Alhamdullilah, di izinkan ALLAH di berikan ruang waktu dan kesihatan sedikit untuk meluangkan sedikit masa untuk 3 lelaki istimewa dalam hidup aku selama ini.
Friday 16th Feb kebetulan cuti CNY, I told encik suami untuk jalan-jalan dekat taman . Nak jalan jauh-jauh malas lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tak menentu.
Inilah Hero- Heroku
 |
| berbicara bila perlu. That's my dad. Dan mungkin sedikit sebanyak aku mewarisi sifat-sifat itu. |
 |
| senyuman bapak always menyejukkan hati |
Duduk di taman , next to my dad. Aku lihat kedut di wajahnya. Senyumnya yang sering melapangkan dadaku, menenangkan jiwaku. Aku juga nampak kedut di tangannya. Tangan yang sering mengendong dan memimpin aku bila di marah mak or my kakak-kakak. ( selalu sebab tak nak tolong buat kerja hahahaa biasa lah kan masih kecik. Hidup tanpa main tak sah) Tangan yang sering mengusap kepalaku . “Pandai anak ku ani”. Tangan yang menyuapkan aku “nasi kepal” setiap kali balik dari sekolah.
My dad, I am forever his lil one. Masih ingat lagi at the age of 35 ( few years back hahahaha konon tak nak mengaku usia dah 4series) , setiap kali nak pergi kerja bapa akan tanya soalan yang sama setiap pagi. “ ada duit belanja mu lai? Ada duit pakai beli minyak kereta?” Walau at that time bapa dah pencen lama dan aku pun dah ada gaji sendiri.
Bapa.. Bapa will forever be my hero. Semoga ALLAH berikan usia yang penuh barakah pada bapaku dan di jauhi dari penyakit yang memudaratkan. Aamiin Yarabbal Alamiin .
Terdengar Iskandar Syafi ketawa riang di samping Abinya. Alhamdullilah Allah temukan jodohku dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab. Masih teringat pada tahun 2011, at that time pada awalnya aku di sahkan ada ketumbuhan cyst di kanan dan kiri. Bleeding dari februari dan keluar masuk hospital akhirnya doktor mengesahkan aku harus menjalani pembedahan major in July. Pada esoknya aku di jadualkan untuk di bedah , few doctors came to my bed. “ Congrats”. Aku menangis gembira. I was pregnant. Nurses pun happy dan nasihatkan aku untuk tidak banyak bergerak kerana aku masih bleeding. Few hours after, doctors came back to me and cakap kehamilan aku mungkin ada masalah. Jadual untuk aku di operasi terpaksa di tangguhkan dulu. Doktor berikan aku homeleave sehari untuk menenangkan diri. Di rumah aku tutup lampu dan tak bercakap dengan siapa pun. Still my husband buatkan aku susu Anmum.
Semasa masuk OT, doktor tak janjikan apa-apa Cuma cakap dia akan usaha untuk buat yang terbaik for my baby. Hours in there husband ceritakan bagaimana doktor mengusap dada memberitahu berita yang tube flopian yang hampir pecah dan boleh membahayakan nyawa. Bayangkan since Feb aku dah bleeding. July baru operation. Doktor Cuma bagitau ada cyst dan tak satu pun yang tahu I was pregnant termasuk diriku sendiri. Aku tahu aku mengidam macam-macam Cuma pemeriksaan air kencing tak menunjukkan positif.
 |
| hero ummi dan syafi. Our belahan jiwa. |
Sehari selepas operasi. Aku jugak terkena allergy teruk di belakang dari peha sampai ke atas kepala akibat material plastic di katil hospital. Ya ALLAH betapa aku tekanan dengan kehilangan baby , sakit jahitan panjang di perut from left to right dan di tambah lagi dengan ruam. Walau aku dalam tekanan dan marah atau menangis, my husband always sabar. Masih teringat nurses yang menjaga cakap “kejap lagi datang husbandnya lawa tah ya ni”. Hehehehe yes my husband bantu I mandi, sikat my hair and ikat rapi ke tepi supaya bila aku baring ikatan rambut tak merimaskan. So nurse will say “nah lawa sudah ada bedak dan rambut ikat tepi”.. hahahaha tak tau la mengejek atau apa but jujur aku rasa kasih sayang itu. That’s not all hahaha nak puji lebih-lebih tak boleh. Biar lah isteri simpan ye heheheeh. Semoga ALLAH pelihara jodoh ini dan sentiasa memberikan rahmat dan berkat dalam rumahtangga ini. Aamiin. Walau pernah aku bertanya betulkah ini pilihan yang tepat bagi ku? Perancangan ALLAH selalunya yang terbaik. Kekurangan kami compensate antara satu sama yang lain. Kami belajar setiap saat untuk memperbaiki diri. Alhamdullilah.
 |
| Abi Syafi tengah mengajar Syafi buat kali pertama bermain bubble. Just like my dad before |
 |
| Slowly but surely.. Syafi dah faham |
 |
| Showing off kat his paknek dia dah pandai. Hehehehehe |
 |
bereksperimentasi hahahaha selain bubble , alat ni boleh juga kot untuk korek Tanah. Mungkin itulah di fikirkan Syafi hahahahha
|
Sesekali Iskandar Syafi melambai nak ummi tengok dia yang tengah enjoy bermain. Di kala hati ini sudah hampir putus asa, terasa kosong tak terubat. Iskandar Syafi hadir dalam hidup kami. Kami berikan nama Syafi kerana dialah pengubat jiwa ummi. Dialah juga yang menambahkan lagi kasih sayang antara kami. Semoga Iskandar Syafi menjadi anak yang soleh, taat dan pintar serta di berikan kesihatan yang baik. Aamiin.
 |
| Yippeeeeeeee!! |
 |
| "Macam ni Syafi" kata abi dia |
 |
Mungkin mengimbas kembali zaman kami masih kecil. Dulu tak ada benda ni yang ada cuma batang betik , straw dan syampoo. Masa bapa buatkan aku rasa my dad memang lelaki yang paling AWESOME. And I still do till now. Thanks bapak for kenangan dan pengalaman terindah.
|
 |
| sesi bermain di taman berakhir dengan air mata. hahahahhaa tak puas lah tu!!! |
 |
Before balik makan dulu dengan my three heroes. Semoga mereka sentiasa di dalam peliharaan dan lindungan ALLAH. Aamiin
|
FeedaHMD - Alhamdullilah ALLAH berikan aku insan-insan yang mengasihi dan menyayangi.
Comments
Post a Comment