Ibadah Qurban di bumi Palestin 1436H/2015

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai ibadah qurban. Bukan untuk menunjuk tetapi lebih kepada berkongsi maklumat untuk menyalurkan bantuan secara selamat dan in shaa Allah sampai. Selain dari Kemboja iaitu bersama ustaz Yahya kali ini di kongsikan satu lagi insan mulia yang mempertaruhkan nyawanya di bumi Gaza hanya mencari redha Allah. 


Alhamdullilah di dalam hati sedikit gusar bila tarikh untuk berjumpa specialist yang di sarankan oleh doktor sekaligus mengenal pasti apakah sakit yang aku hidapi. Merbahayakah? . Di duga dengan Kemiskinan kesihatan yang membuat aku sedikit murung.Tiba-tiba seorang rakan sepejabat bercerita mengenai niat beliau untuk membuat qurban di tanah palestin. Sukar mencukupkan 7 bahagian kerana harga lembu seekor yang boleh di katakan mahal.


Harga tertera adalah dalam matawang USD


Masya Allah mahalnya. Namun semua itu ada alasannya. Negara yang tertindas dan semua pintu kemudahan dari negara jiran banyak yang tertutup rapat dengan tembok yang kalis suara. Tangisan dan rintihan yang di tulikan. Berjual beli dengan orang-orang yahudi yang umpama lintah yang terus menghisap darah sehingga kenyang. Hatiku menangis. 

Aku katakan kepadanya jika kekurangan 1 atau 2 bahagian bawalah aku, in shaa Allah aku mahu kali ini. Demi rakyat Palestin. Membantu dengan senjata aku tak mampu. Menjadi sukarelawan di sana juga aku tak mampu. Selama ini hanya doa pada setiap kali sujud terakhir solatku. Memang tidak di sangka  Allah telah menulis yang satu hari akan dapat membuat qurban di bumi Palestin. Aku bersyukur Ya Allah.

Saya berikan cadangan untuk membeli unta kerana harga sedikit murah. Di kira-kira kasar dalam BND330 setiap seorang. 

Pada hari untuk membuat ujian makmal , rakan sepejabatku menghantar whatsapp mengatakan yang qurban genap 7 bahagian termasuk aku. Syukur ya Allah.hari itu juga aku masukkan duit dan selebihnya di uruskan oleh rakan sepejabat.

Pada hari ahad 27/09/15 , rakan aku menghantar gambar-gambar yang membuat aku menangis. Ya Allah terimalah qurban kami ini ya Allah. 

Sekali lagi aku menangis bila di khabarkan duit bahagian kami ada lebih dan di salurkan untuk membaiki pintu masjid al-aqsa..

Menangis bersyukur kerana dapat juga membantu walau hanya secebis bantuan di bumi Palestin.



(Nama yang lain di kaburkan kerana tidak meminta izin dari mereka)


Alhamdullilah ..

Proses menimbang dan pengagihan


Alhamdullilah. Tersentuh hati melihat wajah-wajah anak-anak Palestin.







Kalau ingin menghulurkan bantuan, boleh lah hubungi Abdillah Onim yang memang boleh di percayai. In shaa Allah sampai. 




Antara post yang di kongsikan beliau :
Bantuan-bantuan dari jiran kita Indonesia. Alhamdullilah.





Antara link mengenai qurban dan aqiqah yang amat jelas dan mudah di fahami : http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/?page_id=2




FeedaHMD- #supportGaza




Nota tambahan: Alhamdullilah keputusan makmal mengatakan yang penyakitku bukan cancer.Satu penyakit yang di takuti ramai. Syukur Alhamdullilah.Walaupun berkemungkinan akan menjalani pembedahan namun aku sudah cukup bersyukur. Nikmat Allah yang aku masih bernafas. Kaki dan tangan yang masih mampu bergerak dan berusaha. 

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016