Program Ibadah Qurban Kemboja 2016

Assalamualaikum wbt,

Sudah lama tak update apa-apa. Masa memang terlalu cepat berlalu dengan kesibukan yang dunia berikan. Kalau nak di kira memang tak sempat langsung untuk akhirat. Nauzubillah. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya sering mengikuti program korban kemboja bersama ustaz Yahya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

Seperti yang sedia maklum juga siapa yang mengikuti korban bersama saya tahun lepas tidak mendapat kiriman gambar qurban kerana pada raya korban itulah allahyarham ustaz Yahya jatuh sakit dan tidak dapat mengirimkan gambar-gambar tetapi segala ibadah qurban telah di tunaikan. In shaa Allah. Saya yakin pada beliau.

Tahun ini saya bertukar angin sedikit.Masih di Kemboja tetapi ingin memberi peluang kepada kampung lain. Tahun ini saya mengikuti program qurban bersama ustaz Abdussalam.

Sedikit mengenai ustaz AbdulSalam Al Hafiz bin Mohammad Saleh:








Untuk tahun ini,kami adik beradik adalah wakil kepada ustaz Abdussalam dalam menyampaikan qurban-qurban di Kemboja.

Tarikh tutup penerimaan : 23/08/2016

Harga kambing BND250/ seekor
Harga lembu BND1350/seekor
Harga lembu BND193/sebahagian 

Harga mungkin mahal sedikit dari harga sebelumnya. Masalah yang cuba kami hindari seperti yang di hadapi Allahyarham Ustaz Yahya tahun lepas. Keadaan pertukaran matawang yang amat drastik membuatkan beliau terpaksa mengunakan lebih 50% wang sendiri untuk membayar qurban-qurban yang di amanahkan. Semoga pengorbanan beliau itu menjadi saham akhirat untuk beliau. Aamiin.





Soalan yang sering di tanya :  
"Kenapa hendak lakukan qurban dan aqiqah di luar negara sedangkan ramai lagi rakyat Brunei yang miskin?"

Setiap tahun saya ada melakukan ibadah Qurban di Kemboja kecuali tahun lepas kerana saya mengikuti ibadah Qurban di Gaza. (Klik sini untuk Qurban di Gaza : http://feedahmd.blogspot.com/2015/10/ibadah-qurban-di-bumi-palestin-1436h2015.html?m=1

Kenapa di Kemboja atau luar negara? Ini kerana beberapa sebab yang terpulang kepada anda untuk menilainya.

Ada juga yang mempertikaikan tindakan saya atas alasan seperti “ kera di hutan di susu kan anak sendiri mati kelaparan”

Ini adalah antara sebab-sebab mengapa saya melakukan Qurban di Bumi Kemboja.

 
1. Dari segi kos. Bagi saya yang dari kalangan yang berpendapatan sederhana ini kos Aqiqah dan Qurban di sana jauh lebih murah berbanding Brunei. Harga se-ekor lembu sekitar BND2500 dan kambing sekitar BND300-BND400

2. Saya merasakan rakyat di Kemboja hidup dengan kadar yang jauh lebih susah dari rakyat Brunei. Walaupun ada di kalangan rakyat Brunei yang berstatus miskin , tetapi miskinnya orang islam di sana amat menyedihkan. Ada segelintir yang hanya mampu tinggal di dalam boat house. Bukan boat yang besar tetapi sebesar perahu dalam bilangan anak yang ramai. dan bantuan-bantuan dari dalam negara teramatlah sedikitnya. 

3. Sebab ketiga, golongan muslim di negara minoriti seperti Kemboja seakan-akan ditindas, jadi salah satu sebab untuk kita membantu mereka dengan melakukan aqiqah dan qurban di sana. Miskin di negara kita di dalam kalangan majority islam dan ketua negara adalah Islam amatlah jauh syukur dan nikmatnya berbanding mereka. 

4. Saya di fahamkan orang islam yang miskin di Kemboja hanya mampu makan daging jika ada nya kita yang melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di sana. Sedih mendengarnya kerana di Brunei setiap kali ibadah Qurban di lakukan , terlalu banyak daging qurban yang di agihkan ke rumah-rumah. Ini pengalaman saya sendiri kadang kami terpaksa menolak pemberian qurban kerana terlalu banyak.

Saya bukan pakar, bukan juga agamawan tetapi saya tahu saya juga ada tanggungjawab di atas muka bumi ini untuk membantu saudara-saudara seagama ku walau hanya sebesar benih. Saya sedar setiap harta saya di dalam nya juga ALLAH sediakan untuk mereka yang memerlukan.

Salah satu hikmah Qurban :

ibadah korban lebih baik daripada sedekah dengan wang yang sama nilai dengan haiwan korban. Ibnul Qayyim rhm berkata, “Penyembelihan yang dilakukan di waktu mulia lebih afdal daripada sedekah senilai penyembelihan tersebut. Oleh kerananya jika seseorang bersedekah untuk menggantikan kewajiban penyembelihan pada manasik tamattu’ dan qiron meskipun dengan sedekah yang bernilai berlipat ganda, tentu tidak bisa menyamai keutamaan udhiyah.” (Lihat Talkhish Kitab Ahkamil Udhiyah wadz Dzakaah, hal. 11-12 dan Sahih Fiqh Sunnah, 2: 379.)

Melihat kepada besar faedah dan manfaat kepada orang yang menunaikan ibadah korban, maka selayaknya setiap Muslim berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakannya setiap tahun. Sebilangan ulama’ menyatakan ianya sebagai wajib, namun alam mazhab Syafi’i ia merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut.

Syaikh Muhammad Al Amin Asy Syinqithi mengatakan, “Janganlah meninggalkan ibadah korban jika seseorang mampu untuk menunaikannya. Kerana Nabi saw sendiri memerintahkan, “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu.” Selayaknya bagi mereka yang mampu agar tidak meninggalkan korban. Kerana dengan korban akan lebih menenangkan hati dan melepaskan tanggungan.” (Adwa-ul Bayan fii Iidhohil Qur’an bil Qur’an, hal. 1120, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah Beirut, cetakan kedua, tahun 2006)


Untuk mendapatkan borang qurban berikan email anda untuk saya emailkan:



Ustaz Abdul Salam juga ada mengadakan Program qurban sambil melawat






FeedaHMD - 

Berkongsi pada yang perlu..
Bantu bila mahu..
Ikhlas kena tahu..
Redha ilahi itu lah jalan di tuju.


Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?