Brunei Free Market by Projek Nur Kaseh

CHAK! Rasa nya lama juga tak update kat sini. Ok la kali ni nak share aktiviti hujung minggu lepas bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei tanah air ku tercinta yang ke 32 tahun.

Sebelum pergi jauh bolehlah tonton acara berdudun part 1 di siaran rampai pagi: http://www.bhess-info.com/index.php?option=com_seyret&amp%3BItemid=221&amp%3Btask=videodirectlink&amp%3Bid=2867

Mengambil tarikh keramat dan kebetulan cuti awam , berusaha  menyuntik semangat cinta kan Negara sekaligus pemulihan Akhlak diri serta  penambahan saham akhirat yang hanya sejemput. Semoga mendapat redha dari ALLAH dan terhitung di buku amalan yang kanan.Agar walau sebesar zahrah ia dapat membantu aku pada hari perhitungan kelak.  Aamiin Yarabbal Alamiin. Syukur  Alhamdullilah satu acara telah di adakan bertemakan FREEMARKET yang di namakan “Acara Berdudun Beramal Jariah”.

RINGKASAN MAKSUD BERDUDUN BERAMAL JARIAH : 
Berdudun  Bahasa Brunei yang bermaksud Bertandang dengan niat  bersilaturrahim ( begitulah maksudnya lebih kurang).

So, kami menjemput orang ramai datang bertandang sambil beramal Jariah bersama-sama.


RINGKASAN MAKSUD FREE MARKET:
Memberikan barangan yang berfaedah seperti pakaian terpakai yang masih elok , food ration,  dan kelengkapan harian secara percuma. Benda ni dah lama famous kat luar Negara ( tak percaya cuba google) tapi sebenarnya benda ni pun dah lama sangat untuk kami adik beradik. Dari kecik lagi my parent dah buat free market ni kat depan rumah tiap kali ada orang bina jalan raya atau pagar etc dekat-dekat area rumah kami. My parent sediakan minuman sejuk dan makanan berat pada belah pagi dan sediakan kopi teh dan kuih muih pada sebelah petang. Bila orang melintas ingat yang kami jualan tapi sebenarnya untuk pekerja buruh binaan yang ada dekat area rumah. Hahahahah kami selalu nyakat mak bapa dulu and said “ macam ada amik catering  je atau di bayar gaji “. Abis-abis jawab mak “ kesian” . Apa yang kami pelajari dari sana? Bersedekah tak perlu tunggu kaya takut tak kaya-kaya. Opportunity hanya sekali. Dunia kan pinjaman. Umur tak menjanjikan kita akan hidup 100 tahun lagi.


Sedikit itu ini begitu begini : 
Iklan untuk acara kecil ini kami post kan di FB Rasmi Projek Nur Kaseh pada 10/02 kalau tidak silap. Sejak iklan tu lah kami mengumpul sedekah dan sumbangan orang ramai dan dari kami sekeluarga khusus untuk acara Berdudun Beramal Jariah. 
Iklan Free Market Projek Nur Kaseh  ( Gambar) 


Ok berbalik cerita tanpa di duga, logo yang aku  cipta( omak aiii ayat cipta tuuuu hahaha)  dan lakarkan ( hahaha bukan pelukis memang hodoh lah) , telah dapat di realisasikan oleh adik ipar  siap pada 22/02/16. Thanks a lot Akmal. I owe you. So. Bila dah siap tu muncul lah idea dari abang ipar selaku pemangku acara/kerja untuk di rasmikan. Alang-alang dah ada Ketua Kampung datang katanya baik minta tolong ketua kampung rasmikan. Idea yang  menarik. Malam tu juga share pix kat kaklong untuk di cetakkan. Tq pada boss Alimen Enterprise yang bagi free. Semoga di murahkan rezeki. Aamiin.

Ok sambung cerita, di fahamkan presiden kena berucap pula. Alamak aiiii perut dah sakit. Jantung dah pumping cepat. Hahahahhaa nilah masalah orang pemalu mcm aku. Tulis berjela aku sanggup tapi nak berucap depan orang adoyai masalah- masalah. Tapi nasi dah jadi bubur hahahaha aku belasah je la. Dah la nervous sebab di fahamkan RTB nak datang buat liputan dan interview. Masak la kau feedah.Bukan apa tak pernah terlintas yang kena berucap bagai sebab masa nak buat projek ni dalam otak hanya satu bantu sebanyak yang mampu. Tapi tak apa lah. Setiap yang terjadi telah tertulis.Pasti ada hikmahnya. Usaha kena teruskan.

On the day: 
Seawal pagi, volunteers dah datang membantu.  Cuaca boleh tahan panas. Pada jam lebih kurang 10.15pagi acara kemuncak di rasmikan oleh ketua kampung Pangkalan Batu , Yang Mulia Tuan Haji Tinggal.


Saya belanja video di sini : 
*maaf jika dalam ucapan tersebut jawatan penghulu sepatutnya ketua kampung. Takpe cakap tu kan satu doa. Aamiin

Pembuka kata dari kaklong Hjh Adiah Hj Mohamed Daud klik sini: 



Ucapan yang menyuntik semangat kami dari Ketua Kampung Pangkalan Batu klik sini: 

Sepatah dua kata dari presiden Projek Nur Kaseh ( tu dia mari berhuhuhu bersama) klik sini:


Logo Projek Nur Kaseh yang di rasmikan oleh Ketua Kampung Pangkalan Batu, Brunei klik sini :



Acara berdudun di mulai oleh Ketua Kampung Pangkalan Batu klik sini: 



Sedikit Mengenai logo :
Lakaran asal hahahahhaa comel tak? 


Logo Rasmi yang tak berapa rasmi sebab rupanya ejaan jawi yang salah pada huruf Fa sepatutnya Pa dan warna kuning. ( Kena tukar sebelum kena rejek bila nak register)

Hari ini logo dah siap di modify  tadaaaaaaa: 



 Belanja sikit gambar free market Projek Nur Kaseh Brunei






Syukur Alhamdullilah . Semuanya berjalan dengan jayanya.  Lebih 1000 tetamu hadir dan ia adalah di luar dugaan kami. Semoga segala keringat yang turut membantu dan menyumbang mendapat balasan imbalan pahala dari ALLAH.


Link  perkongsian gambar dan ucapan terima kasih from my FB:https://www.facebook.com/feedaHMD/albums/10154754397714152/


Link ucapan terima kasih  from Page Projek Nur Kaseh :Projek Nur Kaseh - Brunei




FeedaHMD – #mohonjangankecam di kongsikan hanya untuk berkongsi ilmu semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?