Kerna Alhamdullilah Aku Bahagia


Ramai yang kata “ wanita tanpa badan yang cantik, wajah yang jelita umpama hidup tak sempurna. Jika rupa paras cantik pasti bahagia” . Betul ke?

Ramai yang kata “ wanita kalau tak kawin hidup belum sempurna. Jika sudah ada pasangan pasti bahagia”. Betul ke?

Ramai yang kata “Wanita Kalau tak ada anak  hidup belum cukup sempurna. Kalau rumahtangga di berikan zuriat baru lah bahagia” .Betul ke?

Berjuta wanita yang badan cantek, rupa paras yang indah tetap rasa tak sempurna . Banyak model-model dan bintang-bintang terkemuka membunuh diri kerana tiada merasa kebahagiaan.




 

Berjuta wanita yang telah berumah tangga tetap merasa tidak bahagia dan rasa tak sempurna.Setiap hari ramai wanita yang telah berumahtangga memfailkan permohonan cerai kerana menjadi mangsa dera suami sendiri dan tidak kurang juga yang memilih kehidupan suami keluar pintu depan isteri keluar pintu belakang.



Berjuta wanita yang melahir kan ramai zuriat juga merasa hidup seperti dalam neraka dan tidak mengecapi bahagianya bila menangis setiap malam mengenang nasib suami tiada kompromi dalam menjaga anak di malam hari, atau membantu kerja rumah ketika dalam pantang , atau suami tetap pasang lain walau anak bersusun bantal. Mana kata orang kalau nak suami lekat di rumah usahakan lah untuk ada zuriat.



Bila mengunakan kayu yang salah untuk mengukur jangan salahkan takdir kerna tak bahagia.
 
Kerna Alhamdullilah aku bahagia..
Walau  tiada rupa paras yang cantik dan tidak sempurna.
 
Kerna Alhamdullilah aku bahagia…
Walau aku juga dulunya seorang Andalusia namun aku tidak merasakan diriku tidak sempurna.
 
Kerna Alhamdullilah aku bahagia…
Walau  di uji ALLAH belum atau mungkin tidak bakalan mempunyai seorang zuriat.
 
Jangan jadikan sesuatu yang sementara sebagai kayu ukur untuk bahagia. 
 
FeedaHMD

Bahagianya kita bila 

iman dan takwa dapat di pelihara ,

Akhirat dan syurga sebagai matlamat,

Redha dan sabar untuk mengecapi nikmatnya,

Yakin dan Percaya bahawa segala ujian adalah mendidik dan membimbing kearah yang lebih baik


ITU LAH KAYU PENGUKUR untuk merasa bahagia.
 
*Tiada sisi yang sempurna kerana kita semua manusia biasa.

Comments

  1. Tiada manusia yg perfect pun. Sebab tue kita saling memerlukan. Boleh jadi kekurangan kita itu tanda Allah sayang. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya Allah betul tu sis... ni pun sebenarnya lebih kepada muhasabah diri sendiri untuk tidak mengunakan katu pengukur yang salah (benchmarking)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016