Happy Anniversary to mak & bapa

ibu.. Engkaulah ratu hatiku seringkali membuatku tertawa kala waktu aku menangisi akan sesuatu ayah.. Engkaulah wira bagiku seringkali aku rasa tewas di dunia ini.. Kau berikan ku kekuatan dgn pelukan mu aku lahir dari keluarga yang serba kekurangan tetapi dengan kasih sayang ayah dan ibu aku rasa aku ada segalanya. Pada usia 36 tahun ini,masih tergambar di sudut memori.. Ayah mengayuh basikal meredah hujan untuk menjemputku balik dari sekolah. Di mana aku? Mengikut pamanku sebab dia takut aku basah dan demam.Aku naik kereta pamanku namun hatiku gusar.. Di rumah ku nanti ayah di depan jendela.bunyi hujan menimpa atap zinc membuatku semakin risau.dari jauh aku nampak ayahku mengayuh basikal dalam hujan.. Aku berjanji biarlah aku basah dan demam lain kali.. Masih jelas di ruang mata ibu memukulku kerana tidak mahu pergi ke sekolah..ibu marah sangat waktu itu.. Di capai satu2nya kasut yang mahal dan cantek bagiku kala itu..zapp di cincang halus k...