Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

❤️Ibu engkaulah ratu hati ku❤️


Deskripsi Hari ibu- adakah acara tahunan di mana setiap tahun kita meraikannya. Membuat makan besar, ke restaurant mewah,Cake cantik dan hadiah yang mahal. Dan pada masa itu lah sahaja dapat mengungkapkan rasa sayang kepada ibu kita dan esoknya kita sibuk dengan dunia kita hingga ke 10hb mei yg seterusnya. Atau ucapan " happy mother's day" hanya pada facebook yang mana ibu kita yang tua pun tidak membaca nya? 


Dari kita di dalam kandungan, ibu telah membelai kita dengan kasih sayang. Hingga kita lahir ke dunia ibu menjaga kita dengan sepenuhnya tanpa ada seekor nyamuk pun yang mampu hinggap ke pipi. 


Ibu suka berjalan. Ya Allah murahkan lah rezekiku agar aku dapat membawa ibu berjalan-jalan makan angin selagi ada usia nya yang tersisa...

My dad yang sering mendukung apa pun minat dan hobby ibu. Jalan-jalan cari kedai lama untuk mencari barangan dapur yang rare.. Comelkan ibuku


Semasa kita baru pandai berbicara, ibu tak jemu melayan soalan2 kita yang kadang2 berulang2. 


Activiti setiapkali menjelang ramadhan. Jalan-jalan berbuka puasa dan membeli  kelengkapan hari raya

Sekarang ibu sudah tua. Kadang soalan berulang2 di tanya membuat hati terkadang geram. Tapi bila di ingatkan berapa lama sangat kah kita melayan ibu dalam sehari di bandingkan layanan ibu kepada kita sehilngga kita dewasa.
Bila usia meningkat berjalan jauh ibu perlukan kerusi roda..


Sekarang ibu sudah tua. Hendak melangkah pun perlu di pimpin. Terkadang penat dengan hal masing2 kita tak larat hendak membawa dia berjalan kerana kudratnya yang sudah kurang utk memandu sendiri. Tapi renungkan la semasa kita baru belajar melangkah ibu tak pernah jemu membantu rebah bangun kita. 


In shaa Allah.. Akan ku pimpin tangan ibu sebagaimana ibu memimpinku dalam setiap langkah anak mu ini...


Ibu tidak perlukan " Hari Anak" untuk menyatakan sayang pada anaknya. Tidak perlu waktu itu ... jadi kenapa kita perlukan hari itu untuk ibu?

Doa ku ibu :
 
Ya Allah hanya pada mu aku bermohon..

Panjangkan la usia ibuku.. Berikan la ia kesihatan yang sempurna ,terhindar dari pada penyakit yang memudaratkan. Hindari lah ia dari penyakit pikun. Jauhi lah ia dari sebarang bala dan aib. 

Ya ALLAH ya tuhanku,
Jangan kau cabut nikmat penglihatannya mahupun nikmat pendengarannya.Terangkan la hatinya sentiasa sehingga suatu waktu ia pergi dalam keadaan yang kau berikan syurga untuknya Ya ALLAH . 
 
Amin Ya Rabbal Alamin
 
Tak lupa juga to mak mertua saya yang supportive dan penyayang, all my aunties , my siblings, my inlaws, my relatives and friends 
Selamat Hari Ibu to u all too
 
Hargailah ibu kita... Kepada insan yang membesarkan kita... Tanpa perlukan hari tertentu. Masa itu Emas.terlalu beharga untuk di lepaskan...


Not forgetting ibu mertua ku. Terlalu bersyukur mempunyai ibu mertua yang baik, pengasih dan penyayang..i luv u mama
 

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?