Happy Anniversary to mak & bapa
ibu..
Engkaulah ratu hatiku
seringkali membuatku tertawa kala waktu aku menangisi akan sesuatu
ayah..
Engkaulah wira bagiku
seringkali aku rasa tewas di dunia ini..
Kau berikan ku kekuatan dgn pelukan mu
aku lahir dari keluarga yang serba kekurangan tetapi dengan kasih sayang ayah dan ibu aku rasa aku ada segalanya.
Pada usia 36 tahun ini,masih tergambar di sudut memori..
Ayah mengayuh basikal meredah hujan untuk menjemputku balik dari sekolah.
Di mana aku? Mengikut pamanku sebab dia takut aku basah dan demam.Aku naik kereta pamanku namun hatiku gusar..
Di rumah ku nanti ayah di depan jendela.bunyi hujan menimpa atap zinc membuatku semakin risau.dari jauh aku nampak ayahku mengayuh basikal dalam hujan..
Aku berjanji biarlah aku basah dan demam lain kali..
Masih jelas di ruang mata ibu memukulku kerana tidak mahu pergi ke sekolah..ibu marah sangat waktu itu.. Di capai satu2nya kasut yang mahal dan cantek bagiku kala itu..zapp di cincang halus kasut itu.Aku terdengar ayah dan ibu bertentangan pendapat..aku nampak airmata keduanya..
Sejak itu aku berjanji untuk selalu rajin belajar..
Di sekolah aku sering di ejek rakan-rakan bila mereka nampak aku jualan kueh setiap minggu membantu kedua orang tua ku..
Ibu dan ayah akan hiburkan hatiku..belajar banar2 lai..itu kata ayahku
eboh duli cakap orang.bukan sidak bg kita makan..itu kata ibuku..
Aku bukanlah pelajar yang terbaik..aku juga bukan berjawatan tinggi..tapi aku bangga dengan kekuatan dan semangat serta pekerjaan ini untuk mu ayah..
Untukmu ibu..
Aku tahu..walau ku bawa kedua orang tuaku sampai ke hujung dunia..wang belanja setiap bulan atau hadiah2 duniawi..
Semua itu tidak pernah dapat membalas jasa dan budi..
Ibu,engkaulah ratu hatiku
ayah,engkau lah wira ku
♥ hpy anniversary to both of u ♥
Comments
Post a Comment