Mari Menabung 2015





Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2015 ( lagi 2 hari) kepada semua. Semoga tahun 2015 ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Tahun baru ini saya nak mendidik anak-anak saudara “nikmat” menabung. Bunyi menabung memang senang kan. Tapi pernah tak anda menabung? Berapa kali anda kalah dalam senangnya menabung? Berapa kali setiap hujung tahun tabung anda tak pernah nak penuh? 

Ni tabung maksu dan paksu. Sorry yang ni saja keluarkan sekejap dan kira. Lepas tu masok balik :P


Tahun ni  saya buat cabaran dan pertandingan “ Penyimpan Tegar 2015” pada anak-anak saudara ( anak-anak makchu). Untuk menyuntik semangat anak-anak saya tawarkan hadiah dan syarat pertandingan yang tak merugikan siapa-siapa.




Syarat pertandingan duit yang terkumpul hendaklah di masokkan ke dalam account simpanan selepas tamat pertandingan. Pemenang pula akan menerima BND50 atau 10 dirham perak ( pilihan pemenang). Pertandingan di buat 2 kali setahun. ( Simpanan Januari – June dan simpanan July – December) 

Apa yang saya nak buktikan pada anak-anak?

1.            Menyimpan itu sesuatu yang susah kalau tak disiplin

2.            Nikmat menyimpan akan terasa semasa tabung dah penuh dan masa menghitung jumlahnya. Lebih terasa bila dah masok bank dan tengok buku bank dah ada figure baru. Tak percaya? Try la

3.            Belajar memanfaatkan duit walau hanya lima sen. Kalau kat kedai duit tercicir masa nak membayar kat counter. Trust me ada orang  malu nak kutip. Buat apa malu ? Tu kan duit kita.

4.            Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Consistency itu penting. 


5.            Belajar mendidik nafsu untuk tidak melebihkan kepentingan dari keperluan.Bila rasakan sesuatu tu sebenarnya tak penting sangat itu lah masanya anda masukkan juga duit itu ke tabung simpanan anda. ( Cth. Anda boleh masukkan 50 sen dalam setiap BND5 yang anda ada) 
  


So, good luck anak- anak makchu. #kedekutpadanafsu . Jangan lupa, pada  01/01/2015 anak-anak di minta mengirimkan gambar tabung bersama simpanan pertama. ( latest by 1st bermula dari hari ini)
Siapakah dua orang pemenang “Penyimpan Tegar 2015” dan bakal menerima salah satu hadiah ini?


Love you all….


p/s : Tabung hijau makchu 2014 gagal total!! So makchu pun nak semangat menabung note BND5 setiap kali ada BND5 dalam purse untuk tahun 2015. Jom sama-sama mendidik nafsu dan #kedekutpadanafsu



FeedaHMD – saya bukan pakar.. ini cuma cerita saya

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016