Project Nurkaseh berhari raya
Entry yang lambat di publish angkara terlupa. Hihihi
Alhamdullilah raya yang lepas kami berkesempatan untuk menyambut aidil fitri bersama penerima "box of joy" kami .
Text ucapan untuk Program : Raikan Kaseh Syawal Bersama Anak-anak yatim dan Insan-insan yang kurang berkemampuan
Bismillahirrahmaniraahim..
Assalamualaikum dan selamat hari raya kepada semua hadirin hadirat sekalian yang hadir.
Syukur Alhamdullilah di izinkan ALLAH di berikan rezeki maka dapatlah kami Project NurKaseh membuat majlis sambutan Hari Raya buat pertama kalinya bersama anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan.DI izinkan ALLAH untuk berkongsi rezeki sekaligus merapatkan ukhwah.
Terima kasih terlebih dahulu kepada Tuan Rumah iaitu Awg. Hj Matzin bin Hj Ishak kerana sudi mengizinkan kami mengadakan majlis ini di rumah abiskita dan kami mendoakan semoga rumah ini sentiasa di berikan rezeki yang berkah dan kesihatan yang baik kepada penghuni-penghuninya oleh ALLAH . Aamiin Yarabbal alamin.
Kepada awang Omardani Hj Jaya, terima kasih yang tidak terhingga satu-satunya sahabat yang sudah seperti keluarga yang telah menjadi salah seorang team kami dalam menjalankan Project ini sedari awal ia di tubuhkan. Doa kami semoga di berikan kesihatan yang baik dan usia yang penuh berkah. Aamiin Yarabbal alamiin.
Terima kasih juga kepada tangan-tangan kanan yang di atas yang tidak pernah putus menghulurkan sedekah dan bantuan samada dari segi kewangan, material mahupun tenaga kepada kami agar terus bergerak menyampaikan amanah-amanah itu kepada insan-insan yang di uji allah dengan kesukaran hidup demi mencari redha ALLAH. Kami hanya mampu mendoakan abiskita semua agar di suburkan lagi rezeki oleh ALLAH , di permudahkan segala urusan sebagaimana abiskita mempermudahkan orang-orang yang memerlukan dan di berikan ketenangan jiwa dan usia yang penuh Rahmat. Aamiin yarabbal alamiin. Seperti hari ini tanpa mereka ianya tidak lah dapat di jayakan semeriah ini. Terima kasih banyak pada semua.
Sekalong kasih, setaman syukur kami panjatkan kepada 2 insan yang paling istimewa bagi kami kerana tanpa didikan kedua orang tua kami , mungkin project NurKaseh tidak akan ujud. Di ajar sedari kecil agar selalu memberi walau sebungkus nasi di bahagi dua.Dapat merasa Kelapangan jiwa dalam berkongsi rezeki. DI ajarkan juga memberi sedekah itu sesuatu yang melapangkan bukan sesuatu yang membebankan. Semakin banyak kita memberi semakin banyak nikmat yang kita akan rasakan. Sedekah juga umpama vitamin kepada rohani. In Shaa ALLAH.
Daripada Abu Hurairah RA: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lalu Baginda bersabda: “Berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” (HR Ahmad)
Kami adik beradik umpama buluh serumpun.. menyimpan air tak kan kontang walau kemarau.. bersama teguh walau di tiup ribut dan badai. In shaa ALLAH. Demi redha ALLAH akan kami teruskan perjuangan. Memberi dan meringankan sedikit kesusahan mereka. Membantu insan-insan yang di timpa musibah adalah Fardhu Kifayah maka jangan tanyakan mana yang lain tak membantu tapi tanyakan diri sendiri “ sudah kah aku membantu?” .
Sekali lagi kami Project NurKaseh
Hjh Adiah Hj Mohamed Daud , suami dan anak-anak.
Alizah Hj Mohamed Daud dan suami
Hjh Faeza Hj Mohamed Daud suami dan anak-anak
Ruziah Hj Mohamed Daud dan anak
Faridah Hj Mohamed Daud dan suami
Doa kan kami agar kami dapat terus bergerak memberikan sedikit keceriaan kepada insan-insan yang telah di uji ALLAH melalui kesempitan harta.Setiap ujian itu ada hikmahnya. Terus lah berusaha jangan hanya duduk redha. In shaa ALLAH setiap usaha pasti akan ada hasilnya.
Sebelum saya mengundurkan diri marilah kita renungkan hadith ini :
“Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa.” (QS Al-Baqarah: 177)
Kepada yang sering menghulurkan bantuan kami susun sepuluh jari jika ada kata-kata kami menyingung abiskita atau terguris di masa kitani berurusan ada yang tidak tersenghaja kerana kami hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.
Kepada penerima-penerima “box of joy” maafkan kami jika ada ketelanjuran tingkah laku dalam pada menghantarkan amanah-amanah orang ramai atau nasihat-nasihat kami yang boleh menguriskan perasaan abiskita. Maaf kan kami .
Maka dengan ini izinkan saya menutup bicara dengan Assalamualaikum.. dan selamat Hari Raya
Selepas doa dan sepatah dua kata , majlis di teruskan dengan pemberian sumbangan mangsa ribut dan rumah rubuh baru-baru ini. Di ikuti dengan menyampaikan duitraya kepada anak-anak yatim dan orang-orang bekeperluan khas.Di ikuti dengan permainan-permainan semata-mata untukmenceriakan hadirin.
![]() |
Anak-anak kami juga turut serta di dalam permainan ini. Bakkata pepatah melentur buluh biar lah dari rebung. Agar anak-anak kami boleh menjadi pelapis untuk Projek kecil kami ini.
|
![]() |
Anak-anak yang hadir tersenyum gembira mendapat hadiah. |
Kami mahu sama-sama merasakan kasih dan sayang.Merapatkan ukhwah tanpa ada rasa tersisih bila mana anak-anak ini membesar dengan positif dan tinggi harapan kami agar mereka rasa di sayangi dan sekaligus memberi semangat kepada mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada kedua ibu bapamereka dan Negara. In shaa ALLAH
![]() |
Di majlis yang sama , kami juga telah menyampaikansumbangan orang ramai kepada Awang Omar Ali Abdullah sebanyak BND300. |
FeedaHMD- Semoga sentiasa di murahkan rezeki agar dapat terus membantu dalam mencari redha Allah.
Comments
Post a Comment