Asset vs Liability

Selamat datang ke ruang sembang santai Feedah 
*Emas adalah asset paling kecil dan mampu di miliki siapa pun . Tak percaya? Tanya saya hehehee


Bersua kembali. Hari ni nak sembang sikit pasal trend semasa di mana Liability lebih penting dari asset ( termasok lah kena batang hidung ni jugak.. itu duluuuuu) . Hahahaha ok ok apa-apa pun kita bincang.


Pernah tak ada relatives or friends yang bila sembang-sembang pasal gadget or makan angin or shopping mopping suddenly terkeluar cerita pasal emas. Pernah rasa termenyampah tak? Hahahaha baik mengaku.


Ok pernah jugak tak , semangat berkobar bila baca entry pasal emas dari blog saya ke (ngeh ngeh perasan), or blog pakar-pakar dalam bidang emas dan anda tanamkan dalam hati “ ok gaji bulan ni aku nak mula beli emas”.


Tapi bila gaji dah masuk, buka FB ada online jual handbag, kasut dan baju yang memang di idamkan dan dekat caption “ limited stock” atau “limited edition” end up anda memilih untuk membeli handbag/kasut/baju yang harga bila di total up dalam sekitar BND400. Dapat barang snap masuk IG dengan caption “terbeli ni I can't help it” with hashtag #LIMITEDEDITION dan #ILOVESHOPPING. ( hahahaha I luv doing this too.) Dengan ini terpadam jugak semangat berkobar nak beli emas pada gaji bulan ni dan cakap “ala bila ada duit aku beli la”.


Nampak tak? Nampak tak permainan hati dan mindset kita? Cerita di atas bukan mengutuk atau menyindir sesiapa tau. Itu adalah cerita diri saya sendiri dan saya tau saya normal dan banyak lagi insan-insan normal seperti saya jugak. hahahaha So tak perlu #sentap


Ada juga insan-insan normal macam scenario yang kat bawah ni :

  • Keinginan untuk memiliki handphone canggih macam kawan dia yang dia selalu pinjam dan pegang dan tanya harga balik-balik dan bila pergi kedai akan singgah check if harga dah ada less.
  • At the same time office mate yang tak advance dengan gadget maget ni ada share cerita pasal emas dan bagitau dia memang buat simpanan emas dan dia dealer emas .

Rasa-rasanya dia beli yang mana bila dia dapat gaji? Dia akan kata “tunggu lah harga emas turun lagi baru ku beli. Handphone trend cepat nanti keluar lagi benda baru so before jadi style lama baik ku beli handphone dulu. Sorry friend. You beli dulu la emas tu nanti kalau aku nak beli aku cari la kau”.


From my survey dari kawan-kawan kenapa kita lebih terdorong pada liability more dari pada Asset:


  • Liability tu harta yang di guna setiap hari. Bila ada extra baru beli asset
  • Gaya tu penting. Malu la wey bila staff gaji rendah dari aku tapi handphone /kasut dan gadget dia lagi mahal dari aku.
  • Tengok harga emas makin rendah. Terjamin ke? Baik aku simpan cash kat bank.
  • Muda lagi. Enjoy dulu.
  • Susah la simpan emas. Nanti hilang.
  • Hmm banyak emas susah nak bayar zakat.
  • Tunggu lah bila duit ku bertingkek-tingkek. Duit tak cukup lagi.

Saya ni bukan jawapan pakar ok. Cuma  seorang penyimpan emas kecil-kecilan tetapi consistent.Tahu tak sebenarnya semua jawapan-jawapan di atas tu pernah saya gunakan jugak bagi mengelak/taichi cerita panjang bila orang open up pasal saving and gold. Hehehe

Jawapan saya :
  • Tak kan la beli handphone /handbag/ipad/baju/kasut tiap bulan.Tapi selagi namanya manusia kita memang sering terdorong pada nafsu. Sama macam saya jugak dulu. Beli-beli tapi tak pakai. End up sometimes tak pernah pakai dan masih ada pricetag. Bila fashion dah nak obsolete bila buat garage sale baru kita tau barang yang value dia pernah satu ketika beratus-ratus dollar boleh off sehingga 75%. Tapi ayat memujuk hati supaya tak rasa bersalah , saya katakana” takpa la janji tak rugi 100%. Pernah kasut-kasut yang di beli dengan harga seratus dollar ke atas di simpan di dalam kotak dan end up hanya layak di buang ke sampah sebab rosak sebab tak di pakai. Nyesal tak sudah. Kan lebih elok beli jika perlu. Bukan kedekut tapi being practical. 

  • Part gaya ni saya tak nak jawab. Hahahhaa bak kata orang  “biar papa asal bergaya”


  • Bagi saya secara peribadi, masa harga rendah ni la best nak saving. Dapat jugak la beli emas dengan budget yang rendah. Harga emas ni turunnya bersifat sementara. The more US mencetak duit the more saya yakin pada emas. Dulu saya ada jugak buat saving duit kat bank. Memang betul la duit ni ada pulling aura. Asal tengah bulan je nak korek, asal tengah bulan saja rasa rindu membuak kat duit di bank hahahhaa. Tapi bila saya tukarkan cara simpanan saya kepada emas (simpan duit pun masih untuk emergency purposes.). Rasa sayang pulak nak jual, Sekali gus dah menyelamatkan simpanan saya. Bukan saving duit tak boleh tapi bagi yang cepat rindu pada duit ni kena cari alternatif cara menyimpan. hahahhaha.  "Do not put all the eggs in 1 basket". So jangan kata Feedah bagitau menyimpan duit tu salah. There is no right or wrong ok. Dua-dua ada pro and con nya. Yang pasti disiplin diri tu yang susah. Well, tapi tak mustahil. Betul tak?

  • Sekarang ni apa saja benda yang boleh di jual, termasok baju seluar kat jemuran pun hilang kalau fikir pasal hilang la kan. Rasanya kita tak jemur pun emas tu kat luar atau simpan kat dalam almari cermin untuk display. Right? So morale of the story ,agak-agaknya kalau dah beli emas tu mana you all nak simpan?

  • Kenapa la takut berzakat sedangkan zakat tu pembersih harta yang in syaa ALLAH akan mendatangkan / memurahkan rezeki dan dapat ganjaran pahala sekaligus anda telah meringankan dan membantu insan-insan yang layak menerima zakat. Dapat benefits berganda tanpa anda sedar.

  • Yang ni paling common. Nak tunggu duit bertingkek-tingkek.Sekarang ni orang pendapatan BND5K pun susah nak kumpul duit bertingkek-tingkek kalau tak disiplin dan tidak ada determination. Andai anda tanam disiplin, determination dan consistency dalam menyimpan yes in syaa ALLAH boleh la kot bertingkek-tingkek. As for me kalau nak kira cukup as manusia biasa yang tak kaya ni memang duit gaji saya tak cukup. Tapi di sebabkan keazaman nak menyimpan dan ada target alhamdullilah boleh la berbangga dengan simpanan emas saya yang tak la banyak tingkek nya tapi saya tau value emas saya boleh tahan la jugak. Tak nak cakap la nanti timbul riak pulak. Nauzubillah


Rumusannya? Beli liability tu tak salah. Tapi kalau liability di jadikan kemestian macam beli ration bulanan tu hmm bagi saya rugi la lebih-lebih lagi macam saya yang gaji tak besar dan agak terlambat buat saving due to alasan-alasan macam kat atas tu.
pix ni saya ambil di salah satu kedai emas di area Jalan masjid India, KL. Setiap kali pergi area ni kedai emas ni tak pernah kosong. Kenapa orang-orang india membeli emas. Google la jangan malas. hahaha korang akan dapat jawapannya




Bayangkan ada Handphone yang dah pecah tepi jalan dan sebelah dia ada gelang emas yang terputus atau dinar emas yang dah kemek. Agak-agaknya this time anda pilih liability atau asset?



*dua pix handphone dan emas putus ni saya "pinjam" ambil dari 
internet.hehehe harap orangpunya pix izinkan. . 


Its all about choice... 

Tepuk dada tanya hati. *wink





Saya bukan pakar..
           Ini Cuma cerita saya.





Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?