Happy birthday bapa


Alhamdullilah. Hari ini 02hb Jun 2015 genap 75 tahun usia bapa ku. Di anugerahkan usia yang panjang dan di jauhi dari sebarang penyakit yang memudaratkan dan pikun. 


 

Setiap tahun melihat kudrat bapa semakin berkurangan namun demi kerana memegang title “Bapa, Suami, atuk dan Lelaki” bapa tetap ingin berikan yang terbaik sebagai seorang suami, bapa dan atuk kepada cucu-cucunya.

 

Setiap kali ada acara yang memerlukan tenaga lelaki, bapa akan cepat-cepat melangkah untuk mensengerakan pekerjaan. Tak pernah bapa panggil nama cucu-cucu atau anak-anak menantu untuk datang membantu. Terkadang buat geram juga hehehee ye lah bapa yang sepatutnya di usia berehat tetapi tetap HERO mengalahkan anak-anak muda.

 

*my handsome dad


Bapa.. sudah-sudah la tu ok. Bapa sesekali bersuara lah jika ada benda-benda yang berat untuk di angkat. Jawapan bapa mudah” eh nada barat tu” ( tak berat pun) dengan senyuman bangga seorang bapa. Bapaku seorang yang tak banyak cakap tapi suka tersenyum. Kasih sayang tak di ungkap melalui kata-kata tapi  jelas tergambar dari raut wajahnya dan linangan air mata menandakan dia tengah happy.

 


Cerita mak dulu bapa kerja kat KB. Tinggal kat Seria. Berbasikal berbatu-batu mencari rezeki demi anak-anak. Jauh tu. Rasanya anak-anak sekarang tak kan mampu untuk buat apa orang-orang dulu buat.

 


Bila bapa tertidor di kerusi di depan tv. Ku lihat kedut di wajahnya. Ku lihat badan nya yang semakin mengecil. Kulit yang semakin mengendur. Kedut di sana sini. Hati ini di ulit rasa bersalah. Ya ALLAH .. Berikan la aku keizinan untuk merenung wajah itu lama. Berkejar sana sini dengan kesibukan dunia terkadang hanya melihat wajah itu hanya 5 minit sehari. 

 


Ya ALLAH berikan lah keberkatan dalam usia bapaku. Panjangkan lah usia nya dengan kesihatan yang sempurna agar aku dan anak-anak yang lain dapat terus  berbakti. Pengorbanan bapaku tak mampu di balas walau berpuluh tahun.

 


Doaku untuk bapa


Ya ALLAH..

Aku mohon kepadamu berikan lah usia yang penuh berkah kepada bapaku.


Jauhi lah ia dari penyakit-penyakit yang memudaratkan dan di hindari daripada penyakit buta dan  lupa.


Lapangkan lah sentiasa hatinya daripada sebarang kekusutan.


Terangkan lah sentiasa hatinya dengan nur mu agar ia sentiasa dapat memanjatkan doa dan berzikir selalu

Aamiin Ya Rabbal alamiin…

 

Bapa..

Andai dapat ku kongsi usia.. Ingin saja ku kongsikan sisa usiaku bersama mu.

You are the best and I love you so much..



-FeedaHMD- tak pernah puas menyayangimu


Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016