualiti" dan kagum dengan cara didikan mak bapa zaman dulu. 

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016