My travelogue - Terengganu on my 3rd Wedding Anniversary

On my wedding anniversary kali ni suami saya nak kelainan sikit. Mula dia hadiahkan ipadmini. Wah tersenyum lebar bila masuk kereta ada satu hadiah berbungkus cantek. Thank you hubby.


Well, lepas tu dia bagitau nak pergi vacation tak jauh just malaysia je. Bila di tanya actually dia memang belum decide. So this time biar lah suprise. He arranged everything.

Ok ipad mini dah ada.. So i decided nak buat log for this trip. Hadiah untuk suami saya pulak. I am not a blogger yet or writer tapi teringin la jugak nak buat tau.Excited ni :))

Since it was last minutes and dengan kekangan kerja , my husband decided to accept apa saja yg menepati time we set by the travel agency. End up pergi pakai Airasia. Tak kesah sangat sebenarnya yang kesah nya our seat tu tak sama. Agent tak booking seat awal dan tak booking makan untuk flight Airasia. Hmmmm

Bermulanya catatan perjalanan kami:

HARI PERTAMA

6/6/2013,

Seat number tak sama.hmmmm.. Whats next?

My husband try to negotiate dengan orang yang duduk next to me.
Ok alhamdullilah dah boleh swap seat or else part pertama yg FAILED :)

Since this is airasia and thought everything being arrange. Kelaparan tahap maxima.buying food in here is super VIP price even its just a cup of maggi mee and a cup of hot coffee (the 3 in 1) that cost us like drinking coffee latte at deli france. So to those travelling pakai AA ni orang tak kesah keluar duit banyak sebenarnya :p (statement penyedap hati)


9:55am.
As their policy, Airasia will serve those yang dah buat online booking for the foods. Tau kan betapa lambatnya serving process tu sebab the cabin crew kena check cari nama etc? For us yg tak ada booking online menahan lapar yang teramat. Ayak gastrik dah mai.

10:26am
Ok memandangkan seat jauh kat belakang end up sure tak merasa la makan nasi lemak Pak Nasser tu. cuma tinggal green curry rice. Bantai je la..

                            30min after : Alhamdullilah kenyang.

11:16am
Sepatutnya landing pukul 11.30am now terpaksa lah ronda2 atas awan until 11.50am baru mendarat.

In between:
Arrived dalam 11.50am so got no time to update.

Terasa nak "refresh" masuk toilet sekejap.Well hmmmm toilet LCCT ni amat la kotornya. (Siapa yang harus di persalahkan? LCCT ke atau ada manusia-manusia yang tidak menghargai kemudahan yang telah di berikan? ). Tissue piling up atas tong sampah dan lantai. Bau dia boleh tahan gak. End up ku rasa nak terkucil ku tahan jebat. Memang ku tak rela. Bukan sombong but this is me. Part toilet memang cerewet.

In between : my husband bagitau naik bas pergi kl central. Ni memang tak pernah for me. Ok ikut je huhuhu. Berjalan tak lah jauh sangat tapi peluh dah macam lari pecut. Memang patut pun bila ashik duduk dalam bilik aircond. Padan muka aku.






















13:02pm, Dalam bas ke kl central.Memang cukup berlainan trip kali ni. Adoyaiiii

13:31pm
Still in the bus.Kaki kebas lengan lemas ..sempitnya seat dengan badan size insan terpileh macam me & my hubby ni.


In between:
Setiba kat KL sentral (for my very first time) , alamak menarik bag naik ke atas pulak. Huhuhu oh suamiku aku cinta pada mu. Demi cinta ku pada mu ku turuti lah jugak menarik bag ni dari bas ke dalam KL sentral.Nampaknya hari ni merupakan hari menarik bag sedunia. :p


Dah penat berjalan dan menarik beg so kita singgah la makan nugget dulu kat Burger King while waiting my sister in law yang masih on the way. Suddenly ada gadis cina comel dan muda bagi sekeping nota.Kat atas sekali dia explain yang dia bisu. Tak ingat sangat full sentences dalam note tu tapi maksud dalam note tu minta tolong beli kraftangan mereka for good cause. RM10 each so saya ambil la satu. :)



cantek dan halus buatannya..










20:17pm
Baru berpeluang nak update.

Checked in kat hotel Putra kl. why here? Dekat teramat dengan mama (my mother in law) dan kak cik. At least dapat jugak spend time with my mother in law walau sekejap. Malam ni plan nak pergi bawa mak mertua makan satay kajang. Yippeeee

sampai kat hotel, suami buat arrangement taxi untuk ke Subang airport. Esok dalam pukul 4.30am -5am dah nak gerak dari hotel. Hubbbbbyyy!!!! Ngantukkkkkk....


HARI KEDUA

07/06/2013, 6:45am
Bangun seawal pukul 4am .. Belum pukul 6am dah sampai subang airport. Now dah kat departure hall. Soon to Terengganu.My husband since dari Brunei lagi ashik buli nak masuk hutan la ada pacat la, insects la huhuhu tekanan tau.. Takuttttttt



7:54am
Dah berlepas. Tertidor sekejap. Alamak tak sempat nak ambil gambar Genting Highland from view atas ni..

8:01am
Ok gak firefly ni atleast ada makan n air free :p
Kacang atau marble cake dan apple juice or soya.








8:29am
Landed :)
                                        Airport Terengganu yang unik

09:28am
Dalam taxi dalam perjalanan ke destinasi . Terus terang menjejakkan kaki di bumi Terengganu ni terasa kelainannya. Seperti kat Brunei. Tenang yang lahir dari hati. Sepanjang perjalanan banyak jugak nampak masjid dan terdengar seperti ada ceramah kat madrasah di corong speaker masjid. Alhamdullilah. Pakcik taxi cakap tu kuliah ugama setiap hari jumaat. Sama macam kat Brunei. Terasa jatuh hati pandang pertama.
   masjid pertama yang saya nampak setibanya di Terengganu

10:18am
Sampai hotel. Huhuhu masa taxi masok memang masok hutan. Teringat apa yang hubby buli pasal tido dalam hutan i diam je. Zikir x henti ni hahahaha... Hubby boleh tahan juga buli ek..

                  Sampai di perkarangan hotel

Huhuhu terharu, excited dan jatuh cinta lagi ..LOL waseyyyy

Well thank you sayang for this anniversary gift. Terharu sangat.
Hotel yang awesome.Masa arrival gong di bunyi kan sekali by the hotel crew bermaksud "Selamat Datang".
Seni kemelayuan di hotel ni terasa macam saya adalah seorang permaisuri di kurun ke 14 :p nak kata bagai puteri umur dah telajak nak berangan macam tu.. Hahahh

Beautiful and speechless

           Tanjung Jara Resort and SPA Village

                        Room Interior - yang awesome

Bilik yang romantik dan tenang. Mendengar hanya bunyi deruan ombak dan unggas. Masya Allah sungguh tenang. Dalam bilik tak ada wifi tau :p . Intention ofcourse la untuk menikmati dan menghargai masa. Dengan dunia sekarang ni terkadang suami duduk sebelah isteri sebelah tapi tak bercakap.Masing-masing menghadap ipad, laptop or handphone. :)

Err... Tapi since nak update and nak contact family mengunakan whatsapp (budget sikit) so my husband decided amik package yg ni...... :p




dapat di gunakan kemana pun kami pergi dalam Terengganu. Sewa pada harga RM50/day












                Sesi mengambar suasana bilik.Huhuhu

Some people dont understand women. Bukan show off tapi tu la perempuan suka nak share benda yang cantek.Tak baik tau buruk sangka.Berdosa :)

              ruang kamar mandi yang relax dan luas

Ok since masih penat sebab bangun awal pagi dan perjalanan yang jauh ...rehat sebentar sambil menunggu petang untuk jalan-jalan di kawasan resort dan pantai :)






18:00pm
       Ready nak ronda-ronda












18:12pm
Berjalan di persisiran pantai mendengar deruan ombak.Rasanya agak lama jugak tak keluar dating berdua macam ni. best la pulak.


 wow siapa la yang romantik ni..
 Jeles la pulak. Ni untuk dinner.later nak jadi spy siapakah gerangan yang dinner kat sini

Nak ronda-ronda kawasan resort pulak sebelum back to the beach for sunset :)

            SPA village - masuk sahaja dah terasa ketenangannya

              Andainya ada buaian ni kat halaman rumah sendiri sure best

                                  buai la buai la :)

cinema under the star .. Ni la tempat dating malam ni . Wishlist : kalau la dapat buat macam ni dekat halaman rumah ;)

     Jalan punya jalan end up jumpa a good spot.Menanti sunset . A nice spot. Suamiku ..... I luv you
                 cantek kan?







while waiting for sunset, I buat log and suami main game . Romantik ke? LOL


    Ok, kejap lagi nak magrib so we walked along the beach to our resort... Damaiiii


my husband knows that saya suka sangat tengok sunset dan sunrise so dia hadiahkan penginapan di tepi pantai. Ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Masya Allah


         walked along the beach -holding hand in hand ;)


             haaa tu la gerangan yang romantis sedang tunggu isteri dia :)



                Di atas sungei Restaurant


20:14pm
Masih menunggu dinner .. Nampaknya akan termiss tgok wayang under the stars malam ni. .makanan nya lama sangat.nasib la kat restauran atas sungei ni suasananya yg tenang di iringi bunyi paluan gamelan yg gemalai meleka kan perut yang dah berbunyi.

20:23pm
Hmmm from 7.45pm until now masih menunggu..mmg confirm tak sempat tengok wayang bawah bintang ni. Esok je la :)

Alhamdullilah.. Makanan yang sedap. Rasa yang cukup sempurna (hahahha comment ala juri master chef la pulak)

20:53pm
Alhamdullilah baru selesai dinner.

21:15pm
Memandangkan makanan lambat tadi nak tunggu bill lambat now nak ready nak pergi tengok penyu teloq hihihi

RM150/head for turtle watching

21:32pm
Ok off to turtle watching now -kerteh

22:04pm
Seram nya abang ni bawa van siap langgar lampu merah. Adoyaii

22:10pm
Sampai.keluar van terpaksa berbisik.jalan pula kena slow. Meminimise kan bunyi seboleh mungkin..huhuhu susah jugak. Mata ni dah la rabun.

22:16pm
Alamak lampu mesti tutup or else distraction to penyu end up takut penyu tak nak naik

In between- ni terpaksa update masa dah boleh ada cahaya a.k.a bila penyu dah mamai lepas betelur. Sebab masa masok kawasan penyu teloq satu cahaya pun tak boleh. Reasons takut penyu-penyu tak jadi nak mendarat or yg sedang mengali tu balik ke laut.gelap..abg ni boleh tahan dia drive dalam kawasan gelap

Dalam menunggu, kedengaran bunyi pasir di baling2 and whistling. Nak tengok tak nampak sangat. So sabar menanti. Dalam beberapa minit after that kelihatan si "penjaga" penyu turun ke pantai. Dalam 2 meter dari penyu. Dia pun macam penyu.Korek-korek pasir lama jugak. Bila dia dah stop doing that slowly nampak dia merangkak meniarap beringsot hahaha entah nak pakai perkataan apa. Macam joo on la mendekati penyu tu.

After a while of waiting probably 30min or more the "gurdian" bg signal lampu merah menandakan penyu dah start bertelur. Boleh dtg dekat.

So, dia cuma bagi torchlight satu and kita boleh tengok sendiri dan tangkap gambar (no flash).


menimbus telur dengan pasir. (Telur telah di keluarkan awal by the workers..huhuhu Tipah tertipu)






  hasil menunggu berjam-jam







                     half concious selepas bertelur

23:13pm
Baru selesai betelur. A green turtle ( the 2nd largest)
Penyu akan separa sedar dalam sejam selepas bertelur. Masa ni we can touch, take pictures etc. Nampak atas shell turtle tu dah tumbuh batu karang or probably siput ke apa ke. Rupanya its parasite, and bila dgr perkataan cacing satu badan rasa meremang. That parasite can kill the turtle within 2yrs time dari sekarang or earlier . Kesiannya. So lama jugak tengok pekerja kat sana membersihkan shell turtle tu. (hubby bagitau nampak cacing-cacing tu warna putih dan panjang mcm anak-anak ular..eeeee nak pegang penyu terus tak jadi.Meremang bulu sampai rambut rasa berdiri)


Nampak tak ada macam karang tumbuh kat shell dia? Tu la prasite yang boleh membunuh penyu dalam jangka masa 1 tahun - 2 tahun

membuang parasit yang melekat pada penyu di masa dia tengah half concious for about an hour after betelur


    ni la rupanya bila selesai di bersihkan





di dalam kulit seperti cengkerang ni la prasit tu tinggal

                     snap pix suami dan penyu :)



Info yg di terangkan :
1.Covering the body with sands to lowering down the body temperature before she can swim back to the sea... Masa ni berdiri dekat belakang turtle saja nak rasa kekuatan turtle tu. simbahan pasir tu kuat jugak. Excited tau

2.For the first time green turtle bertelur dalam 140 biji. After 9 days to 12 days later she will come again. Betelur lagi tapi dalam quantity yg berkurangan.Bila jumlah telur less than 70 biji itu menandakan penyu dah tak naik lagi sbb tu adalah the last. ( nanti google setiap berapa tahun penyu betelur lagi)

3.Conservation centre terengganu- dulu release anak2 turtle waktu siang tapi jumlah untuk survive terlalu rendah. Ratio 1:1000 so now tukar stratergy melepaskan pada waktu malam.

23:27pm
Dah berpusing2 dah penyu ni.sambil menyimbah2 pasir ke badan dan at the same time menimbus lubang.


23:35pm
Off to hatchery

Info : telur penyu menetas dalam 40 - 45 hari


di tandakan telur-telur penyu sebagai indikasi sudah berapa usia telur-telur penyu






23:43pm
Info : Tahukah anda si ibu penyu boleh plan sama ada anak-anak yang bakal menetas tu female or male.
How? Digging a wide and big hole means the mother turtle plan for male turtles and shallow hole for male :)

Subhanaalah.. Itulah uniknya ciptaan Allah


Info tambahan:
Giant leatherback turtle the largest turtle travel over the world. Dulu kerajaan mengeluarkan peruntuksn untuk project pemeliharaan giant leatherback turtle. Tapi memandangkan nature turtle spesis ni macam nomad (travel all over the world) amat susah jugak nak menyelamatkan,so now peruntukan tu untuk penyu seperti the green turtle pulak :)

0:37am
Baru sampai hotel. Wow lama juga.Letih yang teramat. Selesai mandi mata segar kembali.

Terfikir sejenak.. Kesihan jugak dengan penyu ni. Spisis yang hampir pupus di sebabkan ancaman 360degrees.

Bila bertelur.
1. Telurnya samada di makan pemangsa lain seperti biawak dan tidak kurang juga kita , manusia :(
2. Bila bertelur anak-anaknya jugak dalam ancaman. Sama ada by predators atau burung helang.
3.perasit
4.ancaman di dasar laut dari hasil buatan manusia - nets ,plastics and many more  :(

Rasanya, lepas ni tak nak makan telur penyu lagi lah :(


Parang di letak terikat di sisip,
pergi ke sungai menangkap kekutu;
Menangis si penyu mengenang nasib,
akan terpupus sebelum waktu.....

Anak seluang masuk ke bubu,
bubu di ikat di tepi batu;
wahai anakku sedihnya ibu,
dalam seribu hidupnya satu..

*bila hati ku berbicara - Feedah *


Tapi kata abang guide yang bawa kita tu kan, Mak mana yang sanggup jaga anak beratus. Penyu tu lari tinggalkan anak-anak dia kat pantai sebab tak mampu nak menyara anak yang terlalu ramai. Hihihihi

2:00am
Hybernating


HARI KE TIGA

08/6/2013 6:36am
Niat nak tengok sunrise terbantut kerana suamiku ......... :)

    10:36am -breakfast

Plan nak jalan-jalan pergi market arrange by the hotel. Alamak terlepas la pulak. The group dah jalan hmmmm

Sekali lagi terpukau dengan kesedapan makanan yang di sajikan..my husband end up makan nasi dagang sampai 3 bungkus sekali. Nasi lemak pun sodap. There goes our diet hhhahaha.. Diet ke?

12:02pm
Nothing much as of today .. Enjoying the room... Rehat due to masih kepenatan lepas tengok penyu semalam

13:26pm
Off to dungun. Jalan-jalan nak tengok Dungun. Cuaca teramat la panas. Tak tau la samada cuaca memang panas atau saya yang tak terbiasa dengan keadaan panas ni. Peluh mencurah curah baju basah tudung basah. Boleh tahan macam kat sauna.

Cuaca panas skin yg sensetive.. Jerawat yg jarang nak keluar dah mula menujukkan cahaya berlian nya. Adoiiyai. Balik ni terpaksa buat treatment balik.

On the way back to the resort, abang taxi bawa drive masuk dalam bekas terowong keretapi
drived thru former train tunnel used to transporting iron from Bukit Besi to Dungun..


15:47pm
Rehat..kaki sakit dan cuaca yang panas buat cepat penat.

19:52pm
Memandangkan trip kali ni suami saya kata trip lasak ( for me sebab terlalu keperempuanan dan puteri lilin) so bawa sport shoes je. Nak pakai long gown malam ni hmmm pakai apa ek?






                                             TADAAAAA...slipper resort :))







Kejap lagi nak dating pergi cinema under the star. Romantik la jugak. Tapi cerita transformer 1..hihihi ah takpe janji dpt spend time with my husband . Betul tak.


Tak habis tengok wayang kita decided jalan-jalan kawasan resort saja
Ni la kerja nya bila berdua , suami snap my pic and saya snap pic suami ... adoyaiii




ololo main hide and seek la plak..







                                       Good night ;)







HARI KE EMPAT

09/06/2013
Last day in Terengganu. My husband and i pagi-pagi before pukul 7 dah pegi main kat pantai.

Sebenarnya, percutian kali ni amat jauh berbeza. Memang finetune habis istri dia ni but perkataan menyakat yg saya suka gunakan adalah "torturing". Memang senghaja nak pakai ayat ni dari awal sebelum percutian sebab saya tau towards the end of this gateaway saya kena la bg credit to my husband kan? So kena la kutuk2 sayang sikit or else tak best la penutup penulisan ni. Sorry hubby , tau ada yg terkecil hati and am sorry for that.(tak percaya tengok la post-post kat FB dia)
    my husband tengah main air laut yang dingin



09:30am
                        breakfast terakhir di Atas Sungei Restaurant..


10:30am : Checked out


gong di bunyikan 3 kali masa check-out yang memberi maksud Thank you.Have a pleasant journey.last but not least hope to see you again....



Gonna missed Tanjung Jara Resort. Tempat yang cantek dan tenang.Makanan yang sedap (walau service memang lambat)


11:23pm
Dalam taxi- sembang dengan pakcik taxi pasal penyu kat Rantau Abang yang suatu ketika dulu terkenal dengan penyunya.Kata pakcik tu actually ada 2 batu yang berbentuk penyu satu dalam air dan satu di atas daratan. Tetapi salah satu batu tu yg di daratan terbelah dua apabila satu pokok tumbang.

Eversince tu lah penyu dah tak naik lagi ke rantau abang. Cerita orang-orang kampung tu la kata pakcik taxi. Dulu sebelum batu tu pecah penyu dah naik seawal pukul 5 petang untuk bertelur. Tak takut pun pada manusia, Kata pakcik tu lagi.Pakcik taxi tu bagitau tipu orang tipu la dia hihihi so paham-paham la kan cerita mulut ke mulut kadang ada terkurang tapi ofcourse sure banyak yg terlebihnya. LOL tapi memang best tau dengar2 ceta lagenda/mitos ni sebenarnya. I love history so sebagai peminat sejarah, lagenda dan mitos memang tak boleh di pisahkan.

Dalam pada on the way nak pergi airport pakcik taxi tu sempat la jugak bawa kita tengok masjid Terapong dan Masjid Crystal.


                                      Masjid Terapong, Terengganu




                         Masjid Kristal, Terengganu

                    Masya Allah canteknya masjid-masjid ni....



Selesai melawat kedua masjid pakcik taxi bawa singgah pulak ke NoorArfah Batik :)
Walau saya bukan pengemar batik tapi saya suka tengok kesenian nya.


So done site seeing, now pergi airport. Balik KL and Brunei next day


Sultan Mahmud Airport

 Kesenian melayu yang cantek dan unik boleh di lihat Lapangan Terbang Terengganu


While waiting for boarding ...





 mengendurkan urat yang tegang dan badan yang lenguh :P





Selamat Tinggal Terengganu....


15:25pm
Akan mendarat sebentar lagi.

15:38pm

Landed

Aik ingat landed ke Subang airport, rupanya International Airport.boleh la window shopping lagi.. :)

Ok beli tiket keretapi untuk ke KL sentral. dari sana will pakai taxi pergi hotel.kalau nak tau ni pun first time for me naik keretapi hihihi..
                     16:41pm
                                 Klia express to kl sentral for 28min






              melontar pandangan kosong...








                            me and my handphone - klik klik


KL:

Sampai KL, checked-in kat hotel dulu lepas tu off to SOGO

Nampak seorang orang tua duduk di kaki lima sedang menulis sesuatu, di satu sudut pulak ada insan yang bermain seruling yang merdu dan syahdu.. Ramai jugak yang berkerumun mendengar kesyahduan tiupan seruling. Walau saya juga terpegun mendengar nya hati ini gelisah ingin tahu apakah yang pakcik tua dengan tangan yang mengeletar tu lukis?
masya Allah , indahnya tulisan pakcik ni. Hati ni tiba-tiba sayu.. Airmata mengalir tanpa di undang. Suami saya pun terasa.

*tak larat nak jalan mana-mana lagi so we decided rehat dan tidor awal sebab esok dah nak balik

HARI KE LIMA

10/06/2013, 10:23am
Off to LCCT

14:06pm
Flight delay la pulak..hmmmm

Well thank you for the arrangement. The seat tak di arrange by the travel agency end up suami on the right wing and me on the left wing... I wonder why? Just to balance that flight kot. Dah stop asking me that coz i dont like to talk about this.

15:28pm
Weather tak ok. Plane dah berhentak2. Saya pulak tak duduk sebelah my husband. Takut but ..... :(

15:48pm
17 min lagi nak landing

Alhamdullilah. Sampai ke Brunei Tanah air ku......



Berakhirnya catatan perjalanan kali ini :)

Untuk suamiku:

Terima kasih sayang. As overall this vacation memang banyak meninggalkan kenangan terindah buat istri.tiada kata yang mampu isteri ungkapkan.. I love you so much sayang...


Doa isteri:

Ya Allah, hanya padamu aku bermohon..Berikan lah kesihatan yang sempurna buat suamiku,
Hati yang sentiasa terang dan tenang..
Rezeki yang halal dan penuh berkah..

Ya Allah, berikan lah kami hidup yang harmoni,
Di jauhi dari bala dan fitnah..Ya Allah, berikan lah kami jodoh hingga ke Jannah..

Aamiin Yarabbal Alamiin



Am using my Iphone 4s and ipad for all the pictures- so jika mutu gambar kurang memuas kan.. ehem paham-paham je la

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016