Sadaqah corner PNK 2017

Alhamdullilah sepanjang ramadhan ni di izinkan ALLAH untuk dapat mengusahakan "sadaqah corner PNK" di Kuala Belait ( dari hari pertama hingga 12hb setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad), dan di Bunut dari 1hb Jun setiap hari Khamis dan Jumaat.

Syukur , niat dan usaha yang murni ini juga di sambut positif oleh  para dermawan-dermawan.  Ramai juga yang ikut serta. Ada yang menghantarkan makanan dan ada juga yang memberikan wang untuk kami sediakan juadah.

Pada Jumaat , 9hb Jun, kami berbesar hati atas kedatangan Media Permata untuk membuat liputan
mengenai "Sadaqah corner" yang kami ungkayahkan .

Fadhilat Bersedekah :

  • Kita sering mengatakan kita ada lah pendosa. Nak minta ampun dekat Allah pun terasa malu. Tahu kah kita ALLAH maha pengasih maha penyayang. Dengan Sedekah juga boleh mendatangkan keampunan ALLAH. Masya ALLAH. Wallah hu a'lam.

“Takutlah kamu akan azab neraka walaupun dengan sedekah setengah biji kurma.” Riwayat Imam al-Bukhari
  • Magnet rezeki. In shaa Allah dengan bersedekah ia boleh menarik rezeki. Tidak pernah orang jatuh miskin hanya kerana bersedekah. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Mulakanlah dari sekarang. Bila ALLAH memberi keampunan melalui sedekah in shaa Allah rezeki kita akan lebih berkah.

  • Menyembuhkan penyakit. Sesungguhnya kesihatan yang baik itu juga ada lah rezeki dari ALLAH.

  • Sedekah boleh menolak bala. Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.

  • Memanjangkan umur - “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
Sebelum meneruskan lebih lanjut saya dengan rasa rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada :
  • Dermawan-dermawan yang sentiasa menyokong dan memberikan kepercayaan kepada kami dalam menyampaikan amanah- amanah biskita.
  • Seluruh ahli keluarga Projek NurKaseh yang bertungkus lumus dalam mengungkayahkan Sadaqah Corner . Hanya Allah yang mampu membalas.
  • Suami saya yang sentiasa menasihati dan menilai setiap usaha dan buah fikiran yang ingin saya laksanakan di dalam Projek Nurkaseh.




http://mediapermata.com.bn/projek-amal-semarakkan-bulan-ramadan/

Sumber : Media Permata
Saya kongsikan petikan dari mediapermata  :


sumber : Media Permata


sumber : Media Permata


Sumber : Media Permata

Sumber : Media Permata
Sumber : Media Permata

Sumber : Media Permata

Sumber : Media Permata
Sumber : Media Permata
Sumber : Media Permata
Sumber : Media Permata


Alhamdullilah , doakan kami agar segala usaha ini mendapat redha ALLAH.

Teringat soalan penemuramah " Why pink".. hehehe saya tergelak. I told her I luv pink and for Projek Nur Kaseh maksudnya Kasih sayang dari kami dalam mencari redha ALLAH. Kasih sayang yang kami berikan kepada penerima. Kasih sayang kami pada ujian-ujian Allah. Kasih sayang kami pada dermawan-dermawan semua.

Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar "sadaqah corner di Lumut dan Bunut"











Sadaqah corner Bunut










Ibu kami walau dalam keadaan bekerja dalam duduk kerana masalah lutut tetap membantu dan ianya ada lah suntikan semangat kami anak-anak dan cucu.


Kelihatan bapa kami tengah merehatkan diri setelah membantu di dalam penyediaan sadaqah sebelum sadaqah corner di buka. Suntikan semangat combo untuk kami dari kedua orang tua kami


Sadaqah Corner di Lumut.




Terima kasih pada yang dating mengambil sadaqah di kediaman kami dan sekaligus memberi kami peluang di bumi ALLAH ini mengaut pahala dan berkah . In shaa ALLAH. Semoga ALLAH terima usaha kami. Aamiin







FeedaHMD - Pendosa yang mencari Redha ALLAH . Mengemis pahala di kalangan si miskin yang di pandang rendah oleh sesetengah manusia tapi tanpa sedar di sana juga ada nya redha ALLAH.


Andai aku bisa selamat dari api neraka dengan mengemis pahala. Aku rela mengemis 







Comments

  1. Alhamdullilah..nice write up istri. Keep up the good work. 💕💕💕💕💕

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016