Nostalgia datang bertandang .. Hihihi
publication: e-MediaPermata
Assalamualaikum .. Sudah lama tak menulis. Ala bukan ada yang rindu pun... Hihihi
Harini nak cerita sikit je. Nostalgia sikit. Dulu zaman remaja, saya ni suka jugak la menulis cerpen. Nak kata terror tu tak la jugak tapi apa kata orang saya menulis dari hati. Waseeeyyyy
Yesterday, 19th Feb 2014 seorang kawan maya FB wall
Ini lah dia. Menulis pun zaman remaja masih banyak kekurangan dalam segi mengunakan ayat hehehe tapi tak apa saya share juga untuk tatapan semua.
Assalamualaikum .. Sudah lama tak menulis. Ala bukan ada yang rindu pun... Hihihi
Harini nak cerita sikit je. Nostalgia sikit. Dulu zaman remaja, saya ni suka jugak la menulis cerpen. Nak kata terror tu tak la jugak tapi apa kata orang saya menulis dari hati. Waseeeyyyy
Yesterday, 19th Feb 2014 seorang kawan maya FB wall
Dalam hati memang teringat akan tajuk tu hahahha klassik habis. Cuma mustahil cerpen yang dah berabad baru nak keluar. So saya cuma berjujur memang kalau 10 tahun kebelakangan ni memang tidak ada menghantar mana-mana cerpen saya.
Hari ni saya received inbox cerpen tu di ambil dari e-mediaPermata.
Mula masa tengah download pic jawapan standard saya bukan saya penulisnya . Bila sudah clear saya baca perenggan pertama dan terus teringat apa kesudahan cerita ini. Sah memang cerpen saya.
Spelling silap pun masiha da kat sana hehehhehe.. Alhamdullilah juga sebab original copy memang sudah tak ada. Ye lah zaman remaja tulis , type dan hantar lepas tu mana la ingat. Soft copy kat dalam computer. Computer tu pun dah lama arwah. Hahahhaha
*masih teringat membaca cerpen ni depan mak. Saya memang suka tulis dan bacakan untuk mak saya.
Terima kasih media permata. Sekurang-kurangnya dapat jugak la saya baca balik dan simpan untuk kenangan.
Inilah cerpen nya. Pix bukan lukisan saya ye.. |
Ini lah dia. Menulis pun zaman remaja masih banyak kekurangan dalam segi mengunakan ayat hehehe tapi tak apa saya share juga untuk tatapan semua.
Noktah Keazaban
“Mengucap bang!Mengucap!” , jerit Salmah sambil mengesat titisan air matanya. Salmah tidak sanggup melihat penderitaanyang di tanggung oleh abangnya. Begitu perit sekali di rasakan.
Kelihatan di tengah-tengah ruang tamu terbujurnya Hambali kaku seperti tengkorak bernyawa. Pipinya cengkung dan hanya tinggal kulit yang menyelaputi jasadnya. Nafasnya tercunggap-cunggap. Terkadang mulutnya ternganga seperti inginmengatakan sesuatu. Ada kalanya matanya terjeggil sepertikerasukan. Kedengaran ahli keluarga dan sahabat handaimembacakan surah Yassin. Ia terdiam sejenak. Matanya dipejamkan. Kelihatan titisan airmatanya.. deras.
Sudah seminggu Hambali terlantar sakit setelah di bawa pulang dari rumah sakit. Doktor mengesahkan tiada akan adanyaharapan lagi bagi Hambali untuk terus hidup. Ketumbuhan diotaknya telah merebak sehingga menganggu fungsi-fungsiterpenting dalam badannya.
“Kerana mak bali jadi begini! Kerana mak bali terjebak dengan dadah! Semuanya kerana MAK!”, jerkah Hambali sambil menuding jari telunjuknya ke muka ibu tua itu.
Ibunya memang seorang yang banyak mulut, cerewet dan tegas,tetapi semua itu adalah untuk anak-anaknya supaya anak-anaknya mengerti erti kehidupan. Supaya nanti anaknya akandapat menyesuaikan diri dalam masyarakat.Biar berdiri samatinggi, duduk sama rendah di mana nanti mereka akan berhadapan dengan konflik masyarakat yang materialistic.
“Pot Pet Pot Pet! Teruk betul lah orang tua ni. Cakapnya tinggi selangit mengalahkan menteri.Menyampah! rungut Hambali.Satu tamparan hebat mendarat tepat ke pipi Hambali. Tapitamparan itu langsung tidak di hiraukan sama sekali olehHambali.
“Mak tak berhak ke atas Hambali! Bali dah besar.lagipun sedari kecik Bali tak pernah di berikan kasih sayang yang Bali inginkan.Bali nak ni tak dapat. Nak tu tak dapat!”. “Bali masih ingat masa Bali nak ikut mak jalan.Bali tarik tangan mak!Mak Tolak Bali ketepi! Mak tak nak bawa Bali! Mak tak sayang Bali!
Si ibu mengesat air matanya, namun ia tetap mengalir.Begitu terhatu dan sedih bagaikan mengenang peristiwa dua puluh tahun yang lalu, di mana keluarga mereka terlalu miskin. Rumah bocor sana sini. Apabila guruh berdentum maka gelisahlah hati si ibu sambil mendoakan hujan tidak jadi turun.Takut anak- anak tidak dapat tidur kerana di timpa hujan.
“Ya Allah”, seru si ibu.Kemudian sepi, membisu seribu bahasa. Mungkin memikirkannasibnya.
“Allah Hu Akhbar! Allah Hu Akhbar”, sayup-sayup terdengarsuara takbir yang di bawa bayu dari surau berdekatan.takbir menandakan terbitnya fajar 1 syawal. Tiada kemeriahan.Kedengaran esak tangisan yang sesekali di sertai dengan laungan. Perginya si ibu buat selama-lamanya tanpa ada nya rasa ingin hidup lebih lama.
Jelas di sudut ingatan Hambali di mana ia di tangkap oleh Biro Kawalan Anti Narkotik. Di mana ibunya bersusah payah mencari wang untuk membayar jaminan ke atasnya. Masih jelas sekali insiden itu di mana pada suatu hari kedengaran bunyi ketukan dipintu hadapan. Salmah membuka pintu. Tercegat dua orang pemuda berpakaian kemas lengkap dengan tali leher.
“Encik cari siapa?”, tanya Salmah kehairanan. “Ini rumahHambali Haji Morshidi?”, tanya seorang dari mereka. “Ia, diaada di dalam” , jawab Salmah sambil melambaikan tangannyamemberi isyarat pada abangnya yang sedari tadi sedang memerhatikannya.
"Kami dari Biro Kawalan AntiNarkotik.Kami membawa waran untuk memeriksa rumah ini…”
Salmah memimpin tangan ibunya pergi ke rumah Maksu Surya dengan hati yang berat. “Empat ribu?! Kau ingat aku buat duit?!Kau tak pandai jaga anak kah?Macamana kau didik anak kausampai begitu sekali perangainya?! Mana aku nak letak mukaaku ni?!”, kata Mak su Surya sambil menghulurkan wang itukepada Salmah.
Si ibu hanya diam sambil sesekali mengesatkan airmatanya yangmengalir dengan hujung lengan bajunya. Hambali seorang anak yang boros, suka berlagak ,berfoya-foya dan degil. Habis duit.“Mak!”.Habis duit.” Mak!”. Bila dalam kesusahan, kesempitansemuanya kerana mak. Tidak di hiraukan ibunya bercengkangmata mengambil upah membuat baju.Tidak cukup dengan itu siibu juga membuat kuih untuk di jual di pasar yang berhampiran.Semua itu demi anak-anaknya.
“Mak tak adil! Mak berat sebelah! Kalau Salmah semua ok.Kalau Bali ini lah tak boleh! Itu lah tak kena!Mak buat Balimacam budak-budak!Bali tertekan! Sebab tu lah Bali ambildadah!Jiwa Bali sempit!Mak tahu tak?! Semua ni kerana Mak!,berulang kali dialog itu di gunakan setiap kali Hambali marah.
“Anak tak sedar di untung!Air susu ku kering kau minum!Airmataku habis! Keringatku kau perah. Kau masih menolak segalaapa yang aku lakukan demi kamu?”. Terdengar tangisan yangseperti telah lama di tahan. “Mengapa aku yang di tuduhmenghancurkan hidupmu?Ku jaga kau bagai menatang minyakyang penuh. Siapa yang menebal muka meminjam wang untukmenjamin kau? Namun pernah kah kau berterima kasih?Tidakpernah. Malah kau caci aku, Hambali.” “Kau ceritakan segalayang buruk-buruk pasal mak kat saudara mara dan kawan-kawanmu. Untuk apa Hambali? Mengharapkan simpati? Kau meludahke langit tanpa kau tahu di manakah akan jatuhnya ia. Benarkahcerita yang kau ceritakan itu Hambali? Hati mak gusar..tidormak resah. Biar mak tunggu kau balik di siang hari. Kalau bapamu masih hidup tentu dia menyesal ada anak seperti kamu”.Luah si ibu.
“Kau lah anak yang tak mengenang jasa!Anak derhaka!Tidak ku ampuni dosamu. Tidak ku akui kau anak ku!Tidak ku izin air susu ku yang kau minum walau setitik pun! Carilah orang yangdapat meringankan keazaban mu apabila sampai waktunyananti!”
“MAKKKKK!”, Hambali menjerit tiba-tiba.Salmah yangtertidor di kaki katil abangnya terjaga.
“Mak ampun kan Bali mak!Bali sakit! Panas!”, jerit Hambali.“Bang, mengucap bang. Laila haillallah … “, bisik Salmahlembut ke telinga abangnya. Senyap. Di lihatnya mata abangnya terbeliak.
“Tidak! Jangan! Panas!Mak tolong Bali mak!!Orang tu nakbakar Bali!Tolong mak! Sakit! Panas!”,sambil menunjuk darisatu arah ke arah yang lain. Matanya liar. Badannya bergetar dan sesekali ia melolong seperti kerasukan.Sekejap-sekejap Hambali mengerang kesakitan.
Jam menunjukkan hampir pukul 7 pagi.Kedengaran takbir bergema. Begitu sayu dan pilu.Hari raya datang lagi.Ramai orang datang ke rumah Hambali.Saudara mara, sahabat handsi menitiskan air mata.
Terimbas kembali kejadian 5 tahun dulu. “Salmah”, panggil Hambali dalam nada yang tertekan. Mungkin menahan sakit.Salmah menghampirkan telinganya ke mulut Hambali.“sal..mah, bawa aa..ku ke pu..saraa mak”, surara Hambali terputus-putus .”Walau aku terpaksa berjalan dengan berkakiempat sekali pun bawalah aku.Aku ingin memohon kemaafan dipusaranya”.
Salmah mengerahkan beberapa orang belia yang hadir di situ untuk memimpin Hambali ke tanah perkuburan islamyangberhampiran.
Setibanya di sana Hambali terus merebahkan diri ke pusara ibunya.Di peluknya erat batu nisan ibunya sambil melaung memohon kemaafan.
“Mak!Ampunkan Bali mak! Bali berdosa terhadap mak!Mak tolong ringankan azab yang Bali tanggung mak. Bali tak tahan.Ampuni lah Bali mak supaya Bali mati dalam keadaan yang tenang”, rintih Hambali. Sesekali ia meracau kepanasan.
Kedengaran bunyi dentuman guruh di langit. Awan hitam mulaberarak menutup langit putih. Kilat sabung menyabung.Hujanturun membasahi bumi. Kelihatan cahaya menyelinap ke tubuh Hambali mula dari atas kepala kemudian sedikit demi sedikit turun ke hujung kaki.
Hambali Terpaku. Matanya terbeliak.Badannya terbujur kaku disisi pusara ibunya. Kedengaran tangisan Salmah semakin kuat.
Akhirnya pergilah Hambali untuk selama-lamanya.Berakhirlahsudah satu penyeksaaan. Akhirnya semuanya sudah menemui jalan noktah.
Comments
Post a Comment