Tips berziarah semasa raya...




Alhamdullilah di anugerahkan Allah kesihatan yang sehat dan di izinkan untuk menyambut ramadhan dan syawal lagi untuk tahun ni.


Di sini saya mohon maaf pada yang mengenali dan salam perkenalan pada yang kawan-kawan yang baru di kenali. Hari ni saya nak share tips untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai agar tiada hati yang terluka dan dosa baru tak bertambah. :)

Orang-orang tua selalu kata orang melayu/timur ni memang kuat menjaga tata susila dan sangat beradab.Yang ni sure dari segi perbuatan kan? Like datang rumah orang kena bagi salam. Hulur tangan pada yang tua kalau boelh cium. Tu memang ajaran ajaran dari dulu lagi hingga la sekarang.

Tau tak yang adab ni bukan hanya pada perbuatan? Peka kah kita percakapan kita juga kena lah beradab. Namun amat menyedihkan terlalu banyak yang kurang sensitive especially bila bertanya. Ok sini antara contoh-contoh yang perlu kita buang dalam masyarakat dan budaya kita.


Contoh soalan sensetive yang orang kita selalu tak perasan:

1. Bila lagi nak kawin?Jangan tunggu lama-lama (kadang2 siap buat lawak paling ngek bagi bagi saya.. " jangan sampai expired"

Hal kawin bukan urusan kamu unless kamu adalah mak bapa kepada tuan rumah.Biar keluarga dia je yang fikirkan.Lagipun tu soal jodoh.Benda yang Allah rahsiakan. Sama macam mati .How if orang soal macam ni pulak atas balasan soalan kamu " bila lagi ko nak mati. Jgn tunggu lama2". Sedap ke tak di dengar?

2. Soalan bila lagi nak beranak? Jangan nanti dah tua dah tak mampu baru nak beranak.
Atau bila lagi nak tambah anak. Tak yah lah nak family planning.

Hebat betul la kamu yang mengutarakan soalan ni. sampai hal dalam kain dan bilik orang pun dia tahu. well, ini bukan urusan kamu. Biar la dia dan suami /isteri dia je yg fikirkan. Tahukah kamu apa masalah pasangan tu?

Sama jugak ni soal rezeki. hanya Allah yang tahu. Kalau soalan macam ni di beri apa kah rasanya ? " bila la ko nak kaya ni , miskin memanjang jangan sampai ke tua pun masih miskin. Tak payah malas-malas la" ( kan sama kan tu soal rezeki)

3. Tiap tahun datang rumah orang tu tiap tahun jugak soalan yang sama di soal. "Kenapa kau makin gemuk ni.tak control makan ke". Tahu kah kamu dia ada masalah dalaman yang orang lain tak tahu? So please jangan speculate. Tak elok.
How if soalan kamu di jawab dengan soalan ni " kenapa lah kau ni hodoh sangat? Walau kau kurus muka ko tak cantek la" .. Apa kah perasaan anda?

4. Bila datang bertandang ke rumah orang yang kawin dengan expatriate siap boleh tanya "berapa gaji laki ko keja kat sini". Allah hu akhbar akak keja income tax ke?atau awak ni nak menyamun ke siap tanya benda-benda macam tu?


Dan banyak lagi yang rasanya perlu di kikis. Jangan rasa kita dah berkahwin , dah ada anak , kerja hebat etc so anda sudah cukup sempurna hingga tidak mengira perasaan orang lain.

So, wahai melayu/orang timur yang suka kata bangsa orang putih ni kurang adab tapi sekurangnya mereka ni beradab dalam bertanya. Fikir2kan la.

Jangan bangga dengan kita melayu sampai tak sedar banyak yang perlu di perbaiki supaya melayu dapat di banggakan.


Putih-putih melati,
Merah-merah delima;
Cakap biar berhati-hati,
Jangan sampai kena buku lima

Ahak!

It's just me

Saya bukan pakar...ini cuma cerita saya

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?