Aku Terima Nikahnya dengan 1 dinar


Selamat datang ke ruangan Sembang Santai Feedah




Aku Terima Nikahnya dengan 1 dinar

Assalamualaikum semua..
Huhuhu comel tak title kali ni? Dah macam novel pulak.

OK kali ni nak sembang sikit pasal nikah  nikah ni. Sekarang kalau ada yang notice tapi tak banyak la . Boleh hitung dengan jari kat Brunei ni mas kawin guna dinar atau dirham.Semua nak duit tunai.
Pernah terfikir tak kenapa ada yang bayar mahar gunakan dirham atau dinar? Pernah kata tak “hmmm lecehnya berapa la sangat 1 dinar” terus tanya orang sebelah berapa harga sekeping dinar. Kebetulan pulak waktu tu harga sekeping dinar di tahap murah. Macam last month di paras BND226 sedangkan kebanyakan di Brunei meletak kan mahar sekitar BND300 ke atas. Wah makin melopong la yang bertanya and cakap “ wahh murah nya mas kawin” .


Ini adalah gambar semasa majlis pernikahan salah seorang rakan dealer Public Gold dari Brunei Encik Hj Hisyam: 
Mahar untuk isteri tercinta  berupa 1 dinar emas 

100 gram jongkong emas juga di jadikan hantaran 


Kecil-kecil burung kedidi,
Burung kedidi merah dadanya;
Kecil-kecil empunya diri;
Tiap tahun naik harganya

* terbaru yang kita baca Artis Fizo Omar menghadiahkan 1kg jongkong emas kepada isterinya . Saya cuma tersenyum dan dalam hati "bijaknya dia". 

Saya ni bukan pakar. Dulu tak tau jugak pasal emas perak ni. Kalau tau awal huh sure la dah mcm lagu duit den betengkek-tengkek tapi tukar lyric jadi “ Emas den bertingkek-tingkek”.. Mengada pulak bunyi statement. Gurau je . Tapi kalau tau pasal emas ni memang saya nak juga mahar di gunakan dinar dari pada cash. Tapi as people kata “never too late” so saya dah tukar kan duit mahar saya kepada emas. Alhamdullilah.

Kenapa Alhamdullilah? Kita bagi contoh simple je k. Kalau mas kawin anda BND300 anda beri 
dengan duit cash. SImpan je kat bank BND300 tu dalam setahun berapa mudarabahnya? Dan kalau 
simpan je kat frame tak pindah2 dari masa nikah sampai la setahun pulak. Lagi la kekal BND300  
betul tak?

OK sini kita cerita pulak pasal Dinar. Kalau beri 1 dinar yang pada bulan tu harga dia BND260 ( kena ingat turunnya harga emas hanya bersifat sementara) .. Kalau simpan dalam frame tak pindah2 dari masa nikah sampai la setahun dia kekal jugak 1 dinar tapi harga dia tetap akan naik dan naik. Tak percaya? Tengok table di bawah ni . Kata orang biar la gambar berbicara.
Harga dinar di atas tu sebenarnya saya ambil masa mengikut seminar dan membaca e-book Encik Hafizul Hakim. So saya Cuma convertkan ke matawang BND mengikut tahun-tahun yang tertera.

Sedikit fakta mengenai dinar emas
Dari sudut Islam 

1. Dinar ada lah matawang Islam yang sebenar . ( Matawang Syariah)
2. Boleh di gunakan sebagai mahar ( Mas kahwin)  kerana dinar ada lah penyimpan nilai sebenar 
berbanding wang kertas

3. Di ungkapkan di dalam Al-quran dan hadith

Dari sudut lain :
1. Kalis inflasi
2. Tidak berkarat
3. Tiada tarikh luput
4. Boleh di gadaikan



Saya bukan pakar....
         Ini cuma cerita saya ....






Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016